Wany Hasrita atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah yang popular dengan lagu berjudul Canggung ini turut teruja untuk menyambut kedatangan Syawal pada tahun ini kerana mahu menyediakan baju raya buat mereka sekeluarga.
Rona sedondon pastinya menjadi pilihan Wany dan ianya membuatkan Wany rasa sangat teruja.
Apatah lagi, Aishah kini sudah pandai berjalan dan aktif melompat.
Wany turut berkongsi rasa terujanya itu Bersama para pengikut dan peminatnya di Instagram peribadi.
Mempunyai seseorang untuk berkongsi bebanan yang ditanggung bersama selama lapan tahun dan tidak berkira kudrat untuk bersama menguruskan ibu yang diserang strok sehingga lumpuh seluruh badan merupakan satu kelegaan buat Nurfatin Amira Abdul Razak.
Menurut Fatin, lelaki yang dikahwininya, Muhammad Syaamil Sabarudin ibarat ‘menantu kiriman tuhan’ kerana sudi menerima dirinya dan keluarga seadanya serta sabar membantu menguruskan kedua ibu bapa, tanpa pernah mengeluh sedikitpun.
Ketika ditanya kepada Syamil, apa yang membuatnya sabar dan sanggup berkongsi bebanan dengan isterinya meskipun telah mengetahui kepincangan keluarga sebelah isteri sebelum bernikah lagi, ini respon yang diberikan.
“Saya sudah anggap emak mentua sama seperti ibu sendiri malah tiada beza taraf kedua-duanya.
“Jadi macam mana jaga ibu bapa kandung, begitulah saya jaga mentua,” kata Muhammad Syaamil Sabarudin lapor media tempatan.
Mengulas lanjut, Syaamil berkata apa yang membuatkan dirinya tertarik dan akhirnya mengambil keputusan untuk menikahi isterinya selain atas dasar cinta, adalah kerana sifat empati melihat wanita yang dicintai itu bertungkus lumus menguruskan ibunya seorang diri.
Justeru, selepas lapan tahun mengenali hati budi masing-masing Syaamil mengambil keputusan untuk menikahi Nurfatin Amira pada Januari tahun lalu.
“Saya berkenalan dengan isteri pada 2015 ketika ibunya sihat sebelum diserang strok tahun berikutnya, akibat darah tinggi serta kencing manis.
“Jadi, sebelum berkahwin lagi, saya sudah melihat susah payah isteri dan kasihan melihat dia menguruskan sendiri semuanya memandangkan emak (ibu mentua) terlantar, tidak dapat bercakap malah matanya juga kabur.
“Oleh kerana itu, saya tiada masalah untuk bawa sekali ibu mentua tinggal bersama selepas berkahwin kerana selagi terdaya, saya akan bantu isteri.
Malah, Syaamil menjelaskan sejak kecil dia pernah melihat ibunya menjaga nenek sejak kecil lagi, sehubungan itu dia memahami kepayahan serta kesusahan menguruskan orang sakit.
Menurutnya lagi, cabaran terbesar untuk menguruskan pesakit yang kronik lumpuh seluruh badan, bukanlah satu perkara yang mudah, serta memerlukan kesabaran yang tinggi.
Tambahan pula, ibu mertuanya tidak boleh bercakap dan mereka mengalami kekangan komunikasi kerana perlu mengambil masa untuk memahami apa yang dimahukan ibu mertuanya itu.
“Cabarannya mesti ada lebih-lebih lagi apabila menjaga pesakit terlantar yang tidak boleh bercakap kerana ada kalanya kita tidak faham apa dia mahu.
“Tambahan, emak tidak boleh bercakap dan apabila sakit, dia akan tunjuk perasaan dan memberontak hingga isteri pernah beberapa kali tertekan.
“Bagaimanapun, saya dan isteri perlu banyakkan sabar dan cuba faham emosi emak. Daripada segi tugas pula, isteri lebih banyak menjaga ibunya namun saya akan bantu lakukan kerja berat seperti angkat dan alihkan daripada katil ke kerusi roda untuk duduk atau mandi,” ujarnya.
Sementara itu, isterinya, Nurfatin Amira menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang ikhlas dan boleh menerima ibunya daripada awal perkenalan hingga kini.
“Daripada awal perkenalan lagi saya sudah cakap dengan dia (suami) yang emak saya sakit jadi tiada masa untuk keluar ‘dating’ kerana perlu jaga emak sepenuh masa.
