Pertama di dunia, jenama tudung bawal terkenal iaitu Bawal Exclusive mempersembahkan sehelai tudung termahal di muka bumi Tuhan yang bernilai RM 100,000 bersempena dengan pembukaan Private Lounge Bawal Exclusive yang akan dibuka dalam tempoh terdekat ini di Puchong, Selangor.
Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah insan bertuah yang akan membeli dan memiliki tudung ini. Sebenarnya,tudung ini merupakan pemberian khas daripada Swarovski kepada Bawal Exclusive sebagai tanda penghargaan kerana telah menjadi antara pemborong terbesar di dunia sejak dari dahulu lagi selain meraikan ulang tahun Swarovski yang ke 125 tahun.
Ads
Menariknya, tudung yang direka oleh pengasas Bawal Exclusive, Hasliza Maysuri dan Mohd Rosli Awang ini telah mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal yang pernah dihasilkan di dunia.
Ads
Tudung berdiameter 1.14 meter x 1.14 meter ini telah ditaburi 7,512 batuan kristal Swarovski dan mengambil masa selama 320 jam untuk disiapkan oleh 12 orang pekerja Swarovski di Austria. Rekaan yang melatari tudung ini merupakan idea Hasliza sendiri dan telah direalisasikan oleh Austria Swarovski Head of Design Team.
Ads
Jelas Hasliza, menerusi pelancaran tudung dan butik mewah terbaharunya, ia melambangkan bahawa peniaga Islam juga mampu berjaya dan berdiri bersama jenama lain.
Tambahnya lagi, tudung itu tidak akan dijual kepada mana-mana pihak dan akan dijadikan bahan pameran di butik baharunya yang dijangka dilancarkan pada 1 September ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika tidak tahu fesyen apa untuk digayakan pada hari raya nanti, apa kata anda mix and match baju yang ada kerana dengan sedikit sentuhan mampu menampilkan gaya lebih menawan.
Paling tidak pun sesuaikan baju dengan warna hijab supaya tidak kelihatan sama dengan yang digayakan sebelum ini.
Seorang pengguna laman facebook, PUAN MARY yang juga merupakan seorang guru imej telah memberi tip padanan warna yang bersesuaian untuk digayakan pada hari raya.
Meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari raya tetap perlu diraikan sebagai tanda kemenangan selepas sebulan berpuasa.
Idea padanan ini adalah untuk membantu anda semua tampil lebih anggun dan elegan.
Pemilihan pakaian dan kombinasi warna yang sesuai sangat penting supaya kita tampil lebih menarik.
Padanan warna yang tepat akan mewujudkan keserasian warna tudung dan baju.
Setiap daripada kita mempunyai raut wajah berbeza. Ada yang dianugerahkan wajah tirus, lonjong dan juga berpipi tembam. Bagi yang berwajah sempurna pasti tiada masalah untuk menggayakan apa juga hijab yang bersesuaian.
Ada juga yang tiada masalah bentuk muka tetapi mempunyai dahi yang luas dan lebih sinonim di panggil ‘jendul’. Namun sesetengah hijabi tiada masalah untuk menampakkan sebahagian dahi dan ada juga masih kusut untuk mencari yang sesuai. Jom kita lihat tip menggayakan hijab mengikut raut wajah masing-masing.
Bagi wanita yang mempunyai bentuk muka seperti ini, anda sememangnya bertuah kerana mampu menggayakan hampir kesemua fesyen tudung. Tidak kiralah selendang, tudung bawal, tudung syria ataupun tudung awning, semuanya akan kelihatan cantik apabila anda pakai. Bentuk muka ini bercirikan jarak rahang, pelipis, tinggi kening dan panjang dagu yang seimbang. Sekiranya anda adalah salah seorang yang memiliki bentuk wajah seperti ini, jangan lepaskan anugerah berharga ini untuk bergaya dengan fesyen tudung terkini!
Wanita yang mempunyai bentuk muka ini dicirikan dengan jarak dahi ke dagu adalah sama dengan jarak kedua pelipis, dan juga tulang rahang yang ‘tertimbun’ di bahagian pipi. Ataupun dengan lebih mudah adalah mereka yang tembam ataupun berisi di pipi. Sekiranya anda mempunyai bentuk wajah seperti ini, terdapat beberapa tip untuk memakai tudung yang sesuai iaitu:
Jika anda lebih gemar memakai tudung awning
Pastikan potongan tepinya tidak melepasi tulang pipi. Ini adalah untuk mengelakkan daripada wajah anda tertutup. Selain itu, pastikan jahitan awning tersebut panjang sehingga menghampiri tulang pipi. Jika anda memilih awning yang pendek, ia akan menonjolkan pipi anda yang tembam. Ingat tu!
Apabila anda memilih untuk memakai selendang
Gunakan cekak yang lembut sebelum memakai anak tudung. Pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang lebih anjal untuk membantu mengurangkan visual ukuran kepala.
Sama seperti wanita dengan bentuk muka bujur, bentuk muka yang panjang juga turut menjadi idaman dan pilihan wanita. Ia dicirikan dengan bahagian dagu yang panjang. Jika anda mempunyai bentuk muka seperti ini dan bijak dalam menggayakan tudung yang dipakai, mungkin orang lain akan menyangka anda memiliki bentuk muka yang bujur. Tip utamanya adalah dengan memfokuskan kepada bahagian atas tudung.
Ciri utama wanita dengan bentuk wajah seperti ini adalah dagu yang panjang dan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan pangkal rahang. Sekiranya anda mempunyai bentuk muka seperti ini, ikuti tip berikut agar tudung yang dikenakan kelihatan lebih menarik dan sekali gus menjadikan diri anda kelihatan lebih menawan.
Antara tip-tip yang perlu diketahui adalah:
Mereka dengan bentuk wajah petak boleh dilihat pada pangkal rahang dan tulang rahang yang lebar dan kawasan dagu yang kelihatan rata. Sekiranya anda tergolong dalam bentuk wajah seperti ini, fokus utama apabila memakai tudung adalah untuk menyembunyikan bahagian rahang yang menonjol itu.
Mari lihat tip memakai tudung untuk bentuk muka ini:
Pengetahuan untuk mengenali bentuk muka serta gaya dan jenis tudung yang bersesuaian amatlah penting. Sekiranya anda mengenali bentuk muka dan bijak memilih jenis tudung yang bersesuaian, sudah pasti penampilan harian anda kelihatan lebih menarik dan cantik.
Malah, kesan positif seperti tahap keyakinan juga pasti akan meningkat. Anda juga akan kekal ceria, yakin dan bersemangat sebagai seorang fesyenista Muslimah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kedutan pada shawl pastinya membuatkan lilitan shawl menjadi tidak menarik. Shawl yang berkedut tentunya menjadikan hari-hari hijabi jadi tidak ‘bermakna’. Bagi memastikan penampilan sentiasa menarik, lilitan shawl mesti selalu ‘on point’ terutama ketika melancong.
Jangan panik kalau terlupa bawa seterika. Sebenarnya pengering rambut fungsinya bukan sekadar hanya untuk mengeringkan rambut semata-mata. Kalau kita pergi melancong dan menginap di hotel, jika pihak hotel tidak menyediakan seterika di bilik, jangan bimbang. Anda boleh menggunakan pengering rambut sebagai medium untuk menggosok shawl.
CARA MENGGUNAKAN PENGERING RAMBUT UNTUK MENGGOSOK SHAWL
1.Gantung shawl di tempat tinggi atau atau boleh juga disangkut pada penyangkut baju.
2. Mulakan dengan suhu yang rendah kemudian bolehlah dinaikkan sedikit demi sedikit.
3. Semasa proses ‘menggosok’ shawl buat gerakan turun-naik bagi menghilangkan kedutan pada shawl.
4. Elakkan daripada tertumpu menggosok shawl pada satu-satu bahagian sahaja bagi mengelakkan kerosakan pada shawl yang digosok.
5. Selaraskan ‘speed’ pengering rambut agar tidak terlalu panas mengikut jenis fabrik.
Selepas ini tiada masalah hendak gosok shawl kalau lupa bawa seterika atau memang tiada seterika di hotel. Pengering rambutlah penyelamatnya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.