Ayat Pendinding Diri Yang Nabi Muhammad SAW Amalkan, Surah Al-Falaq, Hanya Lima Ayat

Share

Surah ini merupakan surah Makkiyyah dan ada pandangan yang mengatakan surah Madaniyyah. Surah ini mengandungi lima ayat. Nama Al-Falaq diambil daripada kata Al-Falaq yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bererti waktu subuh.

Isi pokok surah ini ialah Allah Subhanahuwata’ala memerintahkan agar manusia berlindung kepada-Nya daripada segala jenis kejahatan.

Ayat-ayat ini mengajar manusia agar memohon perlindungan Allah Subhanahuwata’ala daripada segala kejahatan. Iaitu kejahatan manusia, jin dan syaitan.

Juga kejahatan binatang buas, binatang yang melata dan makhluk yang lain. Dan juga kejahatan bencana api, kejahatan dosa, hawa nafsu dan amalan buruk. Bahkan juga kejahatan yang terbit daripada diri manusia sendiri.

Hadis yang menceritakan sebab turun surah ini adalah hadis sahih dan tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Di mana seorang yahudi telah melakukan sihir terhadap Nabi SAW. Daripada kesan sihir itu, Nabi SAW hanyalah sekadar terasa sedikit pening dan sakit kepala dalam keadaan tertentu, yang sama sekali tidak menghilangkan kewarasan aqal fikiran baginda.

Allah SWT sememangnya memelihara baginda daripada sebarang perkara tidak baik, fikiran kacau, serabut dan tekanan mental.

Allah SWTberfirman:

وَٱللَّهُ يَعۡصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِ

”dan Allah-lah yang memeliharamu daripada gangguan manusia”. (Al-Maidah: 67)

5 AYAT PENDEK SEBAGAI PENDINDING DIRI

Sebelum tidur amal baca ini dulu. Lepas baca hembus tapak tangan. Selepas itu gosok satu badan.

Nabi SAW amalkan malam-malam. Sebagai pendinding dari sihir dan sifat dengki manusia.

Mana tempat yang Nabi tak sampai hendak sapu, baginda minta isterinya tolong sapukan.

Ayuh jom kita amalkan. Hafal sekali dengan maksudnya ya. Surah Alfalaq, hanya 5 ayat sahaja.

1. Katakanlah, aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai hari Subuh.
2. Daripada kejahatan makhluk yang Dia ciptakan.
3. Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita.
4. Dan daripada kejhatan makhluk makhluk (penyihir) yang meniup simpulan simpulan (talinya)
5. Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia melaksanakannya.

Moga membawa kebaikan buat diri kita dan sahabat-sahabat kita yang lain.

Sumber kredit: Riana Samad Youtube dan dakwahdantarbiyah

IKLAN