Skin barrier mempunyai fungsi menjaga kelembapan dan mencegah kekeringan kulit. Ini adalah lapisan kulit paling luar yang sering disebut stratum corneum. Skin barrier mempunyai fungsi menjaga kelembapan dan mencegah kekeringan kulit.

Skin barrier juga membantu melindungi kulit daripada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit wajah. Namun bagaimana jika skin barrier ini mengalami kerosakan? Berikut perkongsian Fyza Shah

Photo by Maria Orlova from Pexels

 

Kerosakan skin barrier berlaku apabila kulit wajah rasa gatal-gatal, pedih dan tidak selesa. Kadang-kadang rasa seperti panas sensasi terbakar pun ada. Ada masanya kulit kering, ketat, bersisik merekah, bergilir- gilir dengan lekit berminyak.

Kulit akan kelihatan kusam dan rasa kasar. Selalunya masalah ini bukanlah disebabkan masalah skincare atau produk. Tapi secara asasnya, skin barrier iaitu lapisan kulit paling atas kulit, sudah terganggu teruk.

Skin barrier ini terletak pada stratum corneum iaitu lapisan lemak yang berfungsi untuk menghalang kehilangan air di bawah kulit, mengelakkan pelbagai serangan luar dari persekitaran masuk ke dalam epidermis.

Berikut 9 Tanda , Punca Dan Cara Pulihkan Skin Barrier yang anda perlu ambil tahu. Penting mesti ambil tahu supaya jangan salah pilih produk perawatan kulit wajah. Tindakan ‘try and error’ hanya akan merosakkan kulit wajah sahaja.

SEMBILAN TANDA SKIN BARRIER ANDA BERMASALAH

Kulit terasa kering, ketat, tegang dan gatal-gatal. Ada kala nampak berkedut-kedut kulit. Kadang- kadang hendak senyum pun rasa sakit dan pedih. Apabila kulit  sudah terlampau kering, tiada sebum/minyak semula jadi dihasilkan sebagai pelincir kulit.

Apabila kulit disentuh dengan jari, kulit terasa kasar seperti kertas pasir. Ini juga menandakan kulit tidak sihat. Kulit kasar lama-kelamaan akan breakout.

Paling tidak selesa apabila rasa melekit -lekit, berlengas pada kulit wajah. Wajah jadi berkilat-kilat sebab terlalu banyak minyak. Jangan tertipu, kulit berminyak memberi tanda lapisan bawah kulit kering sudah tersangat kering. Tiada air yang melembapkan kulit.
Ini salah satu faktor kenapa kulit kita jadi banyak jerawat, jerawat on off terlalu lama.

Dua dalam satu. Tetap menandakan kulit dehydrated atau tidak cukup air. Sebab itulah kulit jadi berubah-ubah sampai hingga kita sendiri tidak faham kulit sendiri yang dulu kering kini jadi berminyak.

Muka banyak jerawat tidak kira level mild atau moderate itu menunjukkan skin barrier sudah rosak dan sudah terganggu. Semak semula rutin perawatan wajah dan juga pemakanan kita. Kalau tidak, ia boleh jadi severe acne. Sangat teruk.

IKLAN

Ini paling banyak berlaku dan ia membuatkan kita rasa tidak selesa. Kulit nipis dan apabila terkena sinaran matahari, kulit rasa seperti terbakar. Cuci muka sikit sudah mula rasa pedih.

Sebenarnya skin barrier sudah pun rosak. Jadi apa-apa sahaja faktor luaran sekali pun cuaca panas lembap, kulit mudah memberi reaksi, cepat teriritasi. Kulit tidak kebal hendak ‘lawan’ unsur-unsur luar yang boleh merosakkan kulit wajah.

Kulit akan jadi kusam apabila kulit kering dan terlalu berminyak. Kulit jadi tidak bermaya. Solekan tebal pun tidak mampu mengatasinya. Tektur kulit pun tidak licin, mekap cepat merekah. Kulit kusam memang tanda skin barrier kita bermasalah. Mesti cari solusi.

Jeragat, bintik hitam juga menandakan skin barrier kita rosak. Jadi elak jeragat berterusan. Fokus jaga skin barrier.

Apabila kulit gatal-gatal, mungkin ada jangkitan kuman. Tidak kiralah daripada bakteria, virus, kulat atau kutu. Apabila skin barrier sudah rosak, makhluk halus ini mudah hendak masuk dan membiak dalam kulit. Melarat- larat masalah kulit selepas itu.

SEMBILAN PUNCA SKIN BARRIER ROSAK

Cuaca panas akan meningkatkan penghasilan minyak berlebihan. Cuaca sejuk menyebabkan kulit jadi lebih kering. kedua-dua keadaan ini menyebabkan kulit hilang lembapan semula jadi. Kulit tidak cukup hydration, skin barrier terus terjejas.

Pendedahan terlalu lama di bawah sinar UV akan merosakkan lapisan barrier kita.
UVB akan matikan kuman-kuman baik, menggalakkan jeragat naik dan kulit terbakar kemerah-kemerahan. UVA akan memusnahkan kolagen dalam dermis. Kulit cepat nampak tua, sel sel mudah termutasi dan risiko kancer kulit.

IKLAN

Ramai suka memcuci muka berbuih banyak sebab rasa kepuasan. Sebenarnya ia tidak bagus untuk kulit wajah. Lagi banyak buih, lagi tinggi alkali. Lagi tinggi alkali, lagi kering kulit dan merosakkan lapisan barrier.

Asap rokok dan kenderaan, bahan kimia yang dibebaskan dari persekitaran kerja, udara yang tercemar dengan asap kilang, pesticides pun akan menjejaskan skin barrier.
Air yang tinggi klorin, kita mandi cuci muka kemudian rasa gatal-gatal juga antara faktornya. Lama-kelamaan skin barrier jadi rosak.

Perbuatan mencuci kulit wajah terterlalu kerap juga boleh merosakkan skin barrier kulit wajah. Lagi kerap cuci muka, lagi banyak sebum pada lapisan barrier terhakis. Elakkan perbuatan terlebih mencuci wajah ya!

Krim steroid biasanya digunakan untuk masalah kulit gatal-gatal. Walau bagaimanapun kesan untuk jangka panjang, kulit akan semakin nipis. Kulit akan jadi memerah, semakin gatal dan panas terbakar.

Stres, berada dalam tekanan, sering marah-marah, moody 24 jam pun akan ganggu integriti lapisan barrier kita. Oleh itu anda perlu bijak menguruskan kesihatan mental anda.

Penyakit genetik seperti ekzema, masalah kulit gatal, merah-merah, meradang, biasanya gangguan skin barrier jadi rosak. Mungkin anda boleh buat ‘genetic screening’. Perlu rujuk pada yang lebih pakar.

IKLAN

Alahan pada kuman dan bahan pencemaran juga antara penyebab berlakunya kerosakan pada skin barrier.

 TUJUH CARA PULIHKAN SKIN BARRIER

Semak semula pencuci muka yang digunakan sama ada berbuih banyak atau tidak, ada Sodium Laurel Sulfates atau tidak. Kalau ada, sila berlapang dada untuk letak dalam bakul sampah. Hal ini kerana lagi lama kita guna, lagi rosak lapisan barrier. Carilah pencuci wajah tanpa SLS, SLES. Tanpa paraben dan alkohol.

Kita selalu fokus nak kulit putih sepuh 7 hari , glowing macam mozek. Yang itu sah sah lapisan barrier dah takde . Sebab dah terhakis dengan bahan berbahaya. Bila kita fokus jaga Hydration, seri kulit sihat tu datang sendiri. Sendiri tengok pun seronok Dan bahagia. Mesti banyakkan pelembap.

Masih ramai yang tidak kisah tentang ‘sunprotector’ sedangkan ia adalah asas perawatan kecantikan wajah. Penyebab kulit rosak teruk juga adalah matahari. Untuk kesan jangka panjang, macam-macam kesan teruk yang akan berlaku jika kita tidak memakai sunprotector.

Sewaktu kulit sedang mengalami alahan seperti merah, gatal dan banyak jerawat, elakkan daripada menggosok-gosok kulit wajah dengan skrub. Kulit wajah belum sedia lagi untuk perawatan skrub.

Sehari dua Kali sudah cukup. Pagi dan malam sahaja.

Paraben, alkohol, essential oil, fragrance, AHA yang tinggi juga boleh menambah luka kulit yang sudah sedia sensitif. Jadi elakkan dahulu. Cari bahan yang lebih ringan, lebih menenangkan kulit kita.

Kembali kepada asas perawatan kulit wajah. Cuci wajah, segarkan kulit wajah, lembapkan kulit wajah dan lindungi dari sinaran UV. Nampak ringkas, tapi skin Barrier jadi kuat apabila kita kuatkan tiga langkah ini.

HIJABISTA: Tidak mengapa cerewet ketika memilih produk perawatan. Hal ini kerana jika tersalah pilih, kulit wajah akan menerima kesannya. Jika masalah kulit wajah terus berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mengatasinya dengan segera bagi mengelakkan masalah kulit menjadi lebih teruk.

Sumber kredit: Fyza Shah Top image: Photo by Anna Tara from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI