“Lisa, 5 minit lagi masuk ke bilik meeting ya! Ada perbincangan yang perlu dibuat dengan client.”

Bayangkan jika anda berada dalam situasi sebegini di pejabat dan masih di awal pagi. Apakah yang anda akan lakukan? Wajah masih sembab kerana waktu pagi, solekan masih tidak sempurna dek kerana terbangun lambat dan mood masih ‘ke laut’ kerana jam masih menunjukkan jam 9 pagi. Apakah caranya untuk anda tampil bersiap ke meeting biarpun di awal pagi?

Sumber gambar: Cottonbro

Sebenarnya rahsia untuk anda nampak bersiap di awal pagi ada pada bahan asas solekan yang wajib anda simpan di dalam tas tangan anda! Oleskan sahaja produk asas ini pada wajah, tidak sampai 10 minit, pastinya anda sudah tampak jelita dan menawan, bersedia untuk memberikan yang terbaik dalam perbincangan bersama client!

Nak tahu apakah produk asas itu? Jom baca!

  1. Bedak asas
Sumber gambar: Venus HD Makeup

Bedak asas membantu untuk mencantikkan kembali kekemasan solekan anda. Kadang-kala di waktu pagi, mungkin solekan nampak bertompok, comot ataupun tidak rata. Jadi sebelum masuk ke bilik meeting, anda boleh touch-up solekan anda dengan menambah sedikit bedak solekan untuk menjadikannya lebih berseri dan bersiap!

2. Pemerah pipi

Sumber gambar: Good House Keeping

Sama juga seperti bedak asas, pemerah pipi mampu menjadikan wajah lebih manis dan menaikkan seri aura wajah anda! Sama ada jenis bedak ataupun cecair, anda boleh sahaja menyimpannya di dalam tas tangan anda kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa kemana-mana sahaja! Untuk memudahkan anda, pilih warna yang lembut dan feminin seperti warna merah jambu yang pekat untuk menampakkan kesannya. 

IKLAN

3. Lipstik

Sumber gambar: Kristina

Tidak kira rona apa sekalipun, pastikan anda membawa lipstik di dalam tas tangan anda! Lipstik mampu menjadikan wajah anda lebih segar dan bersedia biarpun hanya dengan sedikit olesan di bibir! Untuk trik yang mudah, bawa sahaja pilihan rona seperti nude ataupun merah jambu supaya ia memudahkan anda untuk menyesuaikan padanan solekan serta pakaian anda.

Baca juga: Wangian Tak Tahan Lama Dan Cepat Busuk, Ikuti Langkah Terbaik Untuk Memilih Wangian Yang Betul!

IKLAN

4. Wangian

Sumber gambar: Cottonbro

Bukan hanya pada solekan, malah semburan wangian juga amat penting untuk memastikan orang di sekeliling anda berasa yakin dengan personaliti anda. Malah, semburan yang wangi juga mampu untuk menjadikan anda lebih bersemangat, bertenaga dan bersedia. Pilih sahaja semburan yang anda minati! 

5. Face mist

IKLAN
Sumber gambar: Good House Keeping

Terakhir sekali, semburkan face mist pada wajah untuk memastikan wajah anda segar dan tidak kusam. Untuk kesan yang terbaik, pilih produk face mist yang mempunyai wangian yang lembut seperti bunga ros ataupun lemon.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI