Berkahwin dengan orang yang kita cinta memang menjadi impian kita semua. Begitulah juga seperti pasangan ini iaitu pemain pertahanan tengah pasukan bola sepak Pahang, Muslim Ahmad dan Farah Anisah,20 atau lebih dikenali sebagai Faralisa yang juga seorang instafamous dan model.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat bernikah pada hari Jumaat yang lalu di Klang dan telah melangsungkan majlis persandingan di Ampang pada keesokan harinya.
Indah sekali busana yang dipakai oleh pasangan merpati dua sejoli ini.
Nama Najwa Latif mula mencipta fenomena menerusi lagu Cinta Muka Buku dan Carta Hati. Selepas kemunculan Najwa Latif, semakin ramai penyanyi muda yang berani menonjolkan bakat mereka. Najwa Latif ibarat benchmark dan lagunya memang menjadi siulan anak muda. Disebabkan itulah Najwa Latif mampu kekal lama di dalam industri kerana dia punya bakat yang cukup luar biasa.
Tetapi sejak kebelakangan ini, nama Najwa Latif semakin sepi dan seakan sudah tidak kedengaran lagi selepas dia menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Rupa-rupanya, Najwa kini telah pun bergelar seorang pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) sejak beberapa bulan lalu.
Bukan itu sahaja, difahamkan juga bahawa Najwa juga sedang menyambung pelajaran di Universiti Malaya (UM) dalam peringkat Sarjana. Disebabkan itulah Najwa terpaksa memperlahankan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dek kerana tuntutan tugas yang lain.
Katanya kepada Utusan, “Memang agak penat kerana terpaksa lakukan beberapa kerja dalam satu masa. Bila sudah jadi tenaga pengajar, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutama tumpuan terhadap pelajar. Dalam masa yang sama, saya tidak boleh ambil mudah dengan pengajian sendiri dan kerjaya seni. Sebab itu saya masih lagi cuba seimbangkan semuanya.”
Najwa turut melahirkan rasa gembira kerana impiannya untuk bergelar pensyarah muda tercapai. Diberi peluang untuk belajar Bahasa Inggeris, Najwa gembira kerana dapat berkongsi ilmu dengan para pelajar. Walaupun masih muda, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengajar kerana mereka menghormati Najwa sebagai seorang pensyarah walaupun mereka mengenali siapa dirinya.
Berbicara soal kerjaya seni, Najwa akui populariti bukanlah titik utama dia berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air. Baginya, cukup sekadar dirinya diterima ramai. Itu sudah dikira sebagai satu kejayaan. Malah dia bersyukur kerana lagu-lagunya masih lagi dimainkan di corong-corong radio meskipun dihimpit dengan kemunculan penyanyi baru yang muda dan berbakat. Tambahnya, kemunculan penyanyi muda merupakan petanda bahawa industri muzik semakin berkembang pesat.
Personaliti media sosial yang juga seorang pelakon, Syifa Melvin berkongsikan kisahnya sewaktu bergelar pelajar dahulu. Jelasnya, dia telah gagal dalam mata pelajaran matematik dahulu sewaktu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Walaupun begitu, Syifa yang turut mengusahakan perniagaan kosmetik, ‘Kekasih’ bersama adik-beradiknya tidak pernah patah semangat dalam mengejar cita-citanya.
“Okaylah Syifa ceritalah satu rahsia ni okay, since harini kami saja melawat tempat kenangan kami utk next content kami. Syifa bersekolah di SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar, dari form 1- form 5.
“Form 1-3 duduk dekat kelas nombor dua okay la not bad total ada 4 kelas, masuk form 4-5 Syifa pilih aliran sastera sebab Syifa suka membaca dan menulis. Alhamdulillah sampai sekarang suka menulis.
“Masuk form 4 Syifa dah start jadi pemalas malas gila nak belajar,banyak main je sekolah pun asyik doa hujan pagi pagi sebab malas nak pi sebab pergi kelas naik basikalkan.
“Sampai tingkatan 5 dah SPM paling excited nak jawab paper agama, bahasa melayu dan sastera sebab itu je yang aku mahir.
“Mai paper math sumpah nak kencing nak terberak sebab out teruk! PMR pun tak cemerlang. Math aku sejenis benak memang tak faham cikgu ajar apa.
“Masalahnya aku yang benak. Cikgu tu ajar elok ja. Weh SPM aku failed math tau. Sumpah tak tipu. Ada A pun tak guna dah math gagal.
“Dah lama aku simpan aib ni tak semua orang tahu. Memang harapan aku nak dapat belajar UITM. Dah math pun tak kredit, itu yang sambung belajar dekat swasta. Tapi Alhamdulillah math ja bodoh kira duit tak bodoh,” luah Syifa di Instagramnya.
Tampil dengan memakai niqab pada majlis ilmu tempoh hari, pelakon Aprena Manrose terima pujian dari orang ramai. Namun, Aprena cuba untuk menjelaskan bahawa penampilannya belum sampai ke tahap itu bagi menjawab dakwaan orang ramai.
Meski pun begitu, Aprena akui dia masih dalam proses untuk mempelajari agama ini sebaik-baiknya. Ramai jua yang mendoakan atas percubaannya untuk menutup aurat dan semoga dia kekal istiqamah.
Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 29, terima banyak pujian apabila dia muncul ke majlis agama baru-baru ini dengan berniqab. Ramai yang terkejut dan mendakwa Aprena sudah mula berniqab meski pun dia belum lagi membuat keputusan tersebut.
Namun, pelakon yang berasal dari Kelantan itu mengucapkan terima kasih atas semua yang sudi menitipkan doa buatnya untuk mencuba dengan penampilan tersebut. Dia tidak menafikan bahawa masih dalam proses untuk belajar dalam mendidik diri menjadi muslimah sebenar juga mendalami agama dengan sebetulnya.
Menerusi temubual bersama Kosmo! Online, Aprena menjelaskan lagi perkara ini khuatir ada yang salah anggap. Tambahan pula, dia sempat mengucapkan rasa terharu oleh kerana ramai yang memuji dan mengeluarkan kata-kata semangat dari mengeji penampilannya.
“Terima kasih atas doa yang di beri tetapi saya masih lagi belum berniqab sepenuhnya. Berpakaian begitu kerana belajar ilmu agama,
“Masih belajar dan hanya cuba-cuba sahaja, teruskan doa yang baik-baik,” katanya.
Perbualan mengenai perubahan imejnya yang mula berniqab terjadi apabila ada berlaku salah faham oleh kerana kemunculannya di sebuah majlis agama.
“Foto tersebut di ambil ketika saya ke sebuah majlis agama. Mungkin ada yang salah faham tetapi doakanlah saya berubah ke arah itu.
“Bagusnya ialah ramai mendoakan dan ada menyuarakan hasrat untuk mengikuti kelas agama yang saya pergi.
“Saya sangat terharu dengan respons ramai dan berharap mereka terus doakan saya kekal istiqamah melakukan benda baik insya-Allah,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, telah tular foto dan videonya yang menggayakan pakaian sopan bertutup dan berniqab dalam persalinan berwarna hitam melalui aplikasi TikTok. Perkara tersebut meraih ramai pujian warganet dan juga mendoakan yang baik-baik buatnya.
Apabila melihat reaksi warganet di sosial media, ramai yang memuji tentang keterampilan yang menggayakan niqab itu. Walaupun dia menidakkan imejnya yang di dakwa memakai niqab sepenuhnya dan hanya sekadar untuk pergi ke majlis ilmu, titipan doa tetap di berikan oleh semua.
“Masa I preggy duka tengok muka you kadang-kadang ulang tengok story ke video dekat TikTok! Sampai anak I pun ikut dagu terbelah macam you,
“Alhamdulillah muslimah sejati insya-Allah,
“Terima kasih kerana menjadikan perjalanan hijrah saya lebih bermakna,
“Tak minta banyak cuma nak perempuan zaman sekarang macam ini sahaja.” begitulah komen-komen yang di berikan oleh warganet terhadap penampilan Aprena.
Apa-apa pun kami dari Hijabista turut merasakan imej Aprena menjadi inspirasi buat mereka di luar sana supaya istiqamah dalam permulaan penghijrahan. Semoga kita kekal mengenali dan ingin mempelajari lebih banyak tentang ilmu agama.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.