Pelakon terkenal, Rita Rudaini berkongsi suatu perkara positif di laman sosialnya iaitu mengenai kucing yang menjadi asbab kepada rezeki yang datang dalam hidup kita.
Jelasnya, dia mendidik anak-anaknya agar sentiasa memberikan makanan dan air buat kucing setiap hari sebelum ke sekolah agar mereka memahami erti berkongsi rezeki.
Setiap hari sebelum pergi sekolah, mesti singgah bagi makanan dan air pada kucing….
Didik anak-anak berkongsi rezeki sesama makhluk…
Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Kadang-kadang pergi buang tapi datang balik.. Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan. Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah-ruah telah diperuntukkan Allah SWT untuk kita.
Ads
Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini dengan keikhlasan kita dan doa dari kucing untuk tuan rumah.
Jadi selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Tuhan kerana agenda rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita.
Ads
Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tetapi juga dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat.
Kadang-kadang kucing yang mendekati kita itu mungkin merimaskan kita. Tapi ingatlah bahawa Allah SWT menghantar kucing itu sebenarnya untuk menguji kita.
Ujian pertama adalah soal bagaimana kita memandang dunia terutamanya rezeki. Adakah kita terlalu cintakan dunia sehingga kita menjadi terlalu bakhil dalam berkongsi rezeki dengan yang lain?
Ads
Ujian kedua adalah untuk melihat sejauh mana layanan kita kepada sesama makhluk.
Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas…
Oleh itu sis, janganlah kita menghalau kucing apabila ia datang menghampiri kita. Kongsilah rezeki yang ada bersamanya. Kalau mahu lebih senang, apa kata kita sediakan terus makanan kucing di dalam kereta. Selepas ini, bolehlah anda memberinya makan jika terserempak dengan kucing jalanan. Mudahkan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apalah makna disebalik sebuah hijab? Pastinya ramai diantara kita memiliki definisi serta pengertian peribadi tentang mengilham makna hijab itu sendiri. Ada yang menjadikannya sebagai sebuah simbolik perubahan diri untuk ke arah kebaikan, ada juga yang menjadikan ia sebagai imej untuk ke arah kesempurnaan.
Berbicara mengenai definisi hijab ini, Team Hijabista menemu bual secara eksklusif penyanyi rap yang semakin dikenali ramai dan popular dengan lagu Intan Payung, Bunga untuk merungkai perspektif penyanyi ini mengenai makna di sebalik hijab.
PERSPEKTIF HIJAB MENURUT BUNGA
Penyanyi yang baru sahaja berentap hebat di Anugerah Juara Lagu ke-36 baru-baru ini menyifatkan bahawa hijab itu melambangkan sebuah kesempurnaan bagi dirinya sebagai seorang manusia biarpun ada kalanya, dirinya melakukan kekhilafan. Namun, hijab itu sendiri sudah sebati dengan dirinya sejak dari dulu lagi di saat awal kemunculannya dalam dunia seni bersama-sama dengan sepasang baju kurung.
MUZIK RAP DAN IMEJ BUNGA
Menyentuh soal imejnya yang berhijab serta berbaju kurung, pasti dirinya tidak bisa lari dari pandangan sini serta komen pedas dari sesetengah individu tentang imejnya itu dengan pembawakan genre muzik rap yang menaikkan namanya di persada muzik tempatan.
Menurut Bunga, jika dahulu, dirinya seringkali stres memikirkan tentang komen-komen yang diterima dari orang lain. Namun, usia semakin matang dan bijak dalam membuat penilaian. Hari ini, dirinya sudah mula tahu untuk menghargai diri sendiri dan tidak menghiraukan komen-komen yang bisa menganggu tahap konsentrasi pada kerjaya sebagai seorang anak seni.
“Jujurnya, identiti bunga memakai baju kurung dan bertudung serta menyanyi secara rap amat mencabar, terutamanya untuk orang ramai mengenali Bunga dalam dunia muzik tempatan. Mungkin ada yang boleh terima, namun ada juga yang tidak putus memberikan tohmahan serta kecaman. Apabila semakin meningkat usia dan matang dalam berfikir, Bunga mahu jadi seperti apa yang Bunga impikan.
“Mahu kenal diri sendiri dan tidak mahu berfikir tentang orang lain. Merungsingkan kepala sahaja. Jadi, daripada Bunga membazirkan waktu dan tenaga memikirkan tentang apa yang orang lain mahukan, lebih baik Bunga fokuskan tentang apa yang diri Bunga inginkan. Itu lebih baik,” ujarnya.
Bunga mahu jadi seperti apa yang Bunga impikan. Mahu kenal diri sendiri dan tidak mahu berfikir tentang orang lain.
Tambahnya lagi, dirinya juga menerima dan bersifat terbuka dengan komen dan pandangan yang membina untuk kualiti kerjayanya. Tetapi, jika ada komen yang hanya untuk menganggu serta bersifat negatif, dia lebih selesa untuk tidak menghiraukannya.
“Sepanjang dua tahun saya bergelar anak seni, saya ada menerima teguran serta tohmahan yang mana mereka mempersoalkan tentang imej saya yang berhijab dan berbaju kurung tetapi membawakan muzik rap dan terlompat sana-sini. Bagi saya, jika ada baiknya teguran itu, saya ambil sebagai nasihat.
“Sekurang-kurangnya saya tahu, ada perkara yang saya harus jaga dan memperbaiki kelemahan diri sendiri. Tetapi bagi pandangan saya pula, memakai tudung bukanlah tiket untuk orang ramai membuat tanggapan bahawa kami yang berhijab ini sempurna. Salah belaka! Seperti saya sendiri, saya bukanlah sempurna walaupun memakai hijab.
“Saya masih lagi keluar malam untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan saya, berjumpa kaum lelaki atas urusan kerja dan lain-lain lagi. Sama seperti orang lain kerana kita ini hanyalah manusia biasa. Apa yang penting, kita perbaiki diri untuk menjadi yang lebih terbaik dari versi diri kita semalam,” tambah Bunga.
Hidup ini penuh dengan pilihan. Pilihannya ada di tangan kita semua. Usah buat pilihan kerana orang lain, tetapi buatkan pilihan dari hati sendiri.
NASIHAT BUNGA
Sebelum mengakhiri kalam bicara No Turning Back ini, Bunga sempat berkongsi nasihat bahawa hidup ini umpama kitalah nakhodanya. Lakukan perkara yang anda rasa betul dan membahagiakan kerana esok lusa, kita tidak tahu dugaan dan cabaran yang bakal kita lalui. Jadi, buatlah keputusan dengan sebijaknya dan lakukan perkara yang bisa membuatkan hidup anda aman dan tersenyum!
“Hidup ini penuh dengan pilihan. Pilihannya ada di tangan kita semua. Usah buat pilihan kerana orang lain, tetapi buatkan pilihan dari hati sendiri.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Naluri setiap wanita pasti ingin tampil cantik dari top to toe. Salah satu tujuannya adalah untuk memberi keyakinan pada diri sendiri ketika berhadapan dengan orang terutama bagi yang bekerja.
Selain itu adalah untuk suami sendiri yang perlu dipikat setiap hari agar dirinya tidak memandang wanita lain. Pelbagai cara untuk tampil cantik dan biasanya diketahui melalui rawatan moden.
Tetapi sebenarnya anda juga boleh guna cara alami ataupun mengikut amalan Islam yang juga boleh membuatkan diri seseorang wanita itu cantik.
Cara yang admin nak kongsi ini tak susah pun untuk diamalkan dan hasilnya insya-Allah membantu penampilan anda kelihatan cantik dan cukup sempurna.
*PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK*
1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut.
3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
5. Selepas solat Isya’, amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan
“Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku”
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.
7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan
8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT
Kejayaan empat pelajar perempuan yang berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan bagi Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg di Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (IENA) 2022 adalah satu pencapaian yang perlu dibanggakan.
Ini demikian kerana, pencapaian ini secara tidak langsung telah melonjakkan nama negara Malaysia di persada dunia, dan juga nama Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor sendiri.
Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebook miliknya telah menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian ‘luar biasa’ ini dan memberikan kata-kata semangat agar para pelajar ini lebih cemerlang di masa hadapan.
“Tahniah pasukan Master- H ECS dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor kerana berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan Untuk Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg di Nuremberg, Jerman, semalam.
“Tahniah kepada ahli-ahli pasukan terdiri daripada Athirah Ahmad Hisshamuddin, Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad Imran dan Sarah Ardinie Khairul Faizi.
“Saya difahamkan pasukan ini telah menewaskan 490 pasukan dari 250 sekolah di seluruh dunia dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (iENA) 2022 ini. Syabas saya ucapkan!
“Semoga kejayaan pasukan SMK (A) Kuala Selangor ini akan menjadi penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk turut terlibat dalam inovasi dan rekacipta sehingga menggapai kejayaan,” ujarnya panjang menerusi hantaran tersebut
Sebagai rekod, kesemua ahli pasukan SMKA Kuala Selangor terdiri daripada para pelajar berusia 16 tahun iaitu Athirah Ahmad Hisshamuddin, Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad Imran dan Sarah Ardinie Khairul Faizi.
Mereka dibimbing oleh guru berpengalaman iaitu Mohd Ridzuan Mohammad dan Mohd Zulhelmi Mansor bagi menyertai IENA yang merupakan pameran inovasi tertua di dunia yang dipertandingkan sejak lebih 70 tahun lalu.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.