Memiliki kulit yang cantik dan flawless memerlukan penjagaan yang rapi dan teratur. Namun, tidak semestinya anda perlu memakai produk penjagaan wajah yang mahal demi mendapatkan kulit yang mulus.

Sebenarnya untuk mendapatkan kulit idaman, cukup sekadar anda menjaga pemakanan dengan makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau anda nak tahu, selebriti Korea dan Hollywood kebanyakannya mengamalkan jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang sihat. Patutlah muka mereka flawless kan?

Hijabista kongsikan 5 resipi jus sihat yang boleh buat kulit anda jadi lebih mulus dan sihat.

Zendaya

Selebriti Ini Amalkan 5 Resipi Jus Sihat, Hasilnya Kulit Flawless. Cubalah Pasti Tak Mengecewakan!

Walaupun sibuk, Zendaya tidak pernah lupa untuk menjaga pemakanannya. Jus merupakan salah satu menu dalam dietnya. Malah, dia sendiri pernah post gambarnya di Twitter yang sedang minum jus wheat grass dengan caption “Trying to be healthy!”.

Wheat grass memiliki banyak manfaat seperti mengeluarkan toksin dari kulit serta mengubati jerawat, kegatalan dan infeksi. Hanya kisar sahaja wheat grass tanpa gula dan ais. Kemudian, tapis dan terus sahaja minum.

Selebriti Ini Amalkan 5 Resipi Jus Sihat, Hasilnya Kulit Flawless. Cubalah Pasti Tak Mengecewakan!
Sumber gambar: Healthline

Wheatgrass dikemas dengan gabungan nutrien yang kuat yang menjadikannya sangat berguna untuk kesihatan anda. Ia mempunyai banyak manfaat terapi dan dikenali sebagai khasiat lengkap. Gabungan vitamin dan nutrien yang banyak dapat menjadikan rumput gandum sebagai pilihan yang luar biasa untuk meningkatkan imunisasi anda. Wheatgrass mempunyai sifat antioksidan, antibakteria dan anti-radang.

Juga mengandungi:

  • besi
  • kalsium
  • enzim
  • magnesium
  • fitonutrien
  • 17 asid amino
  • vitamin A, C, E, K, dan B kompleks
  • klorofil
  • protein

CL 2NE1

Selebriti Ini Amalkan 5 Resipi Jus Sihat, Hasilnya Kulit Flawless. Cubalah Pasti Tak Mengecewakan!
Sumber gambar: Kpop Starz

Detox merupakan salah satu cara untuk membuang segala toksin yang ada pada tubuh dan kulit. CL antara selebriti yang sering minum jus detox demi menjaga kulit wajahnya agar sentiasa bersih dan bersinar.

Selebriti Ini Amalkan 5 Resipi Jus Sihat, Hasilnya Kulit Flawless. Cubalah Pasti Tak Mengecewakan!

Anda hanya perlukan:

  • 2 buah limau
  • 1 biji lemon
  • 1 biji epal
  • ½ brokoli berukuran sederhana
  • ½ batang saderi
  • ½ halia.

Kisar semua bahan di atas, tapis dan minum airnya. Jus ini baik untuk memperbaiki kulit yang rosak. Buah limau juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit.

Naeun ‘Apink’

Selebriti Ini Amalkan 5 Resipi Jus Sihat, Hasilnya Kulit Flawless. Cubalah Pasti Tak Mengecewakan!
Sumber gambar: Sompi

Kalau anda nak tahu, Naeun selalu minum jus detox sebagai pengganti sarapan ataupun makan malam. Ini antara resipi jus detox yang boleh anda cuba. Hanya kisar 2 lobak merah, 1 tangkai saderi, 1 biji epal dan 1 biji timun.

Selebriti Ini Amalkan 5 Resipi Jus Sihat, Hasilnya Kulit Flawless. Cubalah Pasti Tak Mengecewakan!

Anda boleh tambahkan sedikit air sejuk ke dalam campuran jus tersebut tetapi jangan tambah gula atau ais. Lobak merah merupakan salah satu bahan yang memiliki vitamin A yang baik untuk menghilangkan sel kulit mati yang menyebabkan pori-pori tersumbat.

Goo Hara

Selebriti Ini Amalkan 5 Resipi Jus Sihat, Hasilnya Kulit Flawless. Cubalah Pasti Tak Mengecewakan!

Setiap hari, Goo Hara akan minum jus bernutrisi tinggi yang diperbuat daripada 1 biji pisang, 1 sudu kacang almond, 150 gram blueberry (boleh ganti dengan strawberi), 1 sudu kacang walnut dan 120 ml susu.

Selebriti Ini Amalkan 5 Resipi Jus Sihat, Hasilnya Kulit Flawless. Cubalah Pasti Tak Mengecewakan!

Selain kaya dengan nutrisi, jus ini juga mampu meningkatkan metabolisme. Blueberry dan strawberi pula memiliki kandungan vitamin C yang dapat mencerah serta menyihatkan kulit.

Demi Lovato

Selebriti Ini Amalkan 5 Resipi Jus Sihat, Hasilnya Kulit Flawless. Cubalah Pasti Tak Mengecewakan!

Menurut Demi, salah satu ‘BFF’nya adalah green juice iaitu jus yang diperbuat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau anda nak tahu, Demi juga sudah mula berhenti minum alkohol dan memilih untuk minum green juice

Selebriti Ini Amalkan 5 Resipi Jus Sihat, Hasilnya Kulit Flawless. Cubalah Pasti Tak Mengecewakan!

Resipinya, hanya kisar 2 biji epal, ¼ nanas, segenggam bayam, 1 batang saderi, 1 biji timun ukuran sederhana dan ½ air perahan limau nipis. Kalau anda nak tahu, epal mengandungi Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang dapat mencegah jerawat dan membersihkan sel kulit mati.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI