“Keluarga saya sangat menyokong terutama ibu. Ibu mempunyai beberapa kebimbangan namun saya nampak kepercayaannya terhadap saya. Ibu dan salah seorang kakak saya juga memakai tudung.
“Saya mula memakai tudung sejak berumur 12 tahun kerana ingin kelihatan manis seperti ibu. Ketika itu saya rasa seperti seorang gadis dewasa yang cantik.
“Lama kelamaan, bertudung menjadi sebahagian daripada hidup saya. Walaupun ia bukan keseluruhan identiti saya, tetapi ia adalah bahagian penting.
“Saya tidak rasa mencabar untuk menjadi model bertudung. Saya telah bertemu dengan beberapa orang yang paling baik dalam industri ini. Mereka menghormati pilihan saya, dan saya juga menghormati pilihan mereka.”
Adan turut berpendapat, kebanyakan hijabi mempunyai tanggapan yang salah tentang tudung.
Antara tanggapan salah yang sering diterima, “Adakah anda mandi dengan tudung?” “Adakah anda dipaksa oleh ibu bapa untuk bertudung?” “Adakah anda dibenarkan melakukan ini atau itu?”
Adakalanya Adan terpaksa menjawab “Ya, saya mandi di dalamnya!” Menurut Adan, kebanyakan orang takut untuk bertanya dan bercakap mengenainya walaupun mereka benar-benar ingin tahu.
Kini, segala tanggapan mulai berubah. Lihat sahaja supermodel berhijab, Halima Aden yang memiliki aura luar biasa termasuklah vlogger dan blogger hijabi yang terkenal di media sosial.
Umum mengetahui Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Rihana Oksana Petra. Dan Ramadan lalu pasangan ini telah selamat dikurniakan putera sulung sebagai penyeri rumahtangga yang baru dibina.
Berita gembira itu dikongsi sendiri menerusi Instagram (IG) Oksana @rihanapetra dan memaklumkan bayi diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra itu dilahirkan pada 21 Mei 2019.
Akaun Instagram ini baru saja dibuka pada 4 Jun lalu dan telah mengumpul pengikut 193K dan bertambah dari hari ke hari, walaupun baru dua minggu di media sosial. Oksana juga turut muat turun foto lain bersama Sultan Muhammad V.
Malah sempena sambutan Syawal lalu juga, Rihana Oksana Petra telah muat turut fotonya yang lengkap menyarung baju kurung serta mengenakan hijab rona sedondon.
Dalam kapsyen yang ditulis beliau mengucapkan selamat hari raya kepada semua dengan ucapan memohon agar segala ibadah dan doa diterima Allah. Dan tidak lupa semoga Tuhan mempertingkatkan iman kita.
Selamat Hari Raya!
May Allah accept our Prayers, our Fast, our Ibadeh and our Dua and Insha’Allah increases our Iman. Eid Mubarak to You and Your Loved Ones!
Foto berkenaan telah mencuri perhatian netizen dan penampilannya yang menutup aurat telah mendapat pujian ramai. Memang cantik dan manis sekali penampilan isteri kesayangan Sultan Muhammad V ini.
Pasti ramai yang teruja dengan keluaran kali ini, Pandora bekerjasama dengan Marvel Cinematic Universe Disney mengeluarkan barang kemas yang diilhamkan oleh wira ikonik pada Februari 2022.
Marvel memperkasakan kelengkapan peminat super Avengers dengan koleksi barang kemas baharu. Francais blockbuster telah bekerjasama dengan Pandora dalam koleksi gelang dan rantai yang memanfaatkan watak ikonik MCU dan simbol adiwira mereka.
Tiba masanya untuk mengumpulkan wira anda dalam bentuk barang kemas ketika Pandora mengumumkan kerjasama baharunya yang menarik dengan Marvel Cinematic Universe. Masuki dunia wira yang penuh aksi, temui kekuatan mereka dan bersedia untuk menyalurkan semangat pengembaraan dengan koleksi MARVEL x Pandora yang pertama, yang dilancarkan pada 17 Februari 2022.
Alam semesta yang penuh dengan aspirasi, impian dan tindakan, MARVEL x Pandora diilhamkan oleh watak ikonik dari Universe MARVEL yang mengajar kita bahawa wira sebenar menggunakan kekuatan mereka.
Koleksi ini menampilkan azimat yang mewakili setiap The Avengers dengan reka bentuk yang sangat rumit yang melambangkan kedua-dua keperibadian dan nilai mereka. Bekerja rapat dengan artis MARVEL untuk benar-benar menangkap maksud setiap wira, ketukangan dan penggunaan logam, tekstur dan kerja enamel yang sangat terperinci Pandora secara realistik mencipta semula sut wira serupa dengan yang sebenar, sementara ukiran frasa tandatangan setiap watak merangkum kekuatan mereka dalam hanya beberapa perkataan.
Filippo Ficarelli dan Francesco Terzo, Pengarah Kreatif Pandora, mengulas, “Kami terpesona dengan kepahlawanan, kekuatan dan kelemahan The Avengers. Wira ini menggalakkan kita menggunakan suara kita dan memanfaatkan kuasa kita, tanpa menyembunyikan kelemahan, untuk mencipta dunia yang kita mahu lihat. Meraikan apa yang anda perjuangkan dan menyuarakan perkara yang anda suka adalah perkara yang menghubungkan alam semesta Marvel dan Pandora.”
Untuk meraikan kerjasama dan pelancaran koleksi, Pandora membawa pengalaman digital baharu yang menarik kepada kehidupan yang akan menyediakan cara inovatif untuk berhubung dengan dunia mengumpul azimat Pandora dan Marvel Cinematic Universe yang legenda. Dalam cabaran mengasyikkan yang diilhamkan oleh filem ikonik ini, peminat mesti mengumpulkan pasukan wira untuk menjalankan misi pelbagai peringkat untuk menyelamatkan alam semesta. Nyatakan rasa cinta anda terhadap alam semesta MARVEL dan tunjukkan kepada dunia perkara yang anda perjuangkan dengan koleksi MARVEL x Pandora. Pandora percaya pada wira, adakah anda?
Potongan disiapkan dengan batu zirkonia padu berkilauan dan diukir dengan moto watak-watak, fikirkan ““Wakanda forever!”untuk Black Panther, “Hulk smash!”untuk alter ego Bruce Banner, “Actually, I can” untuk Natasha Romanoff dan “Find your power” untuk Tony Stark.Cincin Infinity Stones bersalut emas (dihiasi dengan pelangi enam permata) diukir dengan kuasa yang dicari, dan Arc Reactor selesai dengan wira jutawan dan kata-kata menyentuh anak perempuannya (“I love you 3000”).
Untuk melihat koleksi penuh dan memuat turun imej resolusi tinggi, anda boleh melayari laman sesawang dan media sosial Pandora. Boleh juga dimiliki di semua butik Pandora. Nah apa lagi rugi tidk memiliknya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita dan beg tangan memang sukar untuk dipisahkan. Malah tidak lengkap penampilan seseorang itu tanpa adanya beg tangan yang jadi peneman setia setiap wanita. Namun begitu setiap beg tangan itu tidak kira kecil atau besar ada pantang lantang tersendiri. Menurut selebriti popular yang sentiasa bergaya ‘on point’ Rozita Che Wan berkongsi tip pantang larang yang tak boleh dibuat pada beg tangan kita.
Posting ini dimuat turun adalah rentetan dari perkongsian terdahulu iaitu tip bagaimana mahu memilih beg tangan bersesuaian bagi seseorang wanita itu.
Menurut Che Ta juga tip yang diberikan ini ini nampak tidak begitu penting tetapi sebenarnya menjadi panduan kepada wanita di luar sana berdasarkan pengalamannya yang memang sinonim bergaya dengan beg.
Jika dilihat wanita tinggi lampai ini cukup bijak mix and match busana dengan beg yang digayakan mengikut majlis dihadiri.
PANTANG LARANG YG “HARAM” DIBUAT KEPADA HANDBAG KITA!
1. HARAM SIMPAN HANDBAG DALAM PLASTIK!
Beg sampah.. Beg plastic jenama Nobita ke, yg dpt dari supermarket tu ke.. NO NO NO… NO WAY! Tau x sbb apa? Sbb, beg plastik akan memerangkap lembapan.. Ini blh mengakibatkan kulat! Takkan nk pakai handbag yg berkulat kan? Eeww..
2. JGN SESEKALI MELETAKKAN HANDBAG DI BWH LANTAI…
Ini bukan isu merendahkan martabat handbag uolls.. Tp ini isu kebersihan! Lantai tu, kita blom tau lg apa jenis kuman/bakteria yg ada.. Mungkin bakteria plg berbahaya sdg bergolek-golek keriangan kt situ.. Takut2 nnt, ia melekat pada handbag uolls.. Seterusnya mampu menjangkiti uolls sekeluarga!
Hati kalau x diisi dgn iman pasti rapuh.. Sama juga handbag..Jgn sesekali simpan dlm keadaan handbag kosong.. Letakkan suratkhabar, atau bahan2 asal yg ada dlm handbag masa uolls baru beli.. Ini bg mengekalkan handbag pada bentuk asal dan kekal nmpk seperti baru!
4. ELAKKAN HANDBAG TERKENA MATAHARI UTK TEMPOH LAMA
Kulit handbag kita bkn mcm kulit kita.. Mereka x perlukan Vitamin C! Kalau dibiarkan terdedah pada matahari/cahaya secara terus menerus, mampu memudarkan warna handbag.. Rugi sgt nnt.. Dah pudar, malu lah nk tunjuk kat orang.. Kan? Huhuhu…
Uolls kena kenal jenis handbag uolls ok! Kena tahu.. Leather ke.. Pvc ke.. PU ke.. Kena ambil tahu.. Very important.. Sebabnya.. Setiap jenis material ni, memerlukan penjagaan yg berbeza.. Tak boleh dilayan sama semuanya.. Ada yg memerlukan extra care.. Ada yg perlu dicuci.. Ada juga yg jenis manja.. Ada juga yg jenis x perlukan perhatian sgt.. Jadi JANGAN layan semuanya sama.. Ok?
6. PEGANG HANDBAG DGN TANGAN KOTOR
Mmg betul.. Ni handbag uolls.. Nk pegang mcm mana pun.. Terpulang pada uolls.. Tp my advice.. Pegang dgn tangan bersih.. Sbb, kita mesti taknak bakteria berkumpul di handbag kita, btl tak? Nanti bakteria2 tu berjumpa, berkawan, lepas tu bergabung, blh menghasilkan satu kumpulan bakteria yg ganas! Kalau ada anak kecil, baby tu main gigit2 pula handbag kita, ahh sudah! .
Org perempuan, handbag beli banyak2.. Lepas tu terbiar jer.. Uolls kena simpan dalam kain pelindung.. Biasanya dpt sekali masa beli handbag.. Pastikan bertutup (Jgn tutup dgn plastic).. Ini utk mengelakkan handbag tu dari berhabuk dan debu bermastautin di luar dan dalam handbag kita… Dan juga utk elakkan dari dicakar kucing!
Sebelum itu Che Ta juga turut berkongsi memilih beg tangan yang ramai tak tahu, juga berdasarkan pengalamannya sebelum ini.
Harini, i nk share dgn uolls tips2 plg penting, bila nk membeli handbag.. Tips ni i ambil dari pengalaman sndiri tau..
1. MAJLIS Uolls semua kna tahu, bag ni nk guna utk majlis apa, atau nk bawa ke mana.. Bkn apa, takut x sesuai.. Kalau ke wedding, majlis harijadi atau keluar brjalan-jalan, pilih yg sedikit elegan dan brkulit lebih lembut.. Warna2 yg sesuai spt hitam, hijau, warna nude atau yg sesuai mengikut tema and baju uolls…
2. WARNA Hitam, nude dan coklat adalah warna plg ‘universal’ dan plg sng match dgn byk baju.. Tp kalau nak kelainan, blh pilih warna spt hijau, pink atau warna2 terang.. I sendiri, suka warna2 yg simple.. Kdg2 je guna warna meriah2 ni.. Hehe...
3. BENTUK BADAN Yg ni sgt penting.. Handbag cantik tp klau x kena dgn bentuk bdn, x jadi jgak! Kalau 6 kaki ke bwh, disarankan gna handbag yg x trlalu besar.. Takut nnt nmpk mcm bwk peti ice pulak.. Hehe.. Besar sedikit tak mengap, tp jgn ‘oversize’! Yg tinggi pulak, jgn guna handbag yg trlalu kecil tau..
4. HARGA Penting ikut kemampuan.. Mmg lah, best kan kalau blh pakai LV, Chanel, Bottega dan semua brand2 ganas tu.. Tp, byk jugak brand yg baru dan kurang terkenal, tetapi ada kualiti yg sgt baik.. .
5. KUALITI Yg mahal, tak semestinya bagus.. Yg bagus, tak semestinya mahal.. Kan? Jadi penting utk uolls pilih kualiti.. Tgk cara jahitan, tgk material yg digunakan.. Yg penting, baca review dan testimoni berkenaan jenama/model handbag tersebut…
6. DESIGN HANDBAG Inilah faktor plg utama sebenarnya.. Sbb benda pertama yg kita nmpk adalah, design bag itu sendiri.. Betul tak? So sgt penting uolls pilih design yg trendy, modern dan evergreen.. Supaya blh guna utk tempoh yg lama, dan tak nmpk ketinggalan.. .
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.