Pengambilan ais sering dielak terutama bagi mereka yang imenjaga kecantikan dalaman dan luaran. Ramai yang beranggapan pengambilan air boleh memberikan kesan dalaman pada anggota badan seperti punca masalah perut buncit, melesukan tubuh dan sebagainya.

Dari sudut lain, penggunaan ais mampu menjadi satu terapi dan mempunyai banyak manfaat terutamanya kepada fungsi tubuh badan. Amalan merendamkan kaki dalam ais banyak membantu merekan penyakit sakit kepala, sakit badan, lesu, minor strok, sakit urat, tidak lena tidur malam dan gout.

Jika badan terasa ‘berat’ dan lelah, cubalah rendam kaki anda dalam ais. Pasti ia memberikan sensasi yang menyegarkan. Berikut dikongsikan kebaikan rawatan rendaman kaki bersama garam bukit dan ais batu.

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit & Ais Batu
Untuk pengetahuan anda, amalan rendaman kaki dengan air yang dicampurkan dengan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari gangguan jin.

Tahukah anda? Bila anda bangun dari tidur bila dipijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin. Angin dalam badan anda itu adalah angin tidak elok.

IKLAN

Sesiapa yang mengalami masalah tersebut, kerap sakit kepala, sakit belakang, sakit belikat ,lenguh tengkuk, kerap sendawa, kerap kembung perut. Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi orang yang sukar tidur malam adalah baik jika diamalkan. Bagi masalah sakit kepala pula ataupun bisa sakit-sakit badan adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.

Photo by NEOSiAM 2021 from Pexels

Menurut Perubatan Islam, sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang direndam itu, itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya diamalkan, inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari pada tubuh anda.

Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengan daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesannya amat baik dalam tubuh badan kita.

Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki:

IKLAN
  • Surah Al Fatihah 7 kali
  • Surah Al Ikhlas 7 kali
  • Dan selawat 7 kali
Photo by Enrique Zafra from Pexels

In Sha Allah dengan izin Allah, kaki dan badan anda akan berasa ringan.

Menurut Perubatan Islam, kesan gangguan makhluk halus adalah seperti:
1. Kaki anda berasa pijar bila direndam kaki anda dalam ais.
2. Lenguh dan kebas pada kaki.
3. Sakit mencucuk di kaki.

valeria-boltneva-

Haruslah diingat ini adalah salah satu cara alternatif dalam rawatan Islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit. In Sha Allah dengan izin Allah, sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda.

IKLAN

HIJABISTA: Sekiranya anda mengalami masalah jerawat pada kulit wajah, gosokkan ais di atas jerawat untuk meneutralkan rasa gatal dan sakit. Selain itu, kaedah ini juga berkesan untuk mengecutkan jerawat.

Sumber kredit: Fatin Adila Razali

+++Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI