Tidak dapat dinafikan, dahulu wanita hanya memiliki tiga produk asas penjagaan wajah utama iaitu pembersih, penyegar dan pelembap. Hari ini wanita punya banyak pilihan produk perawatan wajah.

Semakin banyak produk diperkenalkan menjadikan wanita lebih teruja memastikan kulit dibelai sempurna. Dalam produk penjagaan wajah, serum dianggap penting kerana mempunyai pelbagai fungsi.

Kebiasaannya serum berasaskan air dan tidak mengandungi sebarang minyak atau bahan pelembap seperti petroleum yang menjadikannya lebih likat. Fungsi serum kepada kulit bergantung kepada kandungan bahan aktifnya.

Antara fungsi serum ialah merawat kedutan, jeragat, pigmentasi, antipenuaan, mencerahkan kulit dan antiradang. Jenis serum pula bergantung kepada bahan aktif yang terkandung di dalamnya.

Berikut perkongsian yang dipetik daripada Facebook Syahira Farzana

“I ADA 10 SERUM, CAMNE EH NAK GUNA SEMUA?”

Okay, 10 serum tu macam melampau lah kan tapi kalau you geng tamak haloba macam syiro iaitu ada lebih dari 1 serum yang nak digunakan, ini adalah tips yang korang boleh cuba:

1. Asingkan ikut AM & PM routine
Untuk AM iaitu waktu routine siang tu, korang boleh guna serum yang high in antioxidants contoh macam niacinamide, vitamin c, etc. Untuk PM routine, guna serum yang membantu untuk skin repairing & anti aging contoh yang ada ingredients macam retinol, peptides, resveratrol, acid (aha/bha) & hyaluronic acid.

SUGGESTION : Snowmeric Serum untuk AM routine & Oryzalac Serum untuk PM routine.

IKLAN

2. Asingkan ikut skin condition
Apply serum ikut camne keadaan kulit you time tu. Contoh, kalau you jenis prone to redness pastu you perasan siang je mesti muka you jadi merah-merah sebab panas, go for soothing serum sebab serum jenis ni membantu untuk calm kan kulit. Sama jugak waktu you tengah ada jerawat/kulit tengah irritated.

SUGGESTION : Guna Skintella time kulit tengah irritated atau extra sensitive.

3. Jadikan combo dalam routine
Kalau you ada lebih dari 2 serum, for example 3 atau 4 serum, you boleh je combine 2 serum dalam satu routine. So jadi 2 serum siang, 1 @ 2 serum malam or vice versa. Max 2 serum je okay dalam satu routine. Make sure setiap serum tu compliment with each other & tak menyebabkan iritasi.

SUGGESTION : Snowmeric + Skintella untuk “free radicals fighter”. Snowmeric + Oryzalac untuk “glow power”. Skintella + Oryzalac untuk “skin barrier duo”.

Antara serum di pasaran dari bajet hingga yang high end terbaik untuk melegakan kulit yang berjerawat terbaik dari drug store.

Innisfree The Green Tea Seed Serum

IKLAN

Kaya dengan nutrisi dari daun dan biji teh hijau Jeju. Rekomendasi serum ini di bawah bajet untuk mengatasi jerawat anda.  Kandungan 100% green tea Jeju segar yang akan menutrisi kulit secara mendalam dan memberikan kelembapan agar kulit lebih anjal.

Teknologi pelembap dari green tea segar dan green tea seed oil akan memberikan kelembapan dan membentuk lapisan berganda di kulit anda. Innisfree Green Tea Seed Serum ini memiliki tekstur yang sangat cair dengan warna transparan yang agak kekuningan. Juga mudah meresap di kulit dengan aroma wangi yang segar.

2. Some by Mi Miracle Serum

Serum untuk kulit berjerawat ini memiliki bahan acid sebagai pengelupas, iaitu AHA, BHA, dan PHA. Ketiganya berperanan dalam mengangkat sel-sel kulit mati, membersihkan pori, mencerahkan, dan memperbaiki tekstur kulit wajah agar lebih halus. Selain kandungan asid, kandungan tea tree yang sangat baik untuk meredakan jerawat agar tidak meradang, mengecutkan jerawat dengan cepat dan kering. Tea tree ini adalah bahan yang bagus untuk mengawal sebum dan menenangkan kulit.

3. The Ordinary Salicylic Acid 2% Solution

Sesuai namanya, produk ini memang memiliki kandungan salicylic acid yang merupakan baik untuk pengelupasan membersihkan jerawat dan pori-pori. Produk ini mampu membersihkan pori dari sel kulit mati dan juga minyak berlebih yang menjadi penyebab munculnya jerawat.

IKLAN

Bukan itu sahaja, serum ini juga berfungsi sebagai anti inflamasi dan anti bakteria yang membantu mengatasi jerawat muncul kembali juga bekas jerawat. Produk ini pun memiliki kandungan citric acid yang berfungsi sebagai anti aging. Dengan pemakaian teratur, kulit anda lebih mulus dan bersih.

Produk ini kurang sesuai untuk kulit sensitif, kerana kandungannya boleh jadi terlalu keras. Serum ini pun baik digunakan di malam hari, kerana kandungan asid di dalamnya cukup sensitif terhadap sinar matahari. Kecuali jika anda memakai sunscreen dengan baik.

4. The Body Shop Tea Tree Anti Imperfection Daily Solution Serum

Untuk mengatasi masalah jerawat, anda boleh juga memakai serum tea tree dari The Body Shop ini. Serum wajah ini memiliki tekstur ringan dengan kandungan Community Trade Organic Tea Tree Oil dari Kenya. Fungsinya adalah untuk membantu mengatasi jerawat, membuat wajah terasa lebih halus dan bersih, serta mengawal minyak dengan mengurangi kilap di wajah.

Kemerahan di wajah kerana jerawat juga boleh berkurang dengan memakai serum ini. Dalam waktu 4 minggu pemakaian, hasilnya kulit yang lebih bersih, mulus, dan bebas jerawat.

5. By Wishtrend Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum

Sebilangan besar serum Vitamin C pasti akan berubah menjadi warna coklat tembaga apabila terdedah kepada cahaya matahari, panas, dan udara kerana pengoksidaan. Walau bagaimanapun, perubahan warna ini juga merupakan cara untuk membuktikan kesucian serum Vitamin C anda.

Serum ini mengandungi 21.5% Vitamin C, yang sangat pekat, oleh itu disarankan agar serum disejukkan sebaiknya dibuka. Ini juga menjadikannya sempurna untuk memerangi hiperpigmentasi, perubahan warna, bekas jerawat dan kulit kusam! Bahkan formula ini menjadi tidak melekit dan lebih berkesan dengan senarai ramuannya yang baru.

Sumber kredit: Facebook Syahira Farzana

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI