Dah lama kita tidak mendengar perkembangan terkini pelakon yang pernah popular dengan watak Anizah dalam drama bersiri ‘Dunia Baru’ satu ketika dahulu.
Anita Baharom atau lebih mesra disapa Nita itu dikhabarkan bakal bergelar isteri sekali lagi setelah hampir setahun bergelar ibu tunggal kepada tiga cahaya mata, kerana kehilangan suami pada Januari lalu.
22 Disember Tarikh Penyatuan Anita & Engku Isyamuddin?
Memetik laporan Harian Metro, Anita bakal disatukan bersama jejaka pilihan hatinya, Engku Isyamuddin Tuan Losin dalam satu majlis ijab qabul pada 22 Disember ini.
Hijabista dimaklumkan bahawa, majlis penuh bersejarah antara pasangan merpati dua sejoli itu akan diadakan di sebuah dewan sekitar Subang Jaya, Selangor.
Ads
Manakala, majlis resepsi kedua mempelai pula akan terus dilaksanakan pada keesokan harinya di lokasi sama.
Untuk rekod, Anita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka yang dikenali sebagai Mohd Ismadi.
Ads
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurnikan tiga orang cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar sebagai penyeri hidup mereka.
Namun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari, apabila perkahwinan yang dibina lebih 16 tahun itu menerima ujian getir dimana sang suami dijemput ilahi pada 1 Januari lalu.
Semua gadis pasti impikan rambut yang sihat, kuat dan cantik kerana rambut itu dikatakan sebagai mahkota wanita. Mesti kadang kala kita stress apabila lihat banyak rambut yang gugur di sikat. Usia masih muda, tapi rambut sudah berkurang. Bagaimana ni?
Untuk mengatasi masalah itu, apa kata hijabi ikuti tips yang dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai ini yang telah mendapat ribuan perkongsian daripada pengguna di facebook.
Para hijabi bolehlah mencari gel aloe vera di kedai berhampiran sekarang. Tak perlu bersusah mencari banyak bahan, pakai satu bahan sahaja sudah mencukupi. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap tanpa juadah istimewa untuk disajikan pada pagi raya bagi santapan seisi keluarga. Malah, selepas dua tahun tidak dapat meraikan hari raya dengan penuh kemeriahan, 1 Syawal kali ini pastinya tidak sabar dinantikan.
Bukan saja dapat pulang ke kampung halaman dan menziarahi sanak saudara, rakan taulan, tapi satu perkara yang pasti tidak boleh dilupakan adalah hidangan dan masakan. Dan bagi menambahkan kegembiraan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, jenama ‘syurga’ aiskrim terkenal Crème De La Crème memperkenalkan ais krim ‘Nasi Lemak’.
Menerusi kreativiti dan inovatif mereka, aiskrim ‘Nasi Lemak’ Crème De La Crème itu dihasilkan daripada 100% aiskrim asli. Lebih uniknya lagi, pencuci mulut yang lazat ini turut menampilkan jenama sambal kesayangan ramai milik pasangan selebriti terkenal tanah air, Scha Alyahya dan Awal Ashaari iaitu Schambal bagi memberikan pengalaman yang lebih sedap dan menyelerakan.
Bagi Awal Ashaari, kerjasama yang terjalin antara Schambal dan Crème De La Crème sesuatu yang istimewa dan di luar kotak fikiran.
“Sejujurnya tak terfikir pun bagaimana pencuci mulut aiskrim boleh ‘diubah’dan dihasilkan menjadi hidangan nasi lemak yang diakui menjadi kegemaran dan pilihan orang ramai. Bagi saya ini sesuatu yang hebat dan betul-betul kreatif.
“Apabila cadangan untuk berkolaborasi dengan jenama Schambal kami diberikan, pada saya ia menambahkan lagi keenakan Nasi Lemak Crème De La Crème ini. Nasi lemak tanpa sambal memang tak bermakna, jadi dengan adanya Schambal ini melengkapkan lagi hidangan istimewa ini,” katanya.
Jadi, apa tunggu lagi jangan lupa dapatkan sajian istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri, ‘Nasi Lemak’ Crème De La Crème X SCHAMBAL.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cuka adalah bahan yang terdapat di hampir setiap dapur. Tetapi adakah anda tahu bahawa ia adalah salah satu ubat mujarab yang paling kuat untuk kulit anda? Dari menjadikan kulit anda bersinar hingga menghilangkan bau badan, ia mempunyai banyak kegunaan.
Dalam artikel ini, mari kita lihat bagaimana ramuan dapur terkenal ini dapat dimasukkan ke dalam rejimen kecantikan anda dengan mudah. Ada yang lebih menariknya produk terbaharu di pasaran mempunyai manfaat sama seperti bahan dapur ini.
Cuka (cuka sari putih dan sari apel) membantu dalam mengembalikan keseimbangan pH kulit anda. Justeru membantu merawat kulit gatal, kering dan jerawat. Berbanding dengan sabun dan pencuci muka yang tersedia secara komersial yang penuh dengan bahan kimia dan bahan pengawet, cuka adalah cara semula jadi dan lebih selamat untuk meremajakan kulit anda dan menjadikannya bersinar.
Cuka mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antijamur yang membantu menghilangkan bakteria dari kulit anda, sehingga jerawat dan noda dapat dijauhkan.
Cuka sari apel mengandungi asid hidroksi yang melenyapkan sel-sel kulit mati, sehingga meringankan bintik-bintik yang berkaitan dengan usia.
Cuka mengekalkan keseimbangan pH kulit anda dan mencegahnya menjadi berminyak atau kering secara berlebihan. Ia juga membantu menjaga kebersihan pori-pori kulit.
Menggunakan cuka yang dicairkan secara berkala membantu melambatkan penampilan kedutan dan garis-garis halus pada kulit anda.
Penggunaan cuka secara teratur mengeluarkan semua toksin dari kulit anda, menjadikannya berseri dan awet muda.
Cuka mempunyai sifat antiseptik dan membantu menghilangkan rasa sakit. Cukup masukkan sedikit cuka pada selaran matahari anda dan perhatikan ia sembuh.
Gallineee adalah pelopor penjagaan kulit mikrobioma yang menjaga ekosistem pelindung kulit. Menggunakan prebiotik, probiotik dan kompleks asid laktik yang dipatenkan inovatif berdasarkan penyelidikan terbaru dalam mikrobiologi.
Dilancarkan pada tahun 2016, jenama penjagaan kulit Perancis yang berkesinambungan dan 100% tanpa kekejaman dibina berdasarkan etika menjaga keanekaragaman hayati dan menjaga ekosistem kompleks kulit anda sihat, berdaya tahan dan bahagia. Pelopor inovatif skincare microbiome bergabung dengan barisan jenama penjagaan kulit terkemuka dengan menjadi yang pertama melancarkan produk yang menjaga ekosistem pelindung kulit. Anda terdiri daripada sel manusia dan berbilion bakteria yang hidup bersama dalam harmoni yang sempurna. Sekiranya anda menjaganya, ia akan menjaga anda.
Walaupun biotik terkenal dengan kesan positifnya terhadap kesihatan pencernaan, penggunaannya dalam penjagaan kulit, hingga kini, menjadi rahsia sains yang belum dimanfaatkan. Kulit sebagai ekosistem hidup dan bernafas yang penuh dengan keajaiban dan sangat masuk akal untuk bekerja dengan kulit kita daripada menentangnya.
Inilah masa depan kecantikan. Menggunakan produk yang mengandungi probiotik, prebiotik dan postbiotik (Asid Laktik) memastikan bahawa bakteria bermanfaat tetap utuh dan kulit tetap terlindung dari radikal bebas dan tekanan oksidatif. Di samping itu, tahap pH menjadi konsisten dan mikrobiome menerima sistem sokongan yang diperlukan untuk berfungsi pada tahap optimum.
Toner Cuka Wajah menjadikan jalan yang sempurna antara pembersihan dan merawat kulit. Apabila sebum dan sel kulit mati menyekat liang, ia menghalang bakteria yang boleh menyebabkan bintik-bintik, jerawat, kulit kering dan kusam. Ini juga bermaksud bahawa bahan-bahan lain yang digunakan secara topikal mengalami kesukaran memasuki stratum corneum kulit lapisan paling luar, mempengaruhi segala-galanya dari bagaimana kulit yang berseri muncul hingga faktor terlindungnya dari radikal bebas. Toner ini juga meninggalkan mikrobioma merasa segar dan seimbang.
Cuka Hibiscus – Dikenali dengan sifatnya yang astringen, pengelupasan dan menenangkan.
Rumpai laut Prebiotik – Bahan baru yang menggunakan ekstrak dari alga hijau dan coklat, air laut dan polisakarida laut. Bersama-sama ia bertindak melawan tanda-tanda tekanan pada kulit.
Face Mask & Scrub memberikan kulit dengan peningkatan cahaya sekejap dengan mengelupas kulit secara halus dan merangsang peredaran mikro. Kompleks biotik yang inovatif mengandungi asid laktik untuk membantu menghaluskan kulit dan prebiotik untuk menyuburkan sistem eko pelindung kulit mikrobioma. Kompleks biotik ini digabungkan dengan formula berprestasi tinggi yang mengandungi khasiat tanah liat putih kaolin, menghidupkan semula mineral laut dan vitamin E antioksidan.
Vitamin E – Dikenali dengan sifat astringen, pengelupasan dan menenangkan.
Kaolin – Bahan baru yang menggunakan ekstrak dari alga hijau dan coklat, air laut dan polysaccha laut. Bersama-sama ia bertindak melawan tanda-tanda tekanan pada kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.