Hari ini ramai yang mahu mengambil ‘jalan singkat’untuk menurunkan berat badan. Sikap ini tidak mendatangkan faedah kepada mereka yang menggunakan cara mudah untuk tampil cantik, malahan, ia akan memberi kesan yang memudaratkan pada masa akan datang. 

Perkara pertama yang harus anda tahu adalah senaman merupakan proses yang panjang. Ramai orang kita mahu kurus dengan cepat. Kalau dalam masa sebulan badan tidak turun 5 kg, terus kecewa dan putus asa untuk kurus. 

Sumber gambar: Endocrinology Advisor

IKLAN

Untuk pengetahuan, kadar normal adalah seminggu bersamaan 1 kg. Maksudnya, untuk cara yang sihat dan normal, optimumnya adalah sebulan bersamaan 4 kg. Bagi mereka yang menurunkan berat badan lebih cepat dari itu kerana mengambil ‘supplement’ mahupun suntikan, saiz badan yang kurus tidak tahan lama. Situasi ini berlaku kerana apabila mereka sudah mendapat saiz badan yang diidamkan, dan sudah mula mengurangkan diet, maka saiz badan akan membesar dengan cepat kerana tubuh mereka masih lagi tidak biasa dengan perubahan yang mendadak. Jangan percaya dengan mana-mana produk yang menjanjikan propaganda kosong kononnya boleh mengurangkan 20 kg dalam masa seminggu ataupun sebaliknya, kerana itu semua bertujuan mengaut keuntungan sendiri”.

IKLAN

Sumber gambar: Herzindagi

Obesiti tidak sihat!

Jujurnya, andai diberi pilihan untuk marah atau kasihan kepada mereka yang berbadan besar, mungkin jawapannya lebih kearah marah. Bukan kerana menghina atau mengejek, tetapi kerana mereka ini tidak berusaha untuk menukar corak hidup ke arah yang lebih sihat. 

IKLAN

Ramai yang memberi alasan genetik. Sedangkan, banyak cara dan alternatif yang boleh mereka amalkan untuk menurunkan berat badan. Masih ada segelintir kelompok masyarakat yang selesa berbadan besar. Kata mereka, bahagia dalam keadaan sebegitu. 

Berbadan besar ganggu kesuburan.

Tahukah anda obesiti boleh menganggu kesuburan? Sesiapayang menghidap obesiti, terutamanya lelak, berisiko tinggi untuk mengalami Erectile Dysfunction (ED), mati pucuk. 

Bagi wanita pula, obesiti boleh menghasilkan cyst yang merencatkan fungsi ovari,dan menyebabkan ia tidak berfungsi dengan baik. Jadi apa lagi alasan anda untuk tidak mengubah corak hidup kepada yang lebih sihat dan berkualiti? Usah juga jadikan kerja yang bertimbun sebagai alasan untuk tidak bersenam. Semuanya bermula dari dalam diri sendiri. Lakukan perubahan hari ini, untuk kebaikan masa hadapan.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI