Senjata orang Islam adalah melalui doa. Oleh itu jangan jemu dan putus untuk berdoa. Umat Islam perlu yakin kepada kekuatan doa.
Sebab itu di dalam solat, kita dituntut untuk meminta supaya dijauhkan daripada fitnah; fitnah Dajjal, fitnah hidup dan fitnah kematian, azab kubur dan azab Neraka, dan kita memohon juga perlindungan dari dosa-dosa dan hutang piutang.
Selain bacaan doa, amalan membaca beberapa Surah dalam setiap solat juga turut membantu kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmat Allah. Rasulullah SAW sendiri mengamalkan beberapa bacaan Surah dalam setiap solat yang dikerjakannya.
Berikut perkongsian Dr. Ahmad Sanusi Azmi tentang doa-doa yang sering diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam solat.
Bacaan Rasulullah Dalam Solat
Ajarkan kepada diri dan anak-anak tentang surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah dalam solat Baginda. Maklumat ini dikumpulkan berdasarkan sebahagian hadis yang diriwayatkan.
Semoga kita membaca surah-surah yang pernah dibaca oleh Rasulullah dalam solat. Pun begitu tiada halangan sekiranya kita ingin membaca surah yang lain.
Ads
Semoga Allah membimbing kita. Jom kita jadikan amalan harian.
BACAAN DALAM SOLAT SUBUH
Ads
BACAAN DALAM SOLAT ZOHOR & ASAR
BACAAN DALAM SOLAT MAGHRIB
Ads
BACAAN DALAM SOLAT ISYAK
HIJABISTA: Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kita menjadi insan yang lebih baik serta hambaNYA yang mendapat rahmat Allah.
Rasulullah S.A.W merupakan contoh terbaik yang harus kita ikuti untuk mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. Umat Islam disarankan untuk sentiasa membaca tentang sunnah Rasulullah dan mempraktikkan segala amalan beliau dalam segala aspek.
Permulaan hari yang baik serta berkualiti antara perkara penting bagi kita semua untuk mendapat tenaga yang positif dan melancarkan segala aktiviti harian kita. Pun begitu, kita sebagai umat Islam, sering alpa tentang amalan-amalan yang seharusnya dilakukan untuk kita lebih dekat dengan-Nya. Oleh itu, berikut adalah contoh amalan Rasulullah S.A.W yang boleh kamu ikuti supaya hari kamu menjadi lebih baik dari semalam.
Sucikan wajah dengan mengamalkan amalan mencuci muka dengan air yang sejuk. Ia bukan sahaja dapat menyegarkan kulit wajah namun ia merupakan antara amalan Rasulullah SAW ketika bangun pagi. Ada satu hadith yang berkaitan dengan amalan ini yang bermaksud;
“RASULULLAH BANGUN TIDUR, KEMUDIAN DUDUK SAMBIL MENGUSAP WAJAHNYA DENGAN TANGANNYA.”(RIWAYAT MUSLIM).
Salah satu sebab kenapa kita perlu berdoa sebaik sahaja bangun dari tidur adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT. Antara doa yang boleh kamu amalkan ialah:
Sudah menjadi amalan biasa bagi kita semua untuk menggosok gigi. Selain daripada aspek kesihatan ia juga adalah antara sunnah Rasulullah yang paling mudah untuk kita ikuti. Setelah berdoa dan menyapu muka, bolehlah kita menggosok gigi. Hal ini boleh dirujuk dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“APABILA RASULULLAH S.A.W BANGUN DARIPADA TIDUR, BAGINDA AKAN MEMBERSIHKAN MULUTNYA DENGAN BERSUGI.” (MUTTAFAQ ‘ALAIH)
Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya membasuh kedua-dua belah tangan di waktu pagi kerana semasa tidur, kita tidak tahu ke mana tangan kita bergerak. Perkara ini dinyatakan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“APABILA SALAH SEORANG DARIPADA KAMU BANGUN DARIPADA TIDUR, MAKA BASUHLAH TANGAN KAMU TERLEBIH DAHULU TIGA KALI SEBELUM MEMASUKKAN KEDUA-DUA TANGAN KE DALAM BEKAS, KERANA KAMU TIDAK TAHU DI MANA TANGAN KAMU BERADA KETIKA SEDANG TIDUR.” (MUTAFFAQ ‘ALAIH).
Beristinthar bermaksud perbuatan memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskan kembali.
Rasulullah SAW menyuruh kita beristinthar di waktu pagi kerana syaitan suka bermalam di batang hidung. Boleh rujuk maksud hadith di bawah ini.
RASULULLAH S A W BERSABDA YANG BERMAKSUD : “APABILA SEORANG ANTARA KALIAN BANGUN TIDUR, MAKA BERWUDUKLAH DAN KEMUDIAN BERISTINTHARLAH SEBANYAK TIGA KALI KERANA SYAITAN BERMALAM DI BATANG HIDUNGNYA.” (RIWAYAT AL-BUKHARI)
Jadikan 5 amalan mudah ini sebagai amalan yang wajib kita lakukan setiap hari. Setiap kebaikan yang kita lakukan tidak kira sekecil zarah sekalipun pasti akan dikira dan diberikan ganjaran pahala dari-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Jangan lupa amalkan ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga bertuah kerana dikurniakan rupa paras cantik dan bijak orangnya.
Berusia 37 tahun, pelakon cantik bertubuh tinggi lampai ini merupakan anak kepada pasangan Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan. Fathia juga anak sulung daripada empat beradik iaitu Nur Farhana, Muhammad Ilham dan Dr Nur Fasiha.
Selain berbakat sebagai pelakon, wanita cantik ini pernah bergelar model dan ada bakat menyanyi.
Masih ingat lagi waktu Fathia dilantik menjadi Duta Haruman Avon sekitar tahun 2015. Dia mengejutkan hadirin dengan kelunakan suaranya pada majlis berkenaan. Talented sungguh!
Sekadar infor artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Kebelakangan ini nama Fathia menjadi bualan warga maya dek kerana perubahan wajahnya selepas melakukan rawatan estetik.
Bagaimana pun, figura popular tersebut berbangga dan yakin dengan wajahnya hari ini selain enggan mengendahkan persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya.
Graduan undang-undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini sudah hampir 14 tahun menjadi anak seni. Drama sulung lakonan Fathia ialah Nur Kasih dan dia turut pernah membintangi filem Nasi Lemak 2.0 dan Darah Panas.
Adik Fathia iaitu Dr Fasiha mendedahkan kepada Nona, kakak tersayang seorang yang pemurah dan tidak berkira dengan keluarga.
Tidak hanya itu, aktres berkenaan juga cukup mengambil berat mengenai adik-beradik, suka makan dan boleh bermain piano walau tidak pernah mengikuti kelas muzik.
Bersandarkan bakat yang ada, Fathia berjaya merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Popular menerusi filem Darah Panas di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29.
Fathia juga pengasas jenama Manis by Fathia Latiff.
Sekadar infor artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Pelakon dan pengacara terkenal iaitu Irma Hasmie, 40, meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menunaikan ibadah umrah bersama anak-anaknya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini telah memuat naik hantaran di Instagram dan menyatakan bahawa dia berasa bahagia apabila dapat bermusafir bersama keluarganya di Tanah Suci disamping anak-anak tercinta.
“Dengan izin-NYA, sampai kami ke Madinah al-Munawwarah dan Makkah al-Mukarramah, syukur yang amat sangat rezeki menjadi tetamu Allah.
“Rasa bahagia dapat merasa pemusafiran bersama family, dengan Irfhan Naylie. Paling touching dapat bawa dorang ziarah Nabi hari-hari waktu di Masjid Nabawi,” tulisnya.
Tambahan itu, dia turut berkongsi mengenai momen-momen indah bersama anak-anaknya ketika berada di Tanah Suci Makkah.
“Di Makkah pula dapat duduk kat dataran dengan anak-anak dalam Masjidil Haram tengok Kaabah.
“Pastu tak sangka سبحان الله dapat merasa pengalaman hujan batu(ais) di tanah suci Makkah,” kongsi pelakon drama Aliff Firdaus itu.
Dalam hantaran yang sama, Irma turut memohon kepada Allah SWT agar menerima taubat dan permintaan semua serta berharap kepulangannya dari Tanah Suci itu diredaiNya.
“Pada semua yg kirim doa… Semoga Allah menerima taubat kita, moga Allah terima hajat-hajat dan permintaan kita…
“Dah balik ni memang rasa rindu sangat…Semoga kepulangan kami berserta dengan redha dan keampunan Allah SWT.
“Yang selalu dalam hati dan ingatan di setiap langkah saya dan sentiasa menyokong dan memberi kekuatan, doa ku moga Allah membalas dengan banyak2 kebaikan, bahagia dunia akhirat, dan moga Allah satukan kita kembali di syurga” doa Irma.
Tambahan itu, Hijabista sempat meninjau ke ruangan posting yang lain dan melihat Irma juga sempat membawa anak-anaknya, Irfhan dan Naylie menziarahi Masjid Quba dan Telaga Iziq.
Rakan artis dan para peminat juga tidak ketinggalan meninggalkan komen dan mendoakan buat pelakon itu. Mereka juga berharap agar dapat menjejakkan kaki kesana suatu hari nanti.
“Masyaallah sis, seronoknya ada kat sana. Semoga peroleh umrah mabrur…”
“Bestnya…masyaallah❤️…doakan saya & keluarga dijemput ke sana juga…amin yarabalalamin ”
“Alhamdulillah..semoga sihat dan barakah utk akak sekeluarga”
“Seronok tgk muka akak bersama ank² kat sana. Nampk bahagia sgt..subhanallah. Doakan saya juga ye kak irma…”
Sekadar info, Irma Hasmie telah mendirikan rumah tangga bersama Redza Syah Azmeer pada 2012 dan mereka dipertemukan kali pertama di kota Mekah ketika sedang menunaikan umrah.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.