‘Assalamualaikum! Saya Budak Baru Belajar’-Michael Ang Umum Sudah Peluk Islam Lebih Setahun Lalu

Share

Hidayah itu sememangnya milik Tuhan. Hari ini, kita menerima khabar gembira apabila pengarah dan penerbit popular, Michael Ang mengesahkan bahawa dirinya sudah memeluk Islam lebih setahun yang lalu.

Berita itu disampaikan sendiri olehnya menerusi sebuah video temubual eksklusif di saluran YouTube Official Ria X.

Kata Michael…

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini.

“Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.

“Saya juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana perkara ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar.

“Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah,” ujarnya yang masih mengekalkan nama asal Michael Ang Hai Swee biarpun sudah bergelar saudara baru.

Michael sebelum ini dikatakan sudah bergelar mualaf semenjak dia mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Doakan yang baik-baik!

Assalamualaikum! Saya Budak baru Kalau ada salah tlg tegur. Doa kan la Yg baik2. Maaf Kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuba I rasa pekara ni ada lah antara saya dgn Allah dan keluarga saya. Kalau nak tgk pengakuan saya tgk la video ni 

Postingnya itu mendapat lebih 12 ribu komen oleh netizen yang rata-ratanya terharu dengan pengakuannya itu.

kredit: Official Ria X, instagram @michaelang38

 

IKLAN