Kecantikan

Amalkan Masker Strawberi Ini Untuk Hilangkan Parut Jerawat. Bau Pun Dah Sedap!

Share

Buah strawberi memang sinonim dikaitkan dengan wanita. Bukan hanya warnanya yang cantik, ia juga mempunyai rasa yang begitu sedap apatah lagi jika dicelup dengan coklat. Yummy!

Namun, tahukah anda sebenarnya buah strawberi juga sangat bagus untuk merawat bekas dan parut jerawat? Nak tahu bagaimana? Jom ikuti caranya!

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Bahan-bahan:

  • 4 sudu kecil yogurt perisa asli
  • 5-10 biji strawberi
Photo by Burst from Pexels

Cara-caranya:

  • Potong halus-halus buah strawberi hingga menjadi seperti pasta atau kisarkan saja.
  • Campurkan dengan yogurt perisa asli
  • Sapukan ke seluruh wajah dan biarkannya selama 20 minit sebelum dicuci dengan air bersih
Photo by Vitória Santos from Pexels

Senangnya nak buat ni! Tapi kena tahan dirilah takut termakan pulak masker ni sebab baunya pun menyelerakan. Jika kerap diamalkan anda pasti dapat lihat hasilnya dalam beberapa minggu. Cubalah sis!

IKLAN