Kecantikan

Amalkan 2 Cara Ini Kalau Nak Kulit Glowing & Kecilkan Pori. Solekan Pun Jadi Flawless!

Share

Bila pori-pori wajah terbuka, pastinya banyak masalah kulit akan terjadi dan solekan pun jadi tidak sempurna. Jangan dibiarkan sister! Makin lama makin teruk nanti dibuatnya. Atasinya dengan dua solusi mudah ini. Yang lagi best, tak perlu keluarkan kos pun untuk melakukannya.

Gunakan kapas basah

 

  1. Ambil kapas dan rendamkannya di dalam air sejuk.
  2. Tampal kapas itu pada bahagian utama di wajah iaitu di kedua-dua belah pipi, dahi, dagu dan hidung.
  3. Biarkannya di atas kulit selama 3-5 minit.
  4. Jika ada sisa kapas yang masih basah, boleh tepuk dengan tangan yang bersih sehingga semuanya meresap ke dalam kulit.

Golek ais di muka

  1. Ambil seketul ais dan golekkannya di kulit wajah.
  2. Ia sangat bagus dilakukan sebelum melakukan rutin penjagaan wajah atau sebelum bersolek.
  3. Hasilnya, kulit muka akan nampak lebih licin dan glowing.

Selamat mencuba!

IKLAN