Pelakon popular, Elfira Loy tersenyum lebar tanda syukur kerana akhirnya hajat untuk menimang cahaya mata perempuan menjadi kenyataan. Perkhabaran baik ini dikongsikan olehnya sendiri di laman Instagram.
Kongsi Elfira, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki bayi perempuan. Walaupun sebenarnya dia tidak kisah tentang jantina cahaya matanya, namun jauh di sudut hatinya, dia mahukan bayi perempuan. Namun, perancangan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya. Elfira bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Perkongsian ini dikongsikan menerusi Insta Storiesnya.
Berbicara soal nalurinya sebagai seorang ibu, menurut Elfira, dirinya memang sudah rasa kehadiran bayi perempuan dalam kandungannya.
Ads
Ramai yang tidak sabar dan amat teruja untuk menantikan kehadiran puteri pasangan romantis Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar.
Ads
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang putera sulung bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Team Hijabista mendoakan agar dipermudahkan segala urusan Elfira Loy dan suami dan juga turut berdoa agar bayi yang bakal dilahirkan menjadi anak yang solehah. InsyaAllah Amin YRB.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lama tidak mendengar perkhabaran aktress dan pengacara serba boleh Wardina Safiyyah yang pernah popular dengan sitkom Spanar Jaya. Pelakon berdarah kacukan itu kini sudah menetap di Brisbane Australia. Walaupun jarang kelibatnya kelihatan di kaca televisyen, tetapi Wardina cukup aktif dalam di laman sosial. Terbaru Wardina memuat naik gambar terbaru mereka sekeluarga menyambut Syawal.
Jelas terbayang keceriaan mereka sekeluarga menyambut Syawal di sana. Malah anak-anak yang dulunya kecil kini sudah besar panjang terutama dua anak daranya yang semakin dewasa.
Selain itu, followernya juga memuji kecantikan Wardina yang tidak dimamah usia dan kelihatan muda.
round_label Sangat cantik..kecantikan u langsung tak dimamah usia..anak anak yg semakin membesar juga mengikut kejelitaan bonda mereka..salam lebaran buat semua di sana
Wardina atau nama penuhnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 38 tahun, telah selesai menamatkan pengajian dalam bidang Psikologi di sebuah universitii di Australia tahun lalu.
Dia yang sudah hampir beberapa tahun menetap di Australia dan menjalani kehidupan penuh keceriaan dan keberkatan di sana. Malah ahli keluarga lain juga sudah menetap di sana.
Walaupun jarang muncul di kaca televisyen, tetapi peminatnya tetap merindui Wardina yang dikenali sebagai insan selebriti lantang bersuara mengenai sesuai isu dalam atau luar negara.
Pelbagai cara dilakukan untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Ada yang menggunakan diet pisang, diet telur, diet rendah kalori dan juga petua semula jadi untuk memastikan dapat berat badan ideal. Perkongsian di laman sosial facebook oleh seorang wanita memberitahu cara dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kg dalam masa 7 bulan.
Menurut Sholahtul Hafizah atau dipanggil Kak Shol berkongsi 10 tip untuk kurus tanpa berlapar. Dia memulakan rutin dietnya ini bulan 10 tahun lepas dan lepas tujuh bulan berjaya menurukan beratnya sebanyak 20 kg. Dan hingga kini berat badannya sudah maintain.
Untuk turun dengan cepat, dia memberitahu 80 % adalah dari pemakanan, 20 % pula senaman dan paling penting 100 % pula adalah mindset untuk mendapatkan berat badan idaman.
Disebabkan ramai pm,dm kak shol tip turunkan berat badan. Hari nie kak shol berbesar hati nak share macam mana boleh turun berat dari 74kg kepada 54kg dengan ketinggian below 150cm. BMI : 34. Tarikh mula diet pada 22 October 2017.
Mula mula pasang azam nak diet. Sebab apa nak kurus. contohnya nak kawin ke, nak pakai baju lawa lawa ke, nak mudah beribadat. Kak shol pulak nak kurus sebab dah boring gemuk.haha. Lepas tu set target nak turun berapa dan berapa lama masa yang akan diambil untuk capai target. Target kak shol adalah turun sebanyak 20kg dalam masa 6 bulan. Selepas itu kena istiqamah dengan impian kita. 100% mindset yang kita boleh kurus. InsyaAllah jadi.
-berhenti makan kuih mueh, kek, segala jenis manisan
-berhenti makan segala jenis biskut tak kira biskut oat ke,marie ke..
-berhenti minum air manis, tolak terus neslo,teh tarik, air hipster ke, 3 in 1.
-elak makanan bergoreng, berminyak dan bersantan.
Jangan skip waktu makan, nak diet nie memang kena rajin makan tapi dalam kuantiti yang betul. Makan kena 5-6 kali sehari.
Kak Shol makan sarapan (9am), snack (11am), lunch (1/2pm), snack (4/5pm) and dinner (8pm) tapi kalu lapar jugak makan sekali lagi kul 10pm
Minum air lebih dari 3L sehari. Cara pengiraan kandungan air diperlukan badan adalah 1L air bersamaan dengan berat 25kg. Kalau berat 75kg kena ambil 3L air sehari. Ajar diri sentiasa bawa bekal air putih bersama. Dahaga ke tak dahaga ke kena minum air. Ingat tu.
Kalau sebelum ni memang kak shol malas nak masak. Tapi setelah start pasang niat nak kurus, tiap tiap hari wajib masak. Pagi pagi dah tang tung tang tung taratung masak sarapan dan makanan tengah hari untuk bawa ke office. Sebab apa kena masak sendiri? Kalu kita masak kita boleh control minyak, garam dan bahan digunakan.
Benda nie paling penting. Diet dengan calori berpisah tiada. Setiap makanan ada calori sendiri. Kenal pasti keperluan Calori seharian. Pastikan calori yang kita ambil tak boleh lebih dari calori yang diperlukan oleh badan. Kak shol guna apps “MyFitness Pal”. Apps nie akan kira calories setiap makanan kita. Pilih makanan yang bercalori rendah dan berkhasiat.
Nak kurus tidur kena cukup. Kenapa kak shol cakap gitu? Kalau kita tidur tak cukup ia akan menganggu system badan/metabolisma badan kita. Ia menyebabkan nafsu makan meningkat untuk cuba bekalkan tenaga dan badan pulak jadi stress dan meningkat simpanan lemak badan. Kak Shol pernah tak cukup tidur 3- 4 hari sebab layan drama korea. Kesannya ambil ko berat turun sikit je.huhu. Lagi satu, kalau lambat tidur kita rasa nak craving je. nak menguyah je.
Kak Shol timbang berat seminggu sekali setiap hari Khamis. Pastikan, timbang awal pagi semasa perut kita kosong. Ini adalah berat badan kita yang betul. Selain itu, setiap kali timbang rekod pencapaian penurunan berat. Boleh guna apps “Monitor Your Weight”. Elakkan timbang time waktu datang bulan(period). Why? ikutkan pemerhatian kak shol time period berat kita akan bertambah 0.5-1.0kg. Kalau nak timbang jugak tak ada masalah cuma jangan la rasa kecewa or down jika berat time tu tak turun tapi naik pulak.
Untuk 3 bulan pertama kak shol buat zumba/joget dalam rumah 3-4X seminggu, 1 jam setiap sesi. Pasang je vidoe zumba, tak perlu malu kalau salah step janji peluh misti keluar. Untuk 3 bulan seterusnya, kak shol banyak activiti outdoor seperti jogging, workout 3-4X seminggu. Weekday kak shol jogging petang dan weekend pulak jogging masa pagi.
-pisang, boleh dikatakan tiap tiap hari makan pisang
-buah buahan seperti apple, anggur, mangga
-kacang kuda rebus
-pisang, peanut dan milk
Dinner
-buah buahan
-susu fresh milk secawan
** kak shol tak ambil nasi tapi kak shol gantikan nasi dengan karbohidrat lain seperti roti, pasta, sweet potato. Kalu korang nak ambil nasi boleh je cuma portion dia sebesar penumbuk.
** makanan diet kena creative dan enjoy untuk elakkan kita bosan makan benda yang sama.
**cheatday- dalam process diet nie ada jugak beberapa kali kak shol cheatday. Tetapi, bukan setiap minggu ada cheatday. Kak shol cheat day/cheat meal hanya apabila ada event tertentu je. Contohnya: cheatday time annul dinner di hotel, time bercuti, time special outing, time farewell.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pembabitannya dalam politik sejak usianya masih muda lagi. Sebaik ayahanda tersayang ditahan di jeriji besi, wanita ini gigih memperjuangkan agenda pembebasan dan kebajikan rakyat hingga digelar Puteri Reformasi.
Setelah hampir sedekad berlalu, nyata wanita ini bukan lagi gadis mentah, tetapi beliau sudah cukup matang mendepani pelbagai masalah yang berlaku di sekelilingnya.
Nyata pengalaman lalu menyuntik inspirasi buat diri YB Nurul Izzah untuk terus kukuh berdiri dalam mempertahankan apa yang diperjuangkan.
Beliau yang juga wakil rakyat di kawasan Lembah Pantai begitu bersemangat setiap kali bercerita soal reformasi pada hari ini yang dikatakan sangat baik untuk masyarakat masa kini terutama dalam usaha membina negara Malaysia yang lebih adil, aman dan harmoni.
Menurutnya kita harus mempunyai keberanian untuk mengubah pentadbiran yang ada sekarang untuk menyelamatkan ekonomi yang dikatakan begitu tidak stabil atau merakyat.
Masih segar di ingatan admin kala mengadakan sesi fotografi dengan beliau untuk muka hadapan sebuah majalah. Tika itu Nurul Izzah yang masih muda menyatakan kerinduan yang tak berbelah bagi pada ayahanda tersayang.
Dan kini, tika diberitahu, beliau sudi memenuhi undangan fotografi dengan HIJABISTA, bagai orang mengantuk disorong bantal. Terus sahaja terbayang momen fotografi lalu dan ketika berdepan dengannya, sekali lagi soalan sama menerjah kotak fikiran.
“Tidak rindukah pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim”?
Itu antara soalan yang sempat diajukan pada wanita yang kian bijak, cukup pantas dan bersemangat menjawab setiap soalan yang diajukan.
“Dato’ Seri sudah lama terpisah daripada keluarga mengikut fasa. Jika diukur dari zaman muda beliau hingga kini sudah terpisah hampir 10 tahun. Saya sering kali merasakan inilah yang dikatakan dugaan Tuhan dan ia sebenarnya lebih mengukuhkan jalinan kekeluargaan, dan juga peluang menjiwai kemelut yang dihadapi rakyat terbanyak.
“Saya amat rindukan beliau dan setiap kali berjumpa dia mengukir senyuman dan sikap optimisnya bagaimana beliau memahami masa bersama keluarga bukan bermaksud harus dihabiskan di hotel mewah.
“Masa bersama keluarga adalah nikmat tersendiri dan kita perlu mensyukuri peluang yang ada dan melakukan sebaik mungkin untuk melahirkan kesan yang positif kerana kita mahu membantu agenda rakyat.
“Beliau sangat prihatin dengan isu terkini walaupun beliau berada di sana. Saya sangat bersyukur dan setiap kali rinduannya saya akan cuba ingat semangat dan optimis beliau yang memberikan kami kekuatan sebagai sebuah keluarga.
“Selalunya cucu yang rindu untuk bertemu Papa Tok. Mereka sangat rapat dan boleh peluk cium jika berjumpa di mahkamah,” ujarnya yang dilabel sebagai wanita cukup aktif dan gigih memperjuangkan apa yang dipegang selama ini.
Melihat caranya bekerja bagai merasakan masa 24/7 seminggu ini dihabiskan untuk bekerja. Bagaimana dia menguruskan keluarganya dan tidak adakah rehat dalam kamus hidup wanita ini.
“Sebenarnya kekuatan spiritual itu sangat penting. Kita perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT. Saya harus ingat dirisaya setiap masa yang mana kita diberi nikmat hidup, bernafas, diberi keupayaan fizikal untuk melakukan sesuatu itu bagi untuk merubah masa depan. Jangan kita ambil mudah dan saya sesekali tidak boleh lepaskan peluang yang ada.
“Dan pastinya sebagai seorang Muslim, jika berkesempatan saya akan melakukan solat tahajjud dan menyempurnakan solat lima waktu. Ini kerana dengan solat itu memberi kita kekuatan dalaman yang sangat penting bagi mendepani segala cabaran.Saya melihat wanita lain juga amat kuat mengharungi hidup. Bayangkan suri rumah yang mampu melakukan apa sahaja demi keluarga mereka,” jelasnya lagi yang bersyukur kerana di belakangnya ada team yang kuat berdiri kukuh bersamanya.
Sebagai insan biasa dan telah mengharungi pelbagai dugaan sejak dulu, pastinya ada terselit rasa sedih dan beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi perasaan itu.
“Saya bersyukur kerana tidak berdiri sendiri sebaliknya mempunyai pasukan yang prihatin, teman-teman yang punya idea dan wawasan yang sama. Tentu ada masa sedih dan salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan mendengar rakaman ceramah yang disampaikan melalui youtube yang boleh dijadikan panduan dan peringatan daripada pakar yang baik.
“Selain itu saya juga akan bermain dengan anak. Tetapi saya akui saya agak strict dengan anak. Saya tidak ajar beri mereka ipad untuk memastikan mereka diam. Alhamdulillahlah anak-anak boleh ikut cara saya dan buat masa ini mereka sedang belajar bahasa Arab. Kita perlu bermain dengan mereka secara aktif. Sebenarnya rumah kami sudah tidak ada TV sejak rosak ketika ayah ditahan,” jelasnya lagi yang gemar membacakan sirah Nabi pada dua anaknya yang berumur 8 dan 10 tahun sebelum tidur.
Menurutnya dalam menarik minat golongan muda sekarang, pendekatan menggunakan media sosial amat dititik beratkan.
“Sudah tentu ia medium terbaik untuk saya memberitahu masyarakat luar apa aktiviti yang sedang dilakukan. Sementelah maklumat melalui arus perdana dikawal sepenuhnya. Jadi saya guna peluang ini melalui facebook, twetter dan instagrammenjadi medan yang paling utama untuk berkomunisasi dengan rakyat dan juga mendengar keluhan rakyat terutama golongan warga emas, wanita dan anak muda yang bimbang tentang masa depan mereka.
“Golongan muda lebih mudah dan begitu lincah untuk berinteraksi. Mereka tidak ada masa untuk melihat surat khabar, sebaliknya menggunakan medium ini untuk menerangkn segala usaha yang dilakukan misalnya jika saya ada melawat kebakaran dan media sosial menjadi medan untuk menerangkan segala usaha yang dilakukan..
“Facebook live dan juga portal berita online juga sangat penting. Saya juga banyak belajar daripada mereka yang sangat lincah untuk berkomunikasi dan lebih arif soal trend,”tambahnya yang tidak terkecuali menjadi mangsa ‘hater’.
Namun beliau ada cara tersendiri untuk menangani dan perlu bersikap tenang. Tidak salah menjawab tetapi perlu berdasarkan prinsip yang jelas.
Ayuh, kita selami soalan lain yang tidak terjangkau fikiran di sebalik karakter diri sebenar Nurul Izzah. Rupa-rupanya beliau juga meminati fesyen walaupun hanya setia menggayakan tudung bawal menutup hijabnya.
1.Istiqamah dalam perjuangan
2.Peramah dan pemalu
3.Gelak ketawa kuat
4.Sangat vokal apabila memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat
5.Mencari penyelesaian
Bersukan perlu untuk pastikan kolesterol rendah dan tekanan darah tidak begitu tinggi. Kita perlu bersenam
Pamerkan perkara positif tetapi pada masa sama kena ambil kira kritikan membina. Pernah juga google untuk diri sendiri teta[pi lebih untuk maklum balas dan pandangan orang.
Cuba maksimumkan masa dengan ibu. Beliau adalah pemimpin dan individu paling bersabar pernah ditemui. Azam saya tahun ini untuk lebih hormatkan dan menyayangi ibu lebih baik dari sebelumnya.
Lebih mudah dan ringkas dan dapat bantu saya menjalani tugasan lebih berat. Saya memang sukakan tudung bawal kerana dapat menyerap peluh jika seharian mengenakannya dari pagi hingga malam.
Minat kerana mahu membantu daya keusahawanan orang muda dan wanita. Terkesan dengan kejayaan Vivy Yusof. Jemputan itu satu penghormatan buat saya dan hadir beri sokongan.
A post shared by FashionValet (@fashionvaletcom) on
Menjaga setiap malam sebelum tidur. Minum air mencukupi. Dulu memang ada masalah jerawat serius ketika belasan tahun tetapi saya kemudiannya terus menitik beratkan penjagaan muka.
Saya mahu menjadi Saintis dan pilihan kedua adalah Polis.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.