Kesihatan rambut antara aspek penting dalam memastikan keseluruhan gaya kamu tampak anggun dan berseri. Tidak kira sama ada kamu berhijab ataupun tidak, rambut itu umpama mahkota wanita. jadi, tidak bermaksud jika kamu memakai hijab, kamu tidak perlu menjaga kesihatan rambut!

Scha Alyahya antara selebriti wanita yang memiliki rambut berseri dan sentiasa tampak kemas dan sihat. Sumber gambar: Instagram Scha Alyahya

Serum rambut antara produk terbaik yang dapat menjaga kesihatan rambut sehingga rambut menjadi lembut, berkilat dan tidak kusam. Tetapi, sebenarnya ada banyak bahan semula jadi yang boleh kamu gunakan untuk dijadikan sebagai serum rambut. Tak percaya? Jom cuba bahan-bahan di bawah ini!

1. Madu

Sumber gambar: Bake

Madu diperkaya dengan sumber zat yang kompleks, sesuai digunakan untuk rawatan kecantikan serta kesihatan. Oleh itu, madu merupakan antara bahan untuk melembutkan serta menyihatkan rambut, sama seperti fungsi serum rambut. Khasiat madu pada rambut ialah menjaga kelembapan rambut sehingga membuatnya sentiasa lembut dan tidak kering atau kasar.

Caranya: Kemaskan dahulu rambut kamu. Kemudian, sapukan madu di seluruh bahagian rambut. Selepas itu, tunggu beberapa saat dan cuci rambut menggunakan air suam sehingga bersih.

2. Pisang

IKLAN
Sumber gambar: Medical News Today

Sama seperti madu, pisang juga amat berkesan untuk melembutkan rambut serta menyihatkan rambut. Kandungan vitamin aat sesuai untuk merawat rambut yang rosak serta mencegah rambut dari menjadi kusam serta masalah kelemumur.

Caranya:  Ambil satu atau dua buah pisang dan potong halus. Kemudian kamu ramas potongan pisang tadi dan barulah sapu di seluruh bahagian rambut. Tunggu selama 10-15 minit sebelum mencucikannya. Untuk hasil yang terbaik, tambahkan sedikit madu. 

3. Minyak zaitun

IKLAN
Sumber gambar: CGTN

Sejak dari dahulu lagi, minyak zaitun memang terkenal dengan kebaikannya kepada tubuh badan. Kandungan mineral dan vitamin yang ada di dalamnya, terutamanya vitamin E merupakan nutrisi yang diperlukan pada rambut agar menjadi sihat, berkilat dan lembut!

Caranya: Sapu minyak zaitun dari awal hingga penghujung rambut. Pastikan semua area pada bahagian rambut disaluti dengan minyak zaitun. Kemudian, biar selama 10 minit dan cuci dengan syampu sehingga bersih Lakukan rutin ini sebanyak seminggu sekali.

4. Minyak Kelapa

IKLAN
Sumber gambar: Today

Selain minyak zaitun, minyak kelapa tjuga boleh dijadikan sebagai gantian serum rambut. Ia boleh melembutkan rambut. Kandungan sumber vitamin E dan K memberi manfaat kepada untuk tampak berkilat dan sihat! 

Caranya: Sapu minyak kelapa di seluruh bahagian rambut dan tunggu selama 10 minit. Kemudian, cuci dengan syampu sehingga bersih.

5. Mayonis

Sumber gambar: Inspired Taste

Bukan hanya sesuai dijadikan sebagai bahan tambahan dalam masakan, malah mayonis juga sesuai dijadikan sebagai saah satu bahan semula jadi untuk menyihatkan rambut! Penggunaan mayonis sebagai ‘mask’ rambut boleh menjaga kelembapan rambut, melindungi dari sinaran UV, menjaga keseimbangan pH rambut, serta merawat kerosakan rambut.

Caranya: Campurkan mayonis bersama ‘conditioner’ dan sapukan pada seluruh bahagian rambut. Tutup rambut dengan ‘shower cap’ dan biarkan selama 30-60 minit. Kemudian, bilas rambut dengan syampu sehingga bersih.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI