Buah manggis merupakan salah satu buah-buahan tropika yang menjadi kegemaran ramai. Buah ini tidak hanya memiliki rasa yang enak tapi juga memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

Buah dengan nama ilmiah Garcinia mangostana ini diyakini mampu mengatasi berbagai penyakit oleh para ahli kesehatan tradisional Asia sejak abad 18. Menurut Style Craze, khasiat buah ini berasal dari senyawa alami polifenol yang dikenal sebagai xanthones. Ada dua jenis xanthones dalam buah manggis, iaitu alpha dan gamma.

Xanthone ini merupakan ubat yang efektif untuk memerangi berbagai penyakit kardiovaskular, memperbaiki sel-sel yang rosak akibat radikal bebas serta memperlahankan penuaan.
Seluruh bahaian buah manggis mulai dari buah hingga kulit luarnya juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan. Berikut 8 manfaat manggis untuk kesihatan dan kecantikan.

MENGUBATI JERAWAT
Manggis memiliki sifat antibakteria alami dan kandungan antimikroba yang sangat efektif dalam mengubati banyak masalah kulit seperti jerawat, noda gelap di kulit wajah, kulit berminyak, dan kulit kering. Selain itu kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah manggis juga sangat efektif untuk menjadikan kulit lebih segar dan sihat.

IKLAN

MEMPERBAIKI SEL
Kandungan xanthone yang hadir dalam kulit buah manggis ternyata paling tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan lain. Xanthone ini mampu menyembuhkan penyakit kulit, memperbaiki sel tubuh yang rosak serta melindunginya dari kerosakan.

MENJADIKAN KULIT AWET MUDA
Penuaan terjadi kerana proses oksidasi yang diakibatkan oleh radikal bebas. Untuk itu diperlukan antioksidan yang berfungsi untuk menyingkirkan radikal bebas tadi. Manggis ternyata mengandungi antioksidan seperti catechin (antioksidan yang ditemukan dalam teh hijau) yang tinggi. Dengan mengamalkan buah ini secara teratur, kulit akan jadi lebih awet muda. Jus yang terhasil dari kulit manggis juga menjadikan kulit anda terasa lebih anjal.

IKLAN

BERNUTRISI TINGGI
Buah manggis walau rendah kalori tapi memiliki kandungan nutrisi yang tinggi dan beragam. Dalam satu cawan atau 196 gm buah manggis mengandungi 35 gm karbohidrat, 3,5 gm serat dan vitamin C yang mencukupi 9% dari keperluan harian.

MEMBUAT WAJAH AWET MUDA
Antioksidan dalam buah manggis tidak hanya baik untuk kesihatan tapi juga kecantikan. Hal ini kerana zat ini mampu memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak dan menggantikannya dengan yang baharu menjadikan kulit kelihatan awet muda.

IKLAN

MERAWAT KULIT
Xanthone yang ada dalam buah manggis sudah diketahui memiliki sifat anti kanser, termasuk kanser kulit. Selain itu, buah manggis juga memiliki sifat anti inflamasi, anti bakteria, anti kulat dan anti alergi yang berguna untuk mengurangkan risiko alahan kulit, penuaan kulit, dan jangkitan bakteria.

MENURUNKAN BERAT BADAN
Buah manggis merupakan buah yang baik diambil jika anda sedang berdiet. Melalui satu kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa sekumpulan individu yang minum jus manggis sebagai suplemen memiliki indeks massa tubuh yang lebih rendah.

MENJAGA KESIHATAN PENCERNAAN
Buah manggis mengandungi 3,5 gm serat atau setara dengan 14% dari keperluan harian yang disarankan. Kandungan serat yang tinggi dalam buah manggis tentunya bermanfaat untuk menjaga kesihatan pencernaan selain mengelakkan daripada masalah sembelit.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI