Pernikahan di antara selebriti jelita, Mira Filzah dan Wan Emir Astar memang mendapat tumpuan seluruh rakyat Malaysia semalam.
Mira,27, yang cantik dalam busana daripada Rizman Ruzaini kelihatan menitiskan air mata terharunya selepas sah diijab kabulkan dengan sekali lafaz.
Berkongsi di laman sosial, Anas Zahrin iaitu pemilik jenama kosmetik Anas mendedahkan doa yang dikirimkan oleh Mira sewaktu dirinya berkunjung ke tanah suci akhir tahun lepas.
Akhir tahun lepas, semasa saya mengerjakan Umrah, ini doa yang sahabat saya @mfmirafilzah kirimkan
Dear Mira, semoga Allah permudahkan segala urusan malam ini. Semoga Mira menjadi isteri yang solehah serta semoga perkahwinan Mira kekal hingga ke jannah
Ads
InshaAllah, see you soon dear sahabat. Tak sabar nak jumpa ahad nanti 🤍 Rasa nak nangis sebab gembira sangat sangat. Mesti cantik serta berseri Malaysia’ Sweetheart ni #EmirAmirah
Ads
Kalau kita mahukan sesuatu, sentiasalah minta pada Allah kerana hanya Dia sahaja mampu untuk mengabulkannya. Jika kita mahukan seseorang itu juga, mohonlah pada Allah agar Dia menjaga hatinya untuk kita. Moga perkahwinan Mira dan Emir ini berkekalan hingga ke Jannah. Amin…
Setiap pasangan pasti inginkan momen bersama di simpan untuk selama-lamanya. Siapa sahaja mahu melupakan setiap kenangan manis yang dicipta bersama, tiada siapa juga mahu momen itu hilang begitu sahaja.
Kejutan dari isteri pelakon Thor, Chris Hemsworth, tampilkan diri pada makan malam mereka dengan solekan ‘tua’. Tujuannya adalah untuk membuatkan Chris ingati wajahnya menjelang hari tua mereka.
Cukup dikenali dengan watak Thor Marvel, Chris Hemsworth telah mendedahkan dirinya yang menghidap penyakit Alzheimer berpunca dari faktor genetik. Keputusan itu di maklumkan pada November 2022 ketika menjalani rakaman sebuah series National Geographic berjudul ‘Limitless’.
Dia juga mengambil keputusan untuk meneruskan karier seninya dan ingin lebih fokus kepada keluarga dan kesihatannya. Chris juga tidak boleh membayangkan dirinya lupa segala memori dan suka-duka yang pernah di laluinya bersama isteri dan anak-anak.
“Saya tak boleh bayangkan saat di mana semua memori bersama isteri dan anak-anak akan hilang…itulah perkara yang sangat menakutkan buat saya.” ujarnya dalam salah satu episode ‘Limitless‘.
Isterinya, Elsa Pataky, membuat keputusan untuk tampil dengan solekan menunjukkannya seolah-olah berumur 87 tahun. Video perkongsian oleh pemilik akaun @ZareenH_s itu menunjukkan bertapa terkejutnya Chris melihat Elsa. Namun, dia tetap merangkul erat dan menyayangi isterinya yang tercinta.
Have you seen the video of Chris Hemsworth & his wife (who dressed as an old lady) bcs she wants him to see the older her so maybe he’ll remember her in the future?
This is after they found out he has high risk of alzheimers & the disease could start to progress anytime 💔💔💔 pic.twitter.com/z1PWoOZ0rV
Ramai reaksi daripada warganet apabila melihat pautan video itu. Ada juga yang mengharapkan agar Chris masih ingat rupa isterinya walau apa yang terjadi.
Menurut Hellodoktor, Alzheimer merupakan satu penyakit progresif yang menyebabkan penghidapnya akan lupa ingatan dan fungsi masalah mental penting yang lain. Pesakit Alzheimer akan mula alami kekeliruan untuk mengingati sesuatu perkara dan akan mula melupakan orang yang penting dalam hidup mereka juga melalui perubahan personaliti yang ketara.
Perubahan masalah mental yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer ini seperti:
Setiap kali menjelang Syawal, paling tak sabar dinanti selain persiapan adalah iklan raya. Iklan raya ini menjadi sebagai pelengkap kepada sebuah cerita raya yang mesti ada setiap tahun. Tidak kiralah iklan sedih atau lucu, yang pasti mesej yang disampaikan oleh kebanyakan syarikat korporat ini sampai di hati kita.
Tahun ini, kebanyakan iklan masih lagi mengekalkan konsep kemeriahan dan makna sebenar hari raya itu. Paling tidak dilupakan adalah mengenang insan yang sudah tiada di sisi dan momen bersama mereka yang tak dapat dilupakan.
Ada juga iklan raya yang memberitahu kita tentang penggunaan teknologi yang boleh diterokai terutama untuk Orang Lainan Upaya.
Apa juga iklan raya yang disajikan, yang penting mesej di sampaikan itu. Maklumlah sambutan Syawal setahun sekali dan jangan lupa inilah masalah menziarahi sanak saudara untuk merapatkan lagi tali silaturrahim sesama kita.
Ayuh kita layan beberapa iklan raya yang menyentuh dan juga mencuti hati. Admin paling suka iklan FashionValet kerana lain dari yang lain.
SUMBER: YOUTUBE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap gadis pastinya akan kelihatan bertambah manis apabila mengenakan hijab. Tidak hanya terhad kepada gadis muslim sahaja, sesiapa sahaja boleh merasai pengalaman menyarungkannya di kepala.
Berkongsi pengalaman kali pertama berhijab, Elisha yang bukan seorang muslim telah mengenakan hijab apabila diminta teman ketika berada di rumahnya pada hari raya pertama.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.