Masalah rambut gugur boleh menghilangkan keyakinan diri apabila hari demi hari, rambut menjadi semakin tipis sehingga menampakkan kulit kepala. Semua ini menyerlahkan kesan penuaan pada seseorang.

Dalam keadaan normal, manusia kehilangan kira-kira 100 helai rambut sehari. Namun jika terlalu banyak rambut yang gugur, ia perlu segera dirawat. Keguguran rambut biasanya diikuti dengan kemunculan kelemumur, rambut bercabang, kusam, kering dan masalah berkaitan yang lain.

Selain rawatan moden, sebenarnya anda boleh merawat masalah keguguran rambut dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Anda  boleh  menggabungkan perawatan rambut cara moden dan cara semula jadi untuk mendapatkan hasil yang lebih maksimum.

Photo by cottonbro from Pexels

Bahan semula jadi untuk merawat rambut gugur bukan hanya boleh diamalkan oleh golongan berusia sahaja tetapi ia juga sesuai diamalkan oleh golongan remaja sekerap yang mungkin. Hal ini kerana semua kaedah ini tidak mempunyai kesan sampingan yang boleh memudaratkan.

Berikut dikongsikan antara bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk merawat masalah rambut gugur:

DAUN TEH
Selain dijadikan minuman, daun teh juga boleh diaplikasikan dalam kamus cantik untuk menghaluskan kulit serta mencantikkan rambut. Caranya; cuci bersih daun teh, masukkan ke dalam gelas berisi air putih. Tutup gelas dan biarkan semalaman.

IKLAN
Photo by Pixabay from Pexels

Keesokan harinya, campurkan air rendaman daun teh yang sudah ditapis dengan perahan limau nipis. Gunakan ramuan ini untuk membilas rambut setiap kali selepas bersyampu. Hasil rambut sihat bermaya pasti jadi milik anda.

DAUN PANDAN
Daun pandan sering digunakan dalam masakan bagi mencipta aroma harum pada setiap hidangan. Selain itu, ia juga digunakan untuk tujuan kecantikan. Bagi yang ingin menghitamkan rambut, hiris halus daun pandan muda, rebus sehingga air berwarna hijau, lalu diembunkan semalaman.

Pada keesokan hari, campurkan air rebusan daun pandan tadi bersama perahan biji buah mengkudu. Sapu air tersebut pada rambut dan ramas perlahan-lahan selama 10 – 15 minit, kemudian bilas. Lakukan tiga atau empat kali seminggu.

IKLAN

LIDAH BUAYA
Penjagaan rambut menggunakan pati lidah buaya sebagai bahan utama. Ambil daun lidah buaya, potong bahagian tengahnya dan ambil lendirnya. Lumur pada rambut hingga rata. Urut kulit kepala dan biarkan lima minit. Cuci rambut hingga bersih.

Photo by Van L from Pexels

MINYAK KELAPA
Minyak kelapa adalah perapi semula jadi yang dapat mencegah pertumbuhan rambut rosak. Untuk mengatasi rambut gugur, lumur minyak kelapa ke rambut hingga mengenai seluruh kulit kepala. Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas. Mengurut juga membantu peredaran darah menjadi lebih lancar.

Photo by Tijana Drndarski from Pexels

MINYAK ZAITUN
Mengurangkan kerosakan akibat penggunaan produk perapi atau pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia. Sebaiknya gunakan minyak zaitun asli. Caranya campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur. Urut kepala selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut dengan topi mandi hingga pagi sebelum mencucinya menggunakan syampu yang lembut.

IKLAN
Photo by Pixabay from pexels

AVOKADO
Membaiki kerosakan rambut. Ia bukan sekadar mengembalikan kilauan, memperkuat dan membaiki tekstur helaian rambut, malah mengubah rambut kusam menjadi lebih segar, beralun.

Photo by ready made from Pexels
Photo by Any Lane from Pexels

Caranya, lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu. Setelah rambut kering, anda akan mula nampak rambut menjadi lebih tebal dan beralun.

DAUN INAI
Khususnya dalam merawat masalah rambut serta kulit kepala. Cuba kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air bagi menjadi pes. Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Selesai tempoh berkenaan, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulangi langkah ini dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.

HIJABISTA: Masalah rambut gugur juga boleh disebabkan pemilihan produk rambut yang tidak sesuai. Oleh itu pastikan anda menggunakan produk perawatan rambut yang sesuai. Dapatkan nasihat dan cadangan tentang penggunaan produk perawatan dari salon rambut atau jika masalah keguguran semakin serius, segera dapatkan saranan dan rawatan daripada pakar rambut. 

Sumber kredit: Ana Mahabu Top image: Canva

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI