Memakai krim malam amat penting agar kulit wajah kekal lembap walaupun ketika anda tidur. Krim malam adalah produk perawatan kulit wajah yang perlu digunakan setiap hari. Seperti yang kita ketahui, kulit akan melalui proses pemulihan pada waktu malam ketika kita sedang lena tidur.

Photo by Elly Fairytale from Pexels

Pastinya anda ingin memilih krim malam terbaik yang sesuai dengan keadaan kulit serta memiliki khasiat yang dinginkan. Pilihan krim malam yang terbaik menjadikan kulit wajah seperti yang anda idamkan menjadi kenyataan. Berikut dikongsikan pilihan krim malam yang terbaik untuk anda pilih.

Nutox Renewing Treatment Night Cream


Krim malam ini dirumus khas dengan tekstur yang pekat dan ringan. Ia membantu mempercepatkan proses memperbaiki permukaan kulit akibat kesan jerawat. Dengan ekstrak sarang burung, ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya bagi kulit berminyak cenderung jerawat.

Hada Labo Premium Hydrating Cream Night


Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering, krim antioksidan ini melindungi kulit daripada radikal bebas. Krim ini juga bebas daripada bahan kimia yang berbahaya pada kulit wajah. Dengan gabungan 8 minyak botanikal, krim ini dapat mengekalkan hidrasi sambil melembutkan kulit.

IKLAN

SHISEIDO White Lucent Multibright Night Cream


Krim malam multifungsi ini membantu mengurangkan bintik atau parut hitam dan kesan jerawat. Formulasi daripada ekstrak bunga sakura pula membantu meminimumkan kesan parut serta kemunculan bintik-bintik gelap pada kulit wajah. Krim ini juga membantu mencerahkan kulit wajah secara intensif sambil mengekalkan kelembapan.

Pixy White-Aqua Gel Cream Night Cream

IKLAN

Krim malam ini mengandungi vitamin E dan Ginkgo biloba yang berperanan sebagai antioksidan. Salah satu manfaat antioksidan bagi kulit wajah adalah meningkatkan kolagen yang memberikan kesan anjal pada kulit wajah dan mengelakan wajah daripada menjadi kendur.

Wardah Essential Intensive Night Cream


Mengandung bahan alami seperti olive oil dan vitamin E, serta tambahan squalene dan microcollagen, krim ini merawat kulit di malam hari ketika anda tidur. Krim ini sesuai untuk anda yang menginginkan kesan rilek ketika tidur selepas seharian penat bekerja.

IKLAN

L’oreal White Perfect Night Cream


Pemakaian secara rutin mampu menghilangkan bekas jerawat selain menjadikan kulit wajah lebih cerah. Sesuai digunakan pada usia 20 tahun ke atas. Krim ini juga mampu mengawal pengeluaran melanin pada kulit wajah. Bintik-bintik hitam pada kulit wajah juga semakin berkurangan.

HIJABISTA: Krim malam bukan hanya mencegah kulit menjadi kering ketika tidur, tetapi juga memberikan nutrisi yang diperlukan kulit wajah.

Sumber kredit: Top image: Canva

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI