Memiliki kulit wajah yang glowing pasti menjadi idaman setiap wanita. Sebenarnya hanya dengan menggunakan baby oil, anda mampu memiliki kulit wajah yang glowing. Berikut dikongsikan cara penggunaan baby oil untuk mendapatkan kulit wajah yang glowing.

BABY OIL SEBAGAI PEMBERSIH WAJAH

Gunakan baby oil sebagai pembersih wajah. Pilihlah baby oil tanpa alkohol untuk menghindari risiko alahan dan kulit kering. Carilah baby oil yang mengandungi ekstrak almond. Vitamin E yang ada di dalam minyak almond baik untuk mencerahkan dan menjadikan wajah kelihatan glowing.

CARANYA:

Tuangkan baby oil beberapa titis pada kapas wajah dan sapukan pada seluruh wajah.
Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air hingga bersih.

BABY OIL SEBAGAI MASKER

Cara lain untuk membuat wajah glowing dengan baby oil ialah dengan menjadikannya sebagai bahan tambahan pada masker. Baby oil boleh dicampurkan sebagai bahan tambahan pada masker buah untuk memutihkan wajah, seperti buah tomato, avokado, kentang, strawberi, pisang dan sebagainya.

Campuran baby oil pada bahan-bahan masker tersebut dapat membantu memberikan tambahan glowing pada kulit anda. Ia tidaklah memutihkan kulit wajah tetapi ia menjadikan kulit terlihat glowing atau cerah bercahaya.

CARA MEMBUAT MASKER BABY OIL

Belah buah avokado. Ambil isinya. Hancurkan dengan cara ditumbuk atau dikisar. Tambahkan satu sudu makan makan baby oil dan kacau rata.

IKLAN

Bersihkan wajah terlebih dahulu dengan menggunakan air suam dan keringkan. Aplikasikan masker pada seluruh wajah dan leher secara merata. Biarkan hingga mengering sekitar 30 minit. Jika sudah kering, bilas dengan menggunakan air hingga bersih.

BABY OIL UNTUK MENGURUT WAJAH
Cara membuat wajah glowing selanjutnya ialah dengan mengurut wajah dengan baby oil. Ini berguna agar peredaran darah pada wajah menjadi lancar sehingga wajah akan tampak lebih berseri.

Cara penggunaannya mudah sahaja. Bersihkan wajah terlebih dahulu hingga benar-benar bersih. Oleskan baby oil tipis-tipis pada seluruh wajah khususnya pada bahagian wajah yang terlalu kering.

Urut wajah selama 10 minit agar kandungan pada baby oil meresap ke dalam kulit wajah.
Setelah wajah diurut, biarkan wajah selama 15 minit, lalu bilas dengan air hingga bersih. Kemudian bolehlah dilanjutkan dengan pemakaian produk perawatan wajah yang lain.

Inilah beberapa cara efektif menjadikan wajah glowing dengan baby oil yang boleh anda lakukan sendiri di rumah tanpa mengeluarkan belanja yang mahal.

Terdapat beberapa panduan yang boleh diguna pakai untuk membantu kesihatan dan kecantikan kulit secara keseluruhannya. Antaranya:

1. Kehidupan remaja biasanya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti luar seperti bersukan dan beriadah. Aktiviti luar boleh mendedahkan remaja kepada cahaya matahari dan debu yang boleh memberi kesan sampingan kepada kulit.
Pada ketika ini, disarankan supaya menggunakan krim pelindung tabir suria ketika ke sekolah atau melakukan aktiviti luar seperti bersukan mahupun beriadah.

IKLAN

2. Melakukan senaman baik untuk kesihatan kulit kerana ia melancar–kan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit.
Selalulah mandi untuk menjaga kebersihan kulit apatah lagi jika kita kuat berpeluh. Kulit yang normal mempunyai nilai pH antara 4.2 hingga 5.6.

3. Sabun tidak memudaratkan kulit, namun jika digunakan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Pilih sabun yang bersesuaian jika mempunyai kulit kering.

Pada masa sama, sapukan bahan pelembap kulit selepas mandi
kerana ia membantu mengekalkan kelembapan kulit. Minyak bayi boleh digunakan untuk kulit yang kering.

Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap manakala jenis kulit sensitif pula, elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit. Kulit juga boleh menjadi kering jika kerap mandi dengan air panas.

4. Salin dan pakai pakaian bersih mengikut keperluan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari bagi menjaga kebersihan kulit.

5. Kulit muka yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada sepatutnya.

Bagi menjaga kulit muka yang berminyak, gunakan penyegar untuk membantu menutup liang roma. Penggunaannya boleh menyebabkan kulit kurang berminyak.

IKLAN

Kulit berjerawat antara masalah yang dihadapi kebanyakan remaja. Jerawat ialah liang roma yang berjangkit dan tersumbat.

Jangan sekali-kali memincit jerawat kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan meninggalkan parut.Gunakan produk penjagaan kulit yang bebas minyak.

Solekan berminyak boleh merangsang pembiakan bakteria di muka dan membuatkan liang roma tersumbat.

6. Di sekelilling kelopak mata pula, sapukan bahan pelembap untuk mengurangkan keradangan kulit mata yang sensitif dan nipis.

7. Selain itu, perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah pengambilan makanan yang sihat. Makanan yang berkhasiat boleh mencantikkan wajah.

Banyakkan makan dari sumber protein, vitamin dan mineral. Kulit akan mendapat manfaat yang besar dengan makanan berkhasiat termasuk lemak yang menyihatkan, protein mencukupi, sayur serta buah.

8. Elakkan daripada merokok atau terkena asap rokok kerana ia boleh menyebabkan kulit cepat berkedut.

9. Minum air dua liter atau sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik.

Sumber kredit: Portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber gambar: 123rf & (top image): lifesavvy.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI