
Konsert A Night with Sumandak Stars baru saja melabuhkan tirainya. Namun ia masih menjadi perbualan khususnya di kalangan warga maya.
Selain tentang persembahan artis-artis yang terlibat, penampilan mereka turut menjadi topik perbualan.
Salah seorangnya ialah Adira Suhaimi yang bukan hanya berjaya menarik perhatian ramai dengan vokalnya yang mantap bahkan penampilannya yang sangat gorgeous!
Dua persalinan hitam rekaan Hasz Hishaam menyerlahkan gaya daring
ibu tunggal kepada empat orang anak ini.Adira kelihatan sangat energetic dan all out dengan setiap persembahannya di atas pentas.
Smart Kasual
Untuk penampilan ini, Adira mengenakan gaya kasual rona hitam dan putih.
Boot hitam melengkapkan penampilan sekalgus menyerlahkan gaya ranggi Adira.
Anggun
Penampilan serba hitam ini pula menyerlahkan keanggunan dan gaya glamor Adira sebagai seorang penyanyi yang versatile.
Adira tampil berseri dengan sentuhan solekan makeup artist terkenal Cukiajis.
Adira sangat bertuah kerana turut menerima sokongan daripada kelab peminatnya Adira Fans Club (AFC) sepanjang konsert berlangsung.
Untuk info, konsert A Night With Sumandak Stars yang berlangsung pada 30 November lalu di Zepp Kuala Lumpur menampilkan barisan penyanyi kelahiran Sabah iaitu Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Wany Kayrie, Bella Astillah dan Didi Astillah.
BACA JUGA: Dambakan Kulit Sihat Dan Glowing? Hijabi Boleh Tiru Lima Amalan Adira Suhaimi Ini!