Memang menjadi lumrah seseorang wanita itu akan mengalami pertambahan berat badan ketika mengandung. Dan menjadi cabaran bagaimana untuk mengembalikan bentuk badan kepada saiz asal. Bagi selebriti Amyra Rosli dia juga turut mengalami kenaikan berat badan sepanjang kehamilan walaupun tidak begitu ketara perubahannya. Memandangkan penampilan menarik penting bagi mengekalkan populariti sebagai pelakon, Amyra Rosli tekad untuk mendapatkan berat badan asal.
Nama Amyra yang menjadi sebutan gara-gara watak pelacur dibawakan dalam drama bersiri Nur Ramadan lalu. Drama Nur yang bersiaran di TV3 disifatkan penonton sebuah karya Islamik yanb penuh dengan isu kontroversi.
Turut berlakon dalam drama yang cukup trending ini adalah Kyle Syafiq, Fatima Abu Bakar, Noorkhiriah, Datuk Jalaludin Hassan dan juga Azhan Rani.
Menurut Amyra untuk mendapatkan berat ideal tidak ada petua tertentu yang diamalkannya, malah dia yang selamat melahirkan anak sulungnya itu Oktober tahun lalu tidak menghadkan apa jua pengambilan pemakanan.
Sebaliknya pelakon cantik ini akan akan makan nasi seperti biasa memandangkan dia juga perlu memberi susu badan kepada anak lelakinya, Aqeef Anaqi yang baru berusia 4 bulan.
Ads
Memiliki berat 45 kg sebelum itu dan mengalami pertambahan kepada 58 kg sepanjang kehamilan hingga bersalin tempohari membuatkan dirinya sedikit risau.
Dan bagi mendapatkan berat badan asal, Amyra akui terpaksa bersungguh-sungguh dan memaksa diri untuk memastikan stamina kekal cergas dan kembali mendapat tubuh langsing.
“Kita tak boleh nak skip makan kerana Aqeef menyusu badan. Jadi apa yang Myra lakukan adalah cuba mengawal perkara lain, misalnya selepas makan tidak terus minum air. Myra tahu kena berdisiplin kerana berazam untuk membuat ‘comeback’ setelah hampir setahun berehat dalam dunia lakonan.
“Anak juga sebenarnya menjadi faktor utama Myra cepat alami susut berat badan. Maklumlah Aqeef makin lama makin berat dan menguruskan keperluan dirinya setiap hari membuatkan Myra penat tetapi seronok ,” ujar Amyra ketika ditemui memperagakan koleksi Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton X Amyra Rosli di sebuah hotel di Putrajaya.
Menurut Amyra juga sejak dulu dia adalah antara selebriti yang begitu menjaga kecantikannya. Tidak mahu kulit jadi kusam dan tidak bermaya selepas melahirkan anak, Myra gunakan petua tertentu untuk kekal jelita.
Setelah mempunyai anak, perubahan paling ketara yang dia alami adalah masalah rambut gugur. Jadi untuk mengelak rambut terus gugur, Myra akan sentiasa melakukan ‘treatment’ bagi memastikan mahkotanya itu kekal sihat dan bersinar.
“Manakala untuk penjagaan badan pula, Myra gunakan cara detoks dengan minum air suam bercampur dengan lemon atau teh campur lemon setiap hari.
“Sama juga dengan masalah kulit, Myra jenis tak suka tidur dengan mekap. Jadi Myra akan kerap mencuci muka dan tidur dalam keadaan muka sudah bersih. Maksud kerap cuci ini bukanlah cuci dengan sabun tetapi lebih kepada cucian biasa.
“Bagi Myra jika tanpa penggunaan bahan ‘chemical’, kulit wajah Myra akan terasa lebih mudah untuk diurus,” jelasnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.
Selepas lama menanti kelahiran puteri sulung mereka, pasangan romantik Ernie Zakri dan juga Syamel bisa tersenyum lebar apabila cahaya mata mereka selamat dilahirkan semalam, 22 Februari 2022, pada jam 10.14 am.
Berita gembira itu dikongsikan oleh kedua-dua penyanyi popular itu menerusi laman Instagram mereka. Mengambil panggilan Daddy & Ibu untuk anak mereka nanti, pasangan itu memuat naik gambar tangan anak kecil mereka yang cukup comel dan gebu! Alahai, tak sabar nak lihat wajahnya!
Assalamualaikum, syukur alhamdulillah. Cinta hati Daddy & Ibu telah selamat dilahirkan pada 22.02.2022 pada jam 10.14 a.m tadi. Doakan kesihatan kami berdua.
Dalam masa yang sama juga, Syamel turut berkongsi rasa syukurnya menerusi laman Instagramnya dan meminta agar semua mendoakan kesihatan isterinya serta anaknya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan KakNinie dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya.
Sudah pasti berita gembira ini menjadi sebuah perkhabaran yang dinanti-nantikan oleh orang ramai terutamanya peminat Ernie dan Syamel. Ramai yang cukup teruja dengan gambar yang dimuatnaik oleh mereka berdua. Rakan-rakan selebriti juga turut sama mengucapkan tahniah. Ada juga yang sudah mengucapkan selamat berpantang kepada Ernie! Wah, cepat betul netizen ni!
Team Hijabista mengucapkan tahniah kepada pasangan romantik ini dan mendoakan agar puteri sulung mereka menjadi anak yang solehah dan memberi sebuah kebahagian dalam kehidupan mereka. InsyaAllah…Amin YRB..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebelum ini kecoh di media sosial gara-gara aksinya yang dikatakan ‘over’ dalam mempromosikan barangan bagi pihak klien. Malah sejak muncul di kaca TV dalam rancangan Motif Viral, instafamous ini dilihat semakin dikecam kerana aksinya yang agak keterlaluan. Walaupun mengakui dia menjadi diri sendiri dan tidak mahu seperti instafamous lain sebagai salah satu strategi pemasaran, tetapi ramai netizen yang tidak menyukai caranya itu. Dan baru-baru ini sekali lagi instafamous ini dikecam kerana dikatakan mempersendakakan agama dengan melakukan gaya solat yang dilbuat di sebuah tempat permainan ais.
Posting yang dimuat turut ini oleh pengguna laman sosial Hidayat Safuan di facebook ini mendapat komen dari netizen yang rata-rata juga tidak bersetuju dengan tindakan instafamous ini.
Video berkenaan yang dipaparkan juga mendapat tontonan hampir 600 ribu dan 3,463 butang ‘share’.
Ramai yang mendakwa dia sengaja mencipta sikap begitu kerana terlalu terdesak untuk cepat popular.
Perbuatannya itu juga dikatakan mempersendakan agama dan dianggap biadap.
Ada juga yang mengecam dirinya jika mahu popular buat cara lain, bukan bersifat sedemikian.
Netizen juga marah kerana instafamous ini memperbodohkan diri sendiri untuk popular dan tindakannya itu dikatakan memalukan wanita berhijab.
Ini pula nasihat yang bagus untuknya. Perlu jaga adab dan maruah sebagai seorang gadis bertudung.
Kulit yang anjal merupakan salah satu petanda bahawa anda memiliki kulit wajah yang sihat. Tidak semua individu bertuah untuk memiliki kulit wajah yang anjal. Jika anda tak tahu bagaimana cara untuk memiliki kulit yang anjal, cuba amalkan penggunaan masker pisang dan yogurt ini.
Pisang mempunyai kandungan potassium dan zat besi yang tinggi hingga mampu membuatkan kulit wajah anda lebih anjal dan tidak kusam. Manakala yogurt pula berfungsi sebagai pelembap pada kulit wajah anda. Jadi, kombinasi kedua-dua bahan ini boleh membantu meningkatkan kolagen pada kulit anda.
Justeru, team HIJABISTA berkesempatan menemubual personaliti dan penyampai radio Era, Munaa Bella Mohamad dan beliau telah berkongsi beberapa tip agar solekan bebas luntur, tahan lebih lama dan kekal 'on-point' meski panas, mahupun ribut taufan melanda!