Kita mesti biasa dengar mengenai kes scammer yang menyamar menjadi orang lain di media sosial bukan? Selalunya mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan menggunakan gambar sesiapa saja yang mereka mahu lalu melakukan tipu helah mereka bagi memperdayakan mangsa yang diingini.
Bagi mengelakkan gambar kita daripada dicuri dan disalah guna, anda bolehlah mengikuti cara yang dikongsikan oleh Arisya Adam ini di Facebook.
dan yang penting kurangkan gambar selfie, gambar keluarga dan yang sangat merisaukan adalah gambar anak-anak..apa lagi gambar seksi menyeksa dalam media sosial..
Kita boleh guard picture profile tapi kat timeline tu sendiri kena control la..
ya memang kita nak share life kita tapi kalau bakal memudaratkan diri sendiri seelokknya kita berhati-hatilah.
Ni adalah salah satu cara tuk protect gambar profile kita ( tak boleh download/screenshot) ..tapi kalau rasa boleh di screen shot juga.. letak la watermark sebesar alam..
Moga perkongsian ini dapat membantu anda di luar sana. Setidak-tidaknya inilah yang boleh kita lakukan bagi membendung masalah ini. Selamat mencuba sis!
Filem SONIC THE HEDGEHOG 2 bakal mengakhiri penantian anda yang sudah tidak sabar menantikan filem sekuel ini. Bermula sebagai permainan video, karakter Sonic terus menjadi ikon yang digemari ramai dari dahulu hinggalah kini.
Landak biru kegemaran dunia ini kembali untuk pengembaraan peringkat seterusnya dalam SONIC THE HEDGEHOG 2. Selepas menetap di Green Hills, Sonic tidak sabar-sabar untuk membuktikan dia mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi wira sejati.
Ujian dan cabarannya datang apabila Dr. Robotnik kembali, kali ini dengan rakan kongsi baharu iaitu Knuckles bagi mencari zamrud yang mempunyai kuasa untuk memusnahkan tamadun.
Sonic bekerjasama dengan rakan karibnya sendiri, Tails dan mereka bersama-sama memulakan perjalanan menjelajah dunia untuk mencari zamrud tersebut sebelum jatuh ke tangan yang salah.
Dihasilkan oleh pembikin filem The Fast and the Furious dan Deadpool, SONIC THE HEDGEHOG 2 dibintangi James Marsden, Ben Schwartz sebagai Sonic, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Adam Pally, Lee Majdoub dan semestinya Jim Carrey bersama tambahan baharu speerti Shemar Moore, Idris Elba sebagai Knuckles dan Colleen O’Shaughnessey sebagai Tails.
Jika anda mahu menjadi yang terawal menyaksikannya, jangan lupa jawab sahaja soalan mudah di bawah untuk memenangi pas eksklusif ke tayangan perdana SONIC THE HEDGEHOG 2 bersama Hijabista!
SIAPA CEPAT DIA DAPAT!
Tarikh : 13 April 2022 (Rabu)
Tempat : GSC, The Starling Mall
Masa : 8.30 malam
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan mudah untuk seseorang itu berjaya dalam hidup. Pelbagai dugaan diberikan Tuhan, malah ada terpaksa bangkit dua kali sebelum meraih kejayaan paling manis. Begitu juga pengalaman penyanyi Siti Nordiana yang turut berdepan 1001 pengalaman sebelum diberi peluang kedua sebagai seorang penyanyi. Siapa sangka dia yang mesra dipanggil Nana pernah berputus asa dengan kerjaya seninya dan mengambil keputusan berniaga di pasar malam. Bukan itu sahaja, menurut pelantun lagi Terus Mencintai ini dia juga pernah bergaya seksi semata-mata untuk pelancaran lagu, namun semuanya serba tidak menjadi.
Menurur Nana kepada Sinar Hiburan Online memang dia hampir beputus asa ketika itu kerana segala yang dibuat serba tidak menjadi.
“Waktu itu saya rasakan sudah tidak ada ruang buat saya dalam industri ini. Saya tekad berniaga pasar malam dan di bawah-bawah flat untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya ketika ditemui dalam satu sidang media di Putrajaya.
Menurut Nana lagi, dia turut berkongsi kisah sisi kehidupannya sebelum ini menerusi buku berjudul Life Goes On.
“Saya harap apa yang saya ceritakan dapat memberi inspirasi kepada wanita yang senasib dengan saya. Apa yang mereka perlu lakukan apabila berasa putus asa dengan kehidupan,” ujarnya yang turut mendapat reaksi positif daripada pembaca yang sudah membaca buku berkenaan.
Malah, katanya, ramai yang memberi mesej peribadi berkongsi kisah yang sama.
“Ada yang sudah beli dan mesej saya berkongsi kisah mereka pula. Ada yang minta pandangan dan mendapat manfaat daripada kisah saya itu,” ujarnya yang turut berkongsi foto-foto peribadinya yang tidak pernah dimuat naik di laman buku berkenaan.
Bapa kepada pelakon, Nad Zainal sudah menerima sejumlah wang hampir mencecah RM 44,000 hasil kutipan ‘derma kilat’ yang dilakukan oleh rakan artis dan orang awam baru-baru ini.
Tabung berkenaan bertujuan untuk membantu menampung kos rawatan Nad yang masih di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri akibat pendarahan dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad menerusi hantaran Instagram Story, miliknya berhubung ‘Tabung Kecemasan Nad Zainal’ itu kini telah dihentikan serta merta, dengan jumlah terkumpul setakat RM43,987.50.
Menurut Sherry lagi, kesemua hasil kutipan dari sumbangan itu kini sudah disalurkan sepenuhnya ke akaun bapa Nad, Zainal Abidin.
“Salam semua, mewakili ibu bapa Nad, kami ucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan daripada rakan industri yang menghulurkan bantuan ketika sahabat kita memerlukan.
“Sumbangan diterima daripada rakan artis, sahabat, guru dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), produser televisyen (TV), rakan media, industri fesyen, tata rias dan peminat.
“Sumbangan sebanyak RM43,987.50 sudah disalurkan kepada ayah Nad untuk urusan pembayaran bil hospital,” katanya.
Sherry turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih, kepada yang telah memberikan sumbangan dan prihatin terhadap nasib yang menimpa pelakon jelita, Nad Zainal yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu.
“Terima kasih kepada semua atas doa dan sumbangan kepada sahabat kita.
“Semoga semua usaha kita dipermudahkan dan semoga sahabat kita kembali sihat,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Sherry tidak memaklumkan berhubung sebarang perkembangan terkini Nad ketika ini.
Untuk rekod, sebelum ini Hijabista ada melaporkan bahawa pelakon utama drama Cina Buta, Nad Zainal telah mulai sembuh apabila tidak lagi bergantung pada mesin oksigen.
Namun kemudian, Hijabista menerima perkhabaran bahawa Nad terpaksa ditidurkan semula oleh doktor pada 2 Disember lalu, kerana paru-paru masih lemah dan belum stabil untuk bernafas sendiri tanpa sebarang sokongan.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.