Jika wajah anda dipenuhi dengan jerawat, bekas parut dan pelbagai lagi cela, reaksi pertama kita adalah untuk menutup cela tersebut dengan produk kosmetik. Tetapi sebelum anda mengambil langkah ini, apa kata cuba dulu beberapa langkah tanpa-produk ini untuk approach yang lebih selamat dan wallet-friendly. Boleh jimatkan belanja dan paling penting wajah tetap tampil menawan dengan hanya mengamalkan petua secara alami ini.

Kredit foto: Pinterest

1. Minum banyak air masak

Langkah ini sudah ramai yang sedia maklum dan sangat-sangat commontetapi tidak semua mampu untuk melakukannya. Apabila badan anda tidak cukup air, ia boleh menghadapi dehidrasi dan menjadi punca kedutan. Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk membuang toksin yang ada dalam badan.

2. Makan diet seimbang

Bulan puasa ini mungkin agak sukar untuk melakukannya (dengan kehadiran bazaar Ramadan) namun jangan sesekali mengalah! Cuba untuk mendapatkan makanan yang kaya vitamin seperti buahan, sayuran, ikan, telur dan whole grainsyang menyalurkan anti-oksidan kepada tubuh.

IKLAN
CEY7EK chicken salad

3. Rajin bersenam

Kesibukan kerb bukanlah alasan untuk skip dari bersenam. Anda hanya perlu sesuaikan gerak senam anda dengan kemampuan semasa berpuasa. Berpeluh mampu membersihkan liang dari kotoran serta mengeluarkan toksin dari badan yang memudahkan kulit anda untuk clear.

4. Yoga wajah

Buat beberapa senaman wajah untuk mengurangkan kedutan yang mula timbul. Ia lebih baik dan afteraffect-freeberbanding suntikan vitamin atau botox.

IKLAN

5. Cuci wajah dengan air suam

Pastikan air berada dalam darjah yang sesuai untuk anda tetapi jangan terlalu panas. Namun jika anda sukakan air sejuk untuk mencuci muka, silakan.

IKLAN

Cuba rutin ini secara konsisten untuk anda lihat keberkesanannya dalam masa 30 hari. Jom kita ‘baiki’ wajah tanpa menggunakan sebarang produk.

KREDIT FOTO: PINTEREST (TOP IMAGE)

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI