Jarang kita dapat lihat aksi menimbang bola dilakukan oleh seorang gadis kan? Apatah lagi jika gadis itu berhijab dan berjubah sewaktu melakukan aksi tersebut. Namun, baru-baru ini telah tular kehebatan aksi seorang gadis menimbang bola di media sosial.
Yang lebih menariknya, permainan yang biasanya dimonopoli oleh kaum lelaki itu dilakukan olehnya sewaktu berjubah! Itulah uniknya Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi, 18.
Mesra dipanggil Nisa, dia berkata video yang dimuat naiknya itu bukan untuk mendapatkan perhatian atau menambah ‘follower’ laman sosial tetapi kerana minatnya yang begitu mendalam terhadap aktiviti itu.
Menurutnya, sebelum ini dia sudah biasa menimbang bola namun aktivitinya itu semakin menjadi-jadi apabila berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia baru-baru ini.
Katanya kepada Bernama, wanita berhijab bukan penghalang untuk menceburi mana-mana bidang sukan atau dalam free style football tetapi yang menjadi penghalang adalah diri sendiri sama ada mahu ataupun tidak.
Walaupun pada awal ayahnya tidak membenarkan untuk menceburkan diri dalam dunia bola sepak, namun apabila melihat kegigihannya berlatih, ayah dan ibunya mula memberikan sokongan dan dorongan yang padu kepadanya.
Anak sulung daripada tiga beradik ini menjadikan pemain dari Perancis, Lisa Zimouche sebagai sumber inspirasi kepadanya bagi melihat corak permainan dalam sukan itu.
Penuntut jurusan Asasi dalam Bahasa Arab dan Sains Islamik di Universiti Al-Madinah, Shah Alam berkata, beliau meminati dunia bola sepak ketika menemani adik lelakinya bermain futsal dua tahun yang lalu.
Mengenai harapannya dalam sukan ini, dia berkata walaupun Malaysia masih belum layak ke Piala Dunia, namun Malaysia masih boleh berbangga kerana memiliki seorang remaja perempuan yang mampu menggegar dunia menerusi bakatnya dalam menimbang bola.
Dia juga berharap golongan wanita yang berhijab kini sentiasa berani menyahut cabaran dan tidak gentar mempelajari apa sahaja sukan yang sering dimonopoli oleh kaum lelaki.
Wanita dan solekan sememangnya sahabat karib yang tak boleh dipisahkan. Malah, sesi menatarias wajah tidak akan sempurna jikan tidak mengoleskan pemerah bibir atau gincu yang mampu menaikkan lagi seri solekan sekiranya hijabi bijak menyesuaikan warnanya!
Tetapi lambakan rona warna gincu di pasaran sering membuatkan perempuan menjadi runsing, kerana tak tahu warna yang bagaimana sesuai digayakan dengan pelbagai jenis solekan dan menaikkan seri wajah.
Sebagai panduan anda, di sini Hijabista senaraikan beberapa tip yang boleh diaplikasikan ketika memilih warna gincu, mengikut kesesuaian warna kulit, sekaligus menaikkan seri wajah anda!
Tahukah anda, bahawa warna dan tona kulit seseorang sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam menatarias wajah dan solekan. Ramai yang sering mengabaikan ‘fakta’ ini dan gagal memilih warna gincu yang tepat untuk disuaipadan dengan tona kulit.
Justeru, langkah pertama yang sis perlu lakukan untuk mendapat lipstik yang bersesuaian adalah, kenal pasti terlebih dahulu, warna dasar kulit anda!
Warna dasar kulit wanita di Asia khususnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori tona warna iaitu tona sejuk (Cool Tone), Tona panas (Warm Tone) dan Neutral.
Tona-tona ini dapat diklasifikasikan dan ditentukan dengan mudah, caranya anda hanya perlu melihat pembuluh darah yang ada pada tangan masing-masing je.
Bagi mereka yang mempunyai tona kulit sejuk, biasanya mempunyai pembuluh darah yang jelas kelihatan berwarna biru. Mereka dengan pembuluh darah berwarna ini, umumnya mmepunyai kulis yang putih dan cerah serta adakalanya berkulit pucat kerana terlalu cerah.
Oleh itu, jika anda mempunya tona kulit yang sebegini dan mendambakan ‘natural look’ dalam solekan anda, penggunaan warna gincu yang semula jadi seperti warna merah jambu, merah jambu-pastel atau merah jambu-belacan merupakan pilihan yang paling tepat!
Namun, sekiranya anda inginkan ‘extra look’ yang lebih seksi bak mira Filzah, bolehlah memilih gincu berwarna merah darah ataupun merah kecoklatan dan juga merah hati kerana ia mampu memberi impak classy kepada solekan anda!
Kulit bertona neutral adalah warna dasar kulit kebanyakkan wanita Asia. Pemilik warna dasar kulit ini, mempunyai pembuluh darah yang samar-samar tidak terlalu biru mahupun hijau.
Warna tona kulit neutral bermula dari warna kulit yang terlihat yang boelh dikategorikan sebagai ‘kuning langsat’ hinggalah kepada tina warna lebih gelap yang dikategorikan sebagai ‘sawo matang’.
Bagi si kuning langsat, rona gincu dalam tona merah jambu tua dan merah jambu-pic adalah pilihan warna yang mampu menaikkan seri wajah anda jika mahu tampil minimalis dalam solekan natural seperti Yuna ini.
Tetapi jika anda juga boleh mengoles bibir dengan warna yang lembut, seperti soft-peach hingga pic gelap untuk mendapatkan soft looks dalam penampilan ringkas seharian.
Malah, jika inginkan kelainan dan berani tampil ‘bold’, Hijabi disarankan untuk memilih warna merah menyala atau oren terang pula, kerana rona warna ini mampu menyerlahkan lagi sisi memukau dan berani si pemakai!
Jika sis memiliki kulit sawo matang pula, adalah amat digalakkan memilih gincu berwarna merah tetapi ke arah yang lebih gelap contohnya seperti, warna merah beri dan warna coklat koko kemerahan. Pastikan anda menjauhi warna-warna yanh terlalu terang seperti oren ataupun merah jambu.
Ini demikian kerana, warna-warna yang terlampau terang akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap dan solekan kelihata kelam membosankan dan tidak bermaya.
Bagi pemilik warna dasar kulit panas pula, mereka mempunyai pembuluh darah yang tidak terlalu kelihatan samada berwarna biru ataupun hijau.
Tona warna kulit jenis ini, dapat dikategorikan dalam beberapa tona warna gelap seperti tan, coklat gelap dan hitam. Malah, jika anda pandai menatarias wajah dengan solekan yang tetap warna kulit ini tetap tidak menghalang anda untuk menyerlah dan kelihatan cantik persis finalis Dewi Remaja yang sorang ini, Eiman.
Anda disarankan untuk menggunakan gincu berwarna merah jambu-pastel yang gelap, warna ini bakal menyerlahkan lagi sisi semulajadi dalam penampilan anda. Anda akan terlihat ‘Efforless Natural Beauty’. Jika ingin serlahkan keanggunan dan keayuwan wajah anda pula, gunakan warna coklat muda atau pic gelap amatlah disarankan!
Bagi yang mempunyai warna kulit yang lebih coklat tua hingga hitam pula, jangan risau sis! Masih ada pewarna bibir yang sesuai untuk anda lengkapkan solekan pada wajah tu.
Pilihlah warna ungu muda atau ungu tua kerana ia merupakan pilihan terbaik bagi penampilan natural look anda. Pemilihan warna ungu kemerahan dan merah bata terang pula, boleh membantu membuatkan sisi seksi anda lebih menyerlah dan ketara tau.
Dah tau cara nak pilih gincu mengikut tona kulit kan? Jangan lupa aplikasikan setiap kali membeli lipstik nanti tau!
Kehadiran Engku Aleesya di majlis perkahwinan ayahnya iaitu Engku Emran dan Noor Nabila mencuri perhatian ramai. Mengenakan busana berwarna putih, Aleesya turut kelihatan mesra bersama Jebat dan ahli keluarga ibu tirinya.
Malah, Engku Aleesya tidak kelihatan kekok menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga Nabila selepas majlis tersebut berlangsung. Jelas terserlah keayuan wajah Engku Aleesya yang jelita persis ibunya, Erra Fazira.
Di Instagram, Noor Nabila yang merupakan kakak kepada Neelofa telah memuat naik satu posting khas sempena ulang tahun kelahiran anak tirinya itu.
Ya Allah ku bersyukur dan berterima kasih Ya Allah.. kau serikan hidupku dan anakku dgn kehadiran Aleesya. Wahai Rabbul alamin panjangkan usianya, sihatkan dia, luaskan rezekinya, makbulkan segala doa-doanya, sempurnakan hajatnya, capaikan segala cita-citanya. آمين يا رب العالمين
Selamat hari jadi yang ke-12 sayang. Semoga Aleesya sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. We love you so much.
Menurut Nabila, kehadiran Aleesya menjadi penyeri hidupnya dan juga Jebat. Malan Nabila juga mendoakan yang terbaik buat anak tirinya itu sempena ulang tahun kelahiran Aleesya yang ke-12.
Ternyata Engku Aleesya mewarisi kecantikan ibunya. Lihat sahaja gambar-gambar berikut:
Sempena bulan suci Ramadan Al-Mubarak, satu inistiatif kempen derma amal telah dijalankan oleh perintis eDagang Asia Tenggara, Lazada. Inisiatif ini juga hasil kerjasama bersama rakan NGO, Islamic Relief Malaysia dan MyFundAction.
Siapa sangka setiap pembelian yang dilakukan oleh pelanggan Lazada! Sambil membeli ada juga yang menerima keperluan yang boleh membantu mereka yang memerlukan.
Kempen amal tersebut akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan, bermula 20 Mac sehingga 21 April 2023, yang mana Lazada akan mendermakan kepada tabung dana amal Islamic Relief Malaysia dan MyFundAction menerusi setiap **pesanan lengkap di platform Lazada (**pesanan lengkap bernilai RM10 dan ke atas).
Dana amal tersebut akan membolehkan rakan NGO untuk menyediakan dan mengagihkan set ‘Pakej Raya’ yang mengandungi beras, gula, makanan dalam tin, produk kebersihan dan beberapa keperluan asas yang lain kepada lebih 3,000 penerima sumbangan di seluruh Malaysia, termasuklah komuniti yang memerlukan di PPR, rumah jagaan prihatin dan rumah anak yatim.
“Lazada yakin bahawa teknologi mempunyai kekuatan untuk menambah nilai dan mencipta impak positif bagi membantu komuniti setempat. Ramadan dan Aidilfitri merupakan bulan yang mulia, maka amalan baik seperti menderma, saling bantu-membantu dan refleksi diri amatlah digalakkan,
“Justeru itu, ‘Membeli Untuk Memberi’ berhasrat untuk memberikan inspirasi ke arah amalan seperti bersedekah, bermurah hati dan beramal baik menerusi cara dan langkah semudah membeli-belah di platform kami,
“Lantaran rakyat Malaysia sedang sibuk membuat persiapan Raya, Lazada ingin memudahkan para pelanggan dengan menawarkan pelbagai promosi untuk produk seperti Baju Raya, barangan runcit, gadget digital, barangan elektrik dan elektronik, produk kelengkapan rumah untuk menghias kediaman menjelang sambutan Hari Raya, serta keperluan balik kampung,
“Ianya diharapkan dapat memudahkan proses membeli-belah dalam talian dan membolehkan para pelanggan untuk berjimat menerusi pembelian pada harga yang berbaloi, di samping menyumbang kepada inisiatif amal ‘Membeli Untuk Memberi’.” kata Alan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.
Semasa majlis penyampaian sumbangan ‘Memberi Untuk Memberi’ pada 30 Mac 2023, Lazada menyampaikan set ‘Pakej Raya’ kepada 60 penerima sumbangan yang telah bersama-sama berbuka puasa dengan rakan NGO dan media.
Di samping itu, van dan lori Lazada Logistik juga telah dimobilisasikan ke seluruh negara untuk menghantar bantuan ‘Pakej Raya’ kepada penerima sumbangan di Kuantan, Kajang, Nilai dan Puchong pada bulan Mac.
Manakala pada bulan April, sumbangan akan disampaikan kepada komuniti yang memerlukan di Tanah Merah, Batu Pahat, Segamat, Kuala Nerang, Melaka, Teluk Panglima Garang, Klang, Beranang, Lembah Subang, Shah Alam, Gombak, Setapak, Pandan Perdana, Titiwangsa, Kota Kinabalu, Keningau, Kundasang, Semporna dan beberapa lagi daerah di seluruh Malaysia.
Menerusi kempen ‘Membeli Untuk Memberi’, Lazada berhasrat untuk membantu seramai mungkin keluarga dan komuniti yang memerlukan dan ianya pasti mampu direalisasikan dengan sokongan dan penglibatan para pelanggan yang bermurah hati menyumbang ke arah insiatif impak sosial dan derma amal tersebut.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui amalan Hari Asyura yang dikongsikan Ustaz Wadi Annuar termasuk berpuasa, berzikir, beristighfar, meluaskan nafkah dan menghidupkan malam dengan ibadah.