Masalah kaki berbau bukanlah perkara asing, ada yang memiliki masalah ini kerana tidak menjaga kebersihan namun ada juga yang memiliki masalah ini disebabkan peluh yang keterlaluan di bahagian kaki.

Istilah perubatan untuk kaki berbau adalah Bromodosis. Berita baik untuk anda, terdapat banyak rawatan yang tersedia untuk mengurangkan masalah ini.

Stoking dan kasut boleh menyebabkan kaki berpeluh, yang boleh memburukkan lagi kaki yang berbau. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil seseorang untuk mengurangkan masalah kaki yang berbau.

Pakai Stoking

Memakai stoking pada bila-bila masa boleh membantu kaki berbau. Stoking, terutamanya yang dibuat dari bahan peluh, dapat menyerap peluh dan mengurangkan bau. Paling penting pemakaiannya haruslah ditukar setiap hari, jangan pula anda memakai stoking yang sama.

Pilihan Kasut

IKLAN

Kasut yang diperbuat dari fabrik mermutu dan juga direka memiliki jaringan untuk membolehkan kaki bernafas dapat membantu mengurangkan kejadian berpeluh dan kelembapan. Orang boleh mencari kasut yang mempunyai panel mesh, yang memungkinkan untuk bernafas.

Kasut yang terbuat dari plastic dijamin menyumbang pada kaki yang berbau kerana tidak bernafas dan menggalakkan kaki anda berpeluh.

Menggantikan tapak dalam kasut

Seseorang juga boleh menukar tapak dalam kasut mereka dengan pilihan jenis pengurangan bau atau antibakteria. Pilihan lain adalah membeli semburan anti-bakteria atau pembasmi kuman disembur pada tapak dalam kasut. Walau bagaimanapun, pilihan ini biasanya tidak seefektif membiarkan sol kasut kering sepenuhnya.

Namun begitu selain cara-cara di atas. Kebersihan kaki yang maksimum adalah pendorong utama untuk merawat dan mencegah masalah kaki berbau. Ini termasuk mencuci kaki setiap hari dengan sabun antibakteria dengan baik.

IKLAN

Terdapat beberapa langkah di rumah yang anda boleh lakukan untuk merawat masalah kaki berbau. Antaranya :-

Pengelupasan Pada Kaki

Menggunakan lulur atau batu apung dapat membantu membuang sel kulit mati yang disukai bakteria. Seseorang yang mempunyai kaki yang berbau boleh menggunakan batu apung 2-3 kali setiap minggu untuk mengelakkan pengumpulan bakteria. Batu apung boleh dibeli di farmasi berdekatan anda

IKLAN

Rendam garam

Rendaman berpotensi berguna sebagai sebahagian daripada rutin pengelupasan yang baik. Sediakan mangkuk atau tab air suam dan larutkan setengah cawan garam di dalamnya. Rendam kaki selama 10-20 minit dan kemudian keringkan kaki hingga bersih.

Rendam cuka

Masukkan 2 bahagian air suam dan cuka 1 bahagian (cuka epal sider atau cuka putih) ke dalam bekas dan rendam kaki selama 15-20 minit. Walau bagaimanapun, jangan gunakan kaedah ini jika ada luka di bahagian kaki. Ia akan membuatkan luka lebih teruk.

Sumber: medicalnewstoday.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI