Wajib tahu bahan aktif yang terkandung pada produk skincare yang anda gunakan. Tujuannya adalah agar penggunaanya tepat pada sasaran. Selain itu, dengan mengetahui bahan aktif apa yang terkandung pada produk skincare yang digunakan, anda juga boleh mencegah kesalahan menggabungkan atau memakai bersamaan produk skincare dengan kandungan bahan aktif yang saling bertebung fungsinya.
Setiap bahan aktif yang digunakan mestilah disokong ataupun dibuktikan fungsinya melalui kajian-kajian saintifik bukan berdasarkan kepada testimoni pengguna. Kajian terhadap bahan aktif dalam kosmetik ini bukan sahaja membuktikan keberkesanannya tetapi juga mengkaji keselamatan dan kesannya terhadap kulit kita.
Agar tidak bingung, jom semak lebih lanjut tentang apa itu bahan aktif dan tip memilih yang tepat sesuai masalah kulit anda.
1. Apa itu bahan aktif?
Pada dasarnya bahan aktif adalah bahan atau kandungan kimia pada produk skincare yang aktif mensasarkan atau mengatasi satu masalah kulit. Misalnya masalah hiperpigmentasi, penuaan atau jerawat. Penggunaan bahan aktif akan menimbulkan perubahan fizik atau yang tidak kelihatan mata pada penampilan kulit.
Semua bahan yang tergolong ke dalam “bahan aktif” memiliki data ilmiah mengenai efektivitinya dalam mengatasi masalah kulit tersebut. Untuk itu anda akan boleh merasakan manfaatnya ketika menggunakannya secara kerap di dalam rutin skincare anda sehari-hari.
2. Selalu disebutkan dan dituliskan bahan utama kandungan
Kandungan bahan aktif pada semua produk skincare akan mudah diketahui kerana biasanya jadi bahan utama dari skincare tersebut. Umumnya brand skincare akan menyebutkannya dalam keterangan nama atau varian produk atau menuliskannya di urutan teratas isi kandungan bahan produk tersebut.
Ads
Pada isi kandungan, biasanya bahan yang paling tinggi konsentrasinya atau kandungan utama akan dituliskan lebih utama. Jadi urutan penulisannya adalah dari yang paling tinggi kandungannya hingga yang paling rendah.
Tapi boleh juga bahan aktif tidak jadi kandungan utama dari produk tersebut. Untuk itu anda perlu menyemak pada isi kandungan bahan atau ingredients. Soalnya ada beberapa bahan aktif yang memang konsentrasi atau kandungannya tidak boleh terlalu tinggi. Namun jika konsentrasinya pun terlalu sedikit, boleh jadi tidak akan mendapatkan perubahan atau hasil yang diinginkan.
3. Bahan aktif yang untuk setiap masalah kulit
Untuk kulit berjerawat
Untuk kulit yang berjerawat anda boleh mencuba bahan aktif seperti tea tree, green tea,centellaasiatica, salicylicacid hingga benzoylperoxide. Teatree, greentea dan centellaasiatica atau cica merupakan bahan yang alami sehingga cenderung lebih selamat digunakan, khususnya untuk yang berkulit sensitif. Walau pun teatree biasa jadi agak keras.
Ads
BHA merupaka exfoliant untuk mengeksfoliasi kulit sehingga pori bersih dari sel kulit mati dan sebum berlebih yang sering kali jadi pendorong jerawat. Kadang agak tidak sesuai juga untuk yang berkulit sensitif. Sedangkan benzoylperoxide efektif membunuh bakteria penyebab jerawat hanya saja bersifat cukup keras dan sering buat kulit jadi kering hingga mengelupas.
Untuk melawan penuaan (anti-aging)
Untuk penuaan anda boleh menggunakan skincare dengan kandungan retinol atau glycolicacid. Retinol sangat dikenali baik untuk melawan penuaan kerana mampu mempercepat regenerasi kulit, meningkatkan produksi kolagen, mengecilkan pori dan mengurangi hiperpigmentasi.
Sayangnya, retinol termasuk bahan yang cukup keras dan tidak selamat digunakan oleh ibu hamil dan sedang menyusu. Sebagai alternatif bahan yang lebih lembut adalah gycolic acid. Bahan ini mampu mengeksfoliasi kulit dengan baik dan lembut, merangsang produksi kolagen dan mengurangi penampakan garis halus juga kedutan. Gunakan skincare yang diformulasikan dengan lebih dari 10% gycolic acid untuk hasil yang efektif.
Ads
Untuk kulit wajah kusam, warna kulit tidak sekata dan noda hitam (hiperpigmentasi)
Masalah-masalah kulit di atas boleh anda atasi dengan menggunakan vitamin C, alphaarbutin atau galactomyces. Ketiganya berfungsi untuk mengahambat produksi melanin yang boleh menyebabkan hiperpigmentasi dan mampu mencerahkan kulit sehingga warna kulit jadi lebih sekata.
Untuk kulit yang dehidrasi
Terkadang anda tidak sedar bahawa kulit anda dehidrasi, apalagi jika jenis berminyak tapi dehidrasi. Agar tidak bingung, anda boleh semak tanda-tanda ini.
Untuk mengatasi kulit yang dehidrasi anda boleh menggunakan bahan seperti ekstrak siput (snailmuchin) atau hyaluronic acid anda yang tidak ingin menggunakan bahan dari haiwan.
Keduanya mampu menghidrasi dan melembapkan kulit sehinga terasa lebih anjal, lembap dan kelihatan sihat. Hyaluronic acid akan makin maksima kerjanya jika di satukan dengan sejenis emollient atau pelembap. Misalnya saja sheabutter, squalene, beeswax, dimethicone atau ceramides.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
“Oh, bulan, enggan melayan diriku lagi, pabila air mata membasahi pipi..”
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’, Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.
Sesunggunya tidak mudah untuk seseorang itu menempa kejayaan. Apatah lagi jika dapat menempa nama di peringkat antarabangsa. Begitu juga kisah penyanyi Yuna yang pernah melalui jalan berliku sebelum berjaya seperti hari ini.
Mengimbau kepayahan sebelum berjaya naik ke puncak populariti di Amerika, Yuna terkenang ketika dia berusia 21 tahun, dia pernah menyampaikan hasratnya kepada salah sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur.
Ketika itu, dia hanya bersetuju menandatangani kontrak sekiranya syarikat rakaman membenarkan dia untuk melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.
Namun, hasratnya tidak kesampaian, lebih teruk lagi apabila wakil syarikat rakaman itu memandang rendah terhadap kemampuam dirinya dan menghamburkan kata-kata memerli bahawa tiada siapa dari AS yang akan mendengar lagu inggeris dari artis Malaysia.
Bukan itu sahaja kesusahan dialami,mereka juga pernah menghadapi masalah kewangan dan terpaksa kuat untuk bertahan dalam industri. Selain itu, Yuna juga pernah disuruh buka tudung dan hanya menyanyikan lagu Melayu sahaja.
Kini segala kepayahan lalu berbaloi kerana nama Yuna kini semakin di kenali di kalangan penyanyi popular.
Perkara naan diluahkan penyanyi yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat. Yuna di laman sosial instastorynya dengan memberi penghargaaan kepada pengurus peribadi Wawa yang banyak berkorban demi karier nyanyian beliau.
Wawa adalah orang yang bertanggungjawab membawa karier Yuna hingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Dan kini dia sudah hampir 12 tahun bertapak dalam industri hiburan di negara Uncle Sam berkenaan. Rezekinya makin cerah dan tidak putus-putus apabila turut ditawarkan peluang berduet bersama penyanyi terkemuka antarabangsa seperti Usher, Jhene Aiko dan DJ Premier.
Menurut Yuna, jika mahu berjaya dan mancapai cita-cita yang diimpikan, kita harus berani melangkah ke depan dan jangan terlalu mengambil pusing pandangan orang lain.
Penyanyi berusia 36 tahun itu turut menyatakan rasa syukur kerana mempunyai kawan, keluarga dan peminat dari Malaysia yang selalu mempercayai dan menyokongnya untuk terus ‘terbang lebih tinggi’.
Status yang dimuat turun ini juga turut membuatkan peminatnya terharu dan kisahnya itu memberi inspirasi kepada mereka. Rata-rata begitu tersentuh dengan kisah kejayaan penyanyi ini mendaki puncak jaya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyakit hiperhidrosis ini terbahagi kepada dua iaitu ‘primary hyperhidrosis’ dan ‘secondary hyperhidrosis’. Selalunya pesakit di bawah kelompok primary berpunca dari masalah saraf dan secondary berpunca dari penyakit lain contohnya obesiti, kanser, thyroid dan lain-lain lagi.
“Apa perasaan penulis jika orang akan membuat riak muka terkejut, jelik dan geli apabila bersalaman dengan anda, dan selepas itu mereka mengelap tapak tangan mereka di seluar, dan melakukannya di hadapan anda? Sudah tentu malu dan terasa dihina!”
Meskipun perit untuk diterima, namun jauh di sudut hati, wujud rasa redha dengan ketentuan Illahi. Taufiq Al Rahman, 29, seorang pereka fesyen dari Melaka, membuka lembaran bicara dengan menyingkap kembali saat pertama kali dia mengetahui tentang penyakit yang dihidapnya, Hiperhidrosis. Apa salahnya jika berpeluh? Tidak normalkah jika berpeluh? Pasti itu persoalan yang timbul saat anda membaca tajuk ini, namun, adakah ia perkara biasa jika kadar peluh lebih banyak dan deras melampau dari normalnya? Ya! Hiperhidrosis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan masalah peluh berlebihan yang terjadi dalam satu peratus populasi.
“Saya masih ingat lagi, ketika saya masih di sekolah rendah, jari saya kerap tergelincir dari pensel ketika sedang menulis dan buku tulis ataupun kertas peperiksaan menjadi lembap dan basah menyebabkannya hancur dan lunyai kerana peluh yang banyak di seluruh tapak tangan. Namun, saya anggap itu normal sehinggalah saat saya di diploma, perasaan ingin tahu itu membuak-buak dan akhirnya saya membuat sedikit kajian dan bacaan sendiri daripada blog, forum, tabloid dan bertanya kepada pihak-pihak yang boleh dipercayai. Dari situ saya betul-betul mengenali penyakit Hiperhidrosis ini”.
Bertanyakan mengenai momen yang tidak boleh dilupakan sepanjang menghidap penyakit ini, Taufiq jujur mengatakan bahawa keyakinan dan motivasi dirinya turun mendadak apabila melihat orang yang berjabat tangan dengannya membuat riak muka geli dan jelik, dan mengelap tapak tangan mereka di seluar, ketika masih dihadapannya. Bagi dirinya, perlakuan itu seolah-olah menjadikan dia manusia yang hina dan jijik.
“Tahap Hiperhidrosis saya adalah berskala 7 dari 10. Peluh saya terutamanya di tangan, boleh mengalir hingga ke pergelangan tangan. Peluh di tapak kaki saya pula boleh meninggalkan kesan tapak kaki jika berjalan tanpa kasut di atas simen. Teruk bukan? Situasi ini secara tidak langsung membantutkan beberapa aktiviti harian saya. Contohnya jika bersukan, saya hanya boleh melakukan aktiviti berenang kerana saya berasa lebih selesa dan yakin. Bukan itu sahaja, malah ia turut membahayakan keselamatan diri ketika saya memandu apabila tangan saya tergelincir dari ‘steering kereta’ kerana keadaan tapak tangan saya yang semakin basah terutamanya ketika cuaca panas. Oleh kerana keadaan peluh di tapak tangan tidak boleh dikawal, saya juga mengalami kesukaran untuk mengendalikan telefon bimbit kerana ia jenis ‘touchscreen’. Mengenai peluh di tapak kaki pula, saya sering kali tergelincir di tengah jalan. Bayangkan kaki saya terkeluar daripada sandal? Sangat memalukan! Saya juga sentiasa menukar stokin kerana jika tidak, kaki saya akan menghasilkan bau yang busuk dan meningkatkan kadar kelembapan pada kaki. Akhirnya, kuku kaki saya dijangkiti kulat”.
Tidak bernokhtah disitu sahaja, malah menurut Taufiq, sebagai seorang pereka fesyen, apa yang membimbangkan dirinya adalah apabila dia harus sentiasa berhati-hati dalam melakukan hal kerja rekaan bajunya kerana risau akan menjejaskan fabrik pelanggan yang disebabkan peluh di tapak tangannya.
“Untuk memastikan keadaan fabrik pelanggan dijaga rapi, saya melapik tangan dengan kertas dan sebagainya supaya peluh tidak akan menjejaskan fabrik pelanggan yang akan menyebabkan kekuningan. Selain itu juga, saya harus menukar segala peralatan jahitan (jenis besi) seperti jarum, jarum peniti, gunting, dan termasuklah beberapa komponen mesin jahit kerana ia menjadi berkarat selepas saya menggunakannya walaupun sementara”.
Mengenai rawatan pula, Taufiq lebih selesa tidak melakukan apa-apa rawatan kerana dia tahu, Hiperhidrosis ini tidak mengancam nyawa. Tambahan pula proses rawatan memakan belanja yang besar. Apa yang penting, dia harus sentiasa positif dan cekal menjalani hari-hari seterusnya kerana meskipun penyakit ini tidaklah merbahaya, namun jika tidak kuat dari segi mental, ia bisa membunuh keyakinan diri. Maka, diri terus hanyut ditenggelami rasa sedih dan gelora emosi.
“Sebagai seorang muslim, saya sentiasa percaya kepada kententuan Illahi. Redha. Pasti ada hikmah pada hari-hari mendatang. Syukur saya ucapkan kerana memiliki keluarga dan kenalan yang benar-benar memahami. Saya cuma berharap agar rakyat Malaysia lebih sedar dan faham tentang penyakit ini. Mereka harus sedar Hiperhidrosis bukanlah virus yang berjangkit, dan ia bukanlah merbahaya. Rakyat Malaysia juga harus peka dengan perasaan dan emosi kami supaya dapat membantu menguatkan lagi mental kami. Kepada penghidap Hiperhidrosis, ini bukanlah noktah dalam kehidupan kita. Harus kekal positif dan ceria setiap masa”.
FAKTA MENGENAI HIPERHIDROSIS:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai yang beranggapan bahawa pemilik kulit berminyak tidak memerlukan pelembap wajah. Namun, anggapan tersebut ternyata salah. Kulit berminyak memerlukan pelembap agar produksi minyak pada wajah tidak berlebihan. Jika anda mencari pelembap wajah untuk kulit berminyak, Jangan beli yang sembarangan.
Jom semak artikel ini panduan memilih pelembap muka untuk kulit berminyak dan produk yang terbaik di pasaran sesuai dengan kondisi wajah yang berminyak.
Secara alaminya, kulit memang memiliki minyak yang berfungsi untuk melembapkan. Namun, kulit berminyak memiliki kondisi yang berbeza. Pada kulit berminyak, seluruh bahagian wajah anda mengeluarkan minyak berlebih sepanjang hari. Jika wajah berminyak hanya pada area t-zone, serta terjadi secara rutin, bererti anda memiliki kulit kombinasi.
Kondisi kulit berminyak terjadi kerana faktor genetik, usia, cuaca, dan penggunaan produk kecantikan tertentu. Di samping itu, kulit anda boleh berminyak akibat tidak menggunakan pelembap wajah. Beberapa kebiasaan juga dapat menyebabkan kulit berminyak, contohnya makan produk susu, stres, menggunakan mekap terlalu tebal dan kurang minum air.
Kulit menjadi berminyak kerana kehilangan kelembapan semula jadi. Keadaan tersebut membuat kelenjar minyak atau sebum memproduksi lebih banyak minyak. Penggunaan pelembap yang tepat akan membantu melembapkan kulit sehingga kelenjar minyak tidak mengeluarkan minyak secara berlebihan.
Namun, jika anda memilih pelembap yang salah, kondisi kulit boleh makin parah. Wajah anda boleh saja jadi berjerawat atau memiliki jeragat. Agar anda tidak salah pilih, semaklah tip dari ini.
Dalam memilih pelembap untuk kulit wajah yang berminyak, ada beberapa poin penting yang harus anda tekankan.
Biasanya, pelembap wajah memang memiliki tekstur krim yang cukup berat. Tidak hairanlah jika pemilik kulit berminyak enggan untuk menggunakannya. Namun, pelembap wajah untuk kulit berminyak memiliki tekstur yang berbeza. Tekstur pelembap ini lebih ringan, mudah diserap kulit, serta membuat kulit boleh bernafas. Di bawah ini beberapa tekstur pelembap yang sesuai untuk kulit berminyak.
Jenis gel : Ringan dan paling sesuai untuk kulit berminyak
Pelembap jenis gel merupakan pelembap yang paling lulus digunakan oleh pemilik kulit berminyak. Bahan dasar dari pelembap ini adalah air lebih mudah terserap ke dalam kulit. Kerana tidak mengandung minyak, pelembap gel tidak akan meninggalkan rasa leket di kulit wajah. Selain itu, gel juga umumnya bersifat non-comedogenic. Pelembap gel memberi sensasi sejuk setelah dipakai.
Ada juga pelembap yang merupakan kombinasi gel dengan krim. Teksturnya sedikit lebih berat dibandingkan gel. Pelembap jenis gelcream lebih sesuai digunakan oleh pemilik kulit kombinasi.
Jenis losyen : Lebih ringan dibanding dengan krim
Berikutnya adalah pelembap jenis losyen. Mungkin anda sering kali terfikir bahawa losyen sama dengan krim. Losyen memang memiliki kandungan minyak, tetapi tidak sebanyak krim. Formula losyen juga cepat diserap kulit. Anda yang memiliki jenis kulit kombinasi yang cenderung berminyak boleh menggunakan pelembap bertekstur losyen.
Jenis krim : Pilih yang bersifat mattifying
Sebenarnya, pemilik kulit berminyak tidak disarankan untuk memakai pelembap bertekstur krim. Pelembap krim mengandungi lebih banyak minyak tidak sesuai untuk wajah anda. Namun, ada beberapa produk pelembap krim yang khas untuk pemilik kulit berminyak.
Apabila menginginkan pelembap bertekstur krim, pilihlah yang bersifat mattifying atau memberi hasil akhir matte. Jenis pelembap ini lebih ringan dibandingkan krim pada umumnya, serta boleh menyerap minyak berlebih pada kulit anda.
Meskipun suatu produk sudah diberi label “Untuk Kulit Berminyak”, sebaiknya tetap memeriksa kandungan bahan-bahannya. Kami akan menjelaskan beberapa bahan yang boleh dan tidak boleh ada di dalam pelembap untuk kulit berminyak.
Ketika memilih pelembap bagi pemilik kulit berminyak, pastikan anda memilih produk yang bahan-bahan kandungannya terasa ringan di kulit. Salah satu bahan pelembap yang sesuai untuk anda adalah Aloe vera. Aloe vera akan melembapkan kulit anda tanpa membuat kulit berminyak.
Kandungan lain yang juga tepat untuk anda adalah hyaluronic acid. Cara kerja hyaluronic acid adalah dengan mengunci kelembapan, serta menjaga keseimbangan kadar minyak pada kulit. Dengan demikian, kulit wajah anda tidak akan produksi terlalu banyak minyak.
Kulit berminyak juga cenderung mengalami jerawat. Perkara tersebut terjadi kerana debu dan kotoran bercampur dengan minyak di wajah, lalu menyumbat pori-pori. Untuk mengatasinya, pilihlah pelembap yang mengandung salicylic acid. Salicylic acid berperanan untuk melepaskan ikatan kotoran dari pori-pori kulit. Bahan ini juga bersifat sebagai antibakteria agar wajah terhindar dari jerawat.
Selain itu, anda boleh memilih kandungan yang mampu meredakan iritasi. Allantoin merupakan contoh bahan kandungan yang dapat meredakan iritasi pada kulit.
Kami menyarankan anda untuk menghindari produk yang berpotensi menyumbat pori-pori dan menyebabkan jeragat. Mineral oil, petrolatum, dan petroleum merupakan bahan yang harus anda hindari. Bahan-bahan tersebut terlalu “berat” untuk kulit berminyak. Anda sebaiknya memilih pelembap yang bersifat non-comedogenic sehingga tidak akan menyumbat pori-pori kulit.
Setiap produk pelembap untuk kulit berminyak memang dituntut lebih cepat terserap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa leket. Namun, tetap ada produk pelembap kulit berminyak yang membuat kulit terasa meleket dan tidak selesa. Sebaiknya, cari info dahulu tentang produk tersebut dengan cara membaca ulasan para pembelinya. Dengan begitu, anda akan lebih mengetahui tentang produk tersebut.
Permulaan awal pemakaian, perhatikanlah efek yang diberikan pada kulit wajah anda. Jika wajah menunjukkan tanda-tanda alergi, segera hentikan pemakaian produk tersebut.
Bekerja seharian di dalam ruangan penghawa dingin dapat membuat kulit kehilangan kelembapan alami. Akibatnya, kulit anda lama-kelamaan akan menjadi berminyak. Untuk mencegah perkara itu, anda boleh memakai Formula Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel. Produk ini mampu hidrasi untuk kulit wajah selama 8 jam. Sunflower seed cake, barley extract, dan cucumber fruit extract akan menyeimbangkan kadar minyak pada kulit dan juga melindungi kulit wajah anda. Sementara itu, hyaluronic acid memberikan kelembapan dan menguncinya di dalam kulit.
Bioderma Sébium Global mengandungi formula bakuchiol dan fluidactiv yang dapat membantu kulit mengawal produksi minyak secara normal. Selain itu, kandungan AHA esters, salicylic acid, dan citric acid berkuasa membersihkan kulit dari jerawat dan jeragat. Produk ini selamat digunakan anda yang tidak tahan dengan jeragat yang degil. Ditambah, iritasi akibat jerawat juga dapat diredakan dengan kandungan zinc gluconate dan enoxolone. Selamat tinggal, minyak, jerawat, dan jeragat!
Bagi anda yang memiliki kulit sensitif cenderung berminyak, boleh mencuba krim dari Sebamed ini. Formulanya sangat lembut untuk pemilik kulit sensitif dan terdedah dengan alergi. Kandungan horse chestnut di dalamnya mampu meredakan iritasi pada kulit anda sehingga kulit lebih nyaman.
Ekstrak Aloe vera dan hyaluronic acid pula akan melembapkan kulit anda secara alami tanpa menyumbat pori-pori. Meskipun berbentuk krim, pelembap ini memiliki hasil akhir matte sehingga tidak membuat kulit mengilap.
Anda yang aktif seharian tentu tidak ingin kilap di wajah tiba-tiba muncul dan mengganggu penampilan. Dengan produk ini, kelembapan wajah anda akan terjaga selama 24 jam. Kiehl’s mengandungi ekstrak akar Imperata cylindrica yang kaya potasium untuk melembapkan wajah. Selain itu, kandungan glacial glycoprotein juga akan melembapkan, serta mencegah berkurangnya kandungan air di dalam kulit. Akan terasa fresh apabila menggunakan krim ini.
Pelembap jenis krim gel ini sesuai untuk anda yang memiliki kulit kombinasi cenderung berminyak. Ianya bertekstur ringan dan memberi hidrasi pada kulit wajah anda sambil menyeimbangkan penghasilan sebum serta minyak berlebihan. Wajah anda akan tidak akan terasa melekit kerana kemasan akhir pelembap ini adalah matte. Diperkaya dengan mineral rumpai laut dan gabungan Vitamin E dan melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas.
Pelembap yang menyediakan penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit anda daripada sinaran UVA / UVB yang berbahaya dengan SPF15. Ia membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan agar kulit tampil lebih muda. Formulanya tidak berminyak supaya kulit kekal terkawal dari penghasilan minyak berlebihan. Selain itu, membantu memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan sempurna. productnation
Dirumus khas untuk memberi kelembapan maksima kepada kulit muka jenis berminyak dan kombinasi. Diformulasi dengan hidrasi Sugar Complex untuk kelembapan kulit sehingga 72 jam.Kaya dengan spektrum penuh 3D Sodium Hyaluronate yang mengekalkan kelembapan kulit untuk kulit kekal lembut dan anjal. Tambahan Glutathione membantu meneutralkan radikal bebas supaya kulit kekal halus, gebu, bersih serta mengurangkan garis halus dan tanda-tanda penuaan.
Mengandungi Arbutin agar tona kulit lebih sekata dan memudarkan bintik-bintik gelap pada kulit muka. Mengandungi vitamin C untuk memperbaiki kembali kulit kusam akibat sinaran UV. Ekstrak botani dan Scutellaria Baicalensis untuk mencerahkan muka, juga bertindak sebagai anti-oksida dan anti-inflamasi. Berkesan untuk membantu dalam mengawal minyak yang berlebihan agar kulit kekal selesa dan segar walaupun setelah seharian di luar.
Lelaki sering kali enggan menggunakan pelembap wajah. Namun, kebiasaan tersebut harus dihentikan agar kesihatan kulit wajah anda tetap terjaga. The Body Shop menyediakan pelembap wajah khusus untuk lelaki dengan tekstur gel yang menyegarkan. Gabungan kandungan teh hijau dengan lemon mampu membantu mengurangi produksi minyak berlebih pada wajah. Kulit Anda juga akan tetap lembap tanpa meleket hasil adanya Aloe vera. Aromanya sangat segar untuk digunakan oleh para lelaki.
Untuk pemilik kulit kombinasi, masalah utama yang selalu anda adalah di bahagian T-Zone pada kulit wajah. Ini kerana kulit kombinasi terdiri daripada kulit kering dan berminyak. Krim pelembap ini bertekstur sangat ringan, tidak berminyak dan sesuai untuk anda yang berkulit kombinasi kerana ianya mampu untuk melembapkan bahagian kulit yang kekeringan.
Diuji secara klinikal, sistem Microsponge yang terdapat dalam krim pelembap ini bertindak untuk mengawal minyak dari terhasil pada kulit wajah dengan matte sebagai sentuhan terakhir. Kulit anda tampil lembut dan bersinar sepanjang hari.
Mensasarkan lebihan minyak untuk tindakan berganda serta melembutkan kulit dan menghaluskan liang pori yang besar. Memberi penghidratan harian dalam pelembap yang dirumuskan untuk kulit berminyak. Teknologi Sebulyse untuk tindakan berganda pada minyak berlebihan untuk mematangkan kulit dan mengurangkan liang pori. Pelembap bebas minyak & bukan komedogenik dengan kemasan matte ringan. Gunakan setiap hari sebagai pelembap untuk kulit berminyak. Effaclar Mat, pelembap untuk kulit berminyak, mensasarkan minyak untuk tindakan pematangan ganda dan penapisan liang, Manakala teknologi sebulyse dan serbuk penyerap mengurangkan minyak berlebihan. LHA memberikan pengelupasan mikro untuk membantu mengetatkan liang-liang yang membesar dengan jelas sambil menghaluskan tekstur kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masalah wanita berhijab seperti rambut leper, kulit kepala berbau dan jerawat boleh diatasi dengan solusi mudah. Ketahui 7 cara praktikal untuk kekal segar dan yakin setiap hari.