“Saya pernah meminta suami untuk mencari orang lain sebagai pengganti kerana kalau berkahwin mungkin tidak boleh fokus sepenuhnya padanya (suami) kerana perlu bahagikan masa tetapi dia tetap setia dan tunggu saya.
“Jujurnya saya tidak yakin pada mulanya dan risau jika dia malu dengan keadaan keluarga saya.
“Lama kelamaan, saya nampak keikhlasan suami terima emak serta sikapnya yang lebih dahulukan ibu bapa dan pada masa sama beri layanan baik kepada saya,” dedahnya.
Sekadar info, video Syaamil yang membantu menguruskan ibu mertuanya itu tular di laman sosial setelah di muatnaik oleh isterinya sendiri menerusi laman Tik Tok akaun @xxmeeraxx kini telah ditonton seramai 999.3k dengan 94.8 tanda suka.
Setiap individu mempunyai warna kulit yang berbeza, berkemungkinan mewarisi warna kulit dari keturunan ataupun generasi. Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa warna yang dimiliki ada kaitan dengan faktor genetik dan biologi yang lain. Jadi, apa yang menyebabkan begitu banyak warna kulit manusia yang berbeza-beza?
Adakah anda tahu bahawa warna kulit manusia bermula dari coklat paling gelap hingga coklat paling terang? Pada dasarnya, perbezaan warna kulit setiap manusia dipengaruhi oleh pigmentasi, pendedahan cahaya matahari, atau gabungan keduanya. Di samping itu, perbezaan persekitaran menyumbang kepada warna yang anda ada.
Salah satu penentu warna kulit adalah pigmen. Pigmen di kulit, yang dikenali sebagai melanin, dihasilkan oleh sel khusus yang disebut melanosit. Pigmen ini tersebar di antara sel-sel lain di lapisan paling dalam dari lapisan basal, iaitu lapisan luar kulit.
Apabila melanin telah dihasilkan, ia akan merebak ke sel kulit lain yang berdekatan. Penyebaran dan jumlah melanin dalam sel-sel kulit inilah yang menentukan sama ada anda mempunyai kulit gelap atau terang. Tanpa melanin, kulit akan menjadi pucat dengan warna merah jambu kerana aliran darah melalui kulit. Itulah sebabnya, orang kulit putih menghasilkan lebih banyak melanin, sementara pemilik kulit gelap mempunyai lebih banyak melanin.
Perkara yang dapat meningkatkan atau mengurangkan pengeluaran melanin boleh mempengaruhi warna kulit manusia iaitu pengaruh persekitaran. Pendedahan sinar ultraviolet (UV) dari matahari menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak melanin. Kesannya, kulit akan menjadi lebih gelap. Ini menjelaskan mengapa kebanyakan orang yang tinggal di kawasan sejuk dengan sedikit cahaya matahari mempunyai kulit yang cerah. Sementara itu, orang-orang di kawasan tropika cenderung mempunyai kulit gelap kerana sering terdedah kepada cahaya matahari.
Lama kelamaan, warna kulit manusia ternyata dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat mereka tinggal. Walau bagaimanapun, ciri-ciri manusia ini masih dipengaruhi oleh faktor genetik. Secara amnya, jenis warna kulit merujuk dari gelap hingga terang. Selain itu, skala Fitzpatrick dapat digunakan untuk mengklasifikasikan warna kulit. Skala Fitzpatrick mengklasifikasikan warna kulit berdasarkan tindak balas mereka terhadap selaran matahari, tanpa mengira kecerahan kulit.
Umumnya, individu dengan tona kulit jenis 1 dan 2 cenderung mudah terbakar. Pemilik jenis 1 dicirikan oleh warna perang sebelum terdedah kepada cahaya matahari. Apabila terkena sinar matahari, kulit akan mengalami reaksi pembakaran yang ditandai dengan bintik-bintik. Walaupun begitu, kulit jenis 1 tidak mudah berubah warna. Sementara itu, kulit jenis 2 cenderung cerah atau pucat. Apabila terkena cahaya matahari, jenis 2 akan muncul bintik-bintik tanpa disertai dengan perubahan warna.
Berbanding dengan jenis 1 dan 2, mereka yang mempunyai jenis kulit 3 hingga 6 jauh lebih selamat daripada selaran matahari. Ini mungkin kerana jenis ini cenderung lebih gelap dan menghasilkan lebih banyak melanin. Walau bagaimanapun, pemilik jenis kulit ini masih berisiko dari bahaya sinar UV. Apa pun warna kulit anda, ada baiknya anda menggunakan pelindung matahari semasa anda berada di luar dan untuk mengelakkan reaksi berbahaya dari sinar UV.
Selain menunjukkan sama ada kulit anda mudah terbakar atau tidak, warna kulit anda boleh dikaitkan dengan masalah kulit tertentu.
Terdapat beberapa keadaan dan penyakit yang boleh membuat anda mempunyai kulit yang lebih gelap, salah satunya adalah penyakit Addison. Penyakit ini yang menyebabkan kulit gelap biasanya menjadikan sel melanosit menghasilkan melanin terlalu banyak.
Apabila badan membuat melanin terlalu sedikit, kulit menjadi lebih cerah. Terdapat juga pelbagai penyakit yang dicirikan oleh kulit yang lebih ringan, iaitu:
Ketika anda meningkat usia, beberapa kawasan kulit anda mungkin menjadi gelap. Warna kulit yang tidak rata pada wajah dan tangan orang tua disebabkan oleh penyebaran sel pigmen atau melanosit yang tidak rata. Bukan itu sahaja, anda mungkin tidak selalu mempunyai kulit yang cantik kerana boleh berubah kerana musim dan paparan cahaya matahari.
Walaupun tidak memberi kesan langsung, menjaga kesihatan kulit adalah penting ketika anda ingin mengekalkan warna kulit semula jadi. Ia juga perlu untuk mencegah pelbagai penyakit kulit yang boleh berlaku bila-bila sahaja dan di mana jua.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
SUMBER : HELLOSEHAT & PEXELS
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selebriti ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat teguh dengan pendiriannya. Malah dia juga begitu lantang menyuarakan pendapatnya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Fynn Jamal baru-baru ini menyelar tindakan sebuah stesen televisyen yang menyuruhnya membuka niqab sekiranya mahu muncul di kaca TV. Dia yang kurang bersetuju dengan arahan itu meminta rakyat Malaysia memberikan pandangan berhubung perkara ini. Bancian yang dibuat rata-rata menunjukkan 99 % memang tidak setuju dengan tindakan berkenaan.
Terima kasih utk jawapan2 bancian malam tadi. statistik menunjukkan 99% tidak bersetuju dgn apa yang stesen tv katakan iaitu rakyat malaysia tidak bersedia melihat personaliti berniqab. nanti kalau jadi lagi penolakan dgn alasan ini— aku tunjuk bancian malam tadi.
within 15 jam lebih seribu org petition kot. (ig / fb combined).
aku buat poll tu sebab aku tak faham macammana inconsistent nya stesen tv dgn aku. kejap boleh kejap tak boleh. masa tak boleh tu yg dia gunakan alasan rakyat— aku jadi blur. tuari aku BARU nampak org berniqab kat tv. xde masalah pun? dari dulu aku dah mmg ckp aku takkan bukak— so bila aku pernah je masuk tv berniqab, aku pikir dah settle dah; tapi eh, skang kena bukak balik pulak? apeni? jgn mainkan hati ai, jeffrey. plis. hati ai bukan kristal, okeh.
so bila buat bancian semalam, dpt tanya jawapan direct dari rakyat. 99% tu ok gak aa. yg 1% tu aku hadam jawapan dia. ada sorang dua je aku block sbb alasan dia tolak adalah “dah berniqab pergi duduk rumah baca quran la”.
@ogydin Saya tak kisah pun..malah saya sangat suka tengok orang berniqab..kadang2 tu teringin juga berniqab tapi takut tak kekal…
@sky_yearth Assalamualaikum wbt…sis…dont worry about that…for me, please move with niqab sis. Please stay with yr niat lillahitaa’la. InsyaAllah, 1 day Allah will show them why muslimah wear niqab. Dear sis, i not wear niqab yet but u done wear, please strong k…please…insyaAllah…wallahualam
@zuehaiknp ye?? knp stesen tv skrg xfhm dgn isu berniqab padahal bkn nya msuk antarabangsa pon siarkn dimalaysia je..smua org dimalaysia xda masalah dgn wanita berniqab..
@wanyusz_virgo Sy suka tgk wanita berniqab..moga kak @fynnjamal sntiasa dibwah jagaan Allah
@zuhsss Awalye mmg nmpk pelik sis..tp lps kite blajar dan fhm erti niqab tu sndr…alhmdlh…niqabtu trlalu indah….sy jgk brdoa yg 1 hr nnt sy blh brniqab sprt sis…tp skrg hati tu mcm keras skit?…diorang x paham sbnrye knp wanita berniqab…tu sb diorang xlh trima
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.