
Bila pori-pori wajah terbuka, pastinya banyak masalah kulit akan terjadi dan solekan pun jadi tidak sempurna. Jangan dibiarkan sister! Makin lama makin teruk nanti dibuatnya. Atasinya dengan dua solusi mudah ini. Yang lagi best, tak perlu keluarkan kos pun untuk melakukannya.
Gunakan kapas basah
- Ambil kapas dan rendamkannya di dalam air sejuk.
- Tampal kapas itu pada bahagian utama di wajah iaitu di kedua-dua belah pipi, dahi, dagu dan hidung.
- Biarkannya di atas kulit selama 3-5 minit.
- Jika ada sisa kapas yang masih basah, boleh tepuk dengan tangan yang bersih sehingga semuanya meresap ke dalam kulit.
Golek ais di muka
- Ambil seketul ais dan golekkannya di kulit wajah.
- Ia sangat bagus dilakukan sebelum melakukan rutin penjagaan wajah atau sebelum bersolek.
- Hasilnya, kulit muka akan nampak lebih licin dan glowing.
Selamat mencuba!
Inilah 15 Pilihan ‘Sunblock’ Paling Bajet & Sesuai Ikut Jenis Kulit, Perkongsian Hijabi Ini Setelah Try & Error.

Sebagai wanita, kita memang perlu menjaga kecantikan wajah. Selain bedak asas, pemakaian sunblock itu juga penting terutama bagi hijabi untuk mengelakkan masalah seperti anti-aging.
Penggunaannya perlu setiap hari untuk menjaga kulit wajah agar tidak terlihat kusam. Pelbagai lambakan produk sunblock yang dijual di pasaran dan setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri.
Perkongsian dari seorang pengguna di twitter melalui akaun @twtkecantikan setelah setahun ‘try and error’ penggunaan 16 sunblock yang sangat sesuai mengikut jenis kulit wajah seseorang.
1. Mempunyai tekstur seperti losyen putih. Langsung tidak menyebabkan wajah jadi ‘burn’ walaupun di bawah panas terik.
2. Sangat meyakinkan untuk pembelian seterusnya.
3. Bersifat matte, cepat serap dan tidak melekit.
4. Boleh dipakai dari pagi hingga petang tanpa meninggalkan kesan berminyak.
5. Apabila dipakai, muka jadi lebih ‘smooth’ seperti memakai bedak debu.
6. Tekstur seperti gel losyen, cepat serap dan tidak melekit.
7. Turut berfungsi untuk memutihkan kulit wajah. Juga untuk memudarkan parut jerawat dan jeragat.
8. Teksturnya seperti ‘milky gel’ dan turut berfungsi untuk memutihkan kulit wajah.
9. Berfungsi sebagai 2 in1 iaitu untuk pelembap dan pelindung cahaya matahari.
10. Juga berfungsi untuk mencerahkan kulit wajah.
15. Harga berpatutan dengan tekstur krim putih. Ssuai untuk kulit wajah normal dan kering
16. Cepat serap dan tidak melekit. Boleh juga digunakan untuk aktiviti ‘indoor’.
Tetapi peringatan untuk mereka yang pakai. Kalau boleh tanggalkan kesan mekap terdahulu sebelum sapukan pada wajah.
Feedback dari netzien lain yang telah menggunakan beberapa produk disenaraikan.
Lakukan Senaman & Ikut Petua Alami Ini Kalau Nak Hilangkan Dagu Berlapis & Leher Jinjang

Membelek wajah depan cermin seperti ada perubahan ketara. Kalau bukan pipi yang semakin melebar, tentu sahaja dagu berlapis-lapis. Walaupun ada cara menutupinya (bagi yang berhijab), tetapi rasa tidak puas hati setiap kali menatap wajah sendiri pada cermin. Terasa melihat diri sendiri yang mentertawakan dan kalau tak sabar mahu sahaja dipecahkan cermin berkenaan.
Bukan mudah untuk hilangkan dagu berlapis dan lemak di leher apabila berat kita turun (atau naik!) dengan hanya bergantung kepada minuman atau diet semata-mata.
Untuk bahagian badan yang sedikit “manja” ini, sedikit gerakan atau senaman diperlukan untuk memastikan ia tidak berlapis-lapis. Hijabista ada terjumpa video senaman untuk mengurangkan lemak atau geleber di leher anda.
Ekspresi wajah anda pasti akan kelihatan agak kelakar dan herot-petot (senget-benget) tetapi hasilnya pasti cukup berbaloi.
Terdapat juga beberapa senaman lain yang boleh kita buat untuk dapatkan dagu runcing. Cuba senaman ini, kemudian tawakal. Kemudian, teruskan mencuba.
Eh, jangan muka ketat, tahu. Daripada muka ketat, lebih baik senyum terpaksa. Senyum secara buat-buat juga membantu mengurangkan lapisan lemak di bawah dagu.
Psssttt, ada juga yang kata kunyah gula-gula getah beberapa kali sehari selaku senaman mulut dapat membantu mengurangkan dagu berlapis.
Kalau double chin itu tidak juga hilang, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menerima kenyataan bahawa itu sebahagian daripada rupa anda, hingga ke akhirnya nanti.
Selamat mencuba.
Makan Laju-laju Antara Tabiat Yang Boleh Berat Badan Naik Tanpa Disedari. Kalau Nak Kurus, Elakkan 4 Tabiat Ini!

Setiap wanita mahu memiliki bentuk tubuh yang ideal, ramping dan langsing. Tentunya anda boleh murung satu hari jika baju yang mahu anda pakai sudah ketat dan tidak muat.
Alamak, petanda apakah ini? Adakah ia bermakna anda sudah naik berat badan? Rasanya dah kurangkan pengambilan makanan tapi masih sama sahaja. Patutlah baju yang dipakai masih sama dan tidak longgar-longgar, rupanya berat masih sama.
Tanpa disedari, rupa-rupanya ada tabiat yang kita amalkan membuatkan berat kita statik atau lebih teruk lagi naik secara mendadak. Nak tahu apa? Hijabista kongsikan 4 tabiat yang sering anda lakukan.
1. Kurang Minum Air Masak
Tahukah anda bahawa dengan pengambilan air putih yang banyak dapat mengelakkan anda daripada mengambil makanan secara berlebihan. Jika sebelum ini anda suka minum air selepas makan, apa kata selepas ini tukar kebiasaan tersebut. Cuba minum air sebelum makan, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
2. Makan Laju-Laju
Di dalam Islam, anda digalakkan mengunyah sebanyak 44 kali supaya makanan tersebut hancur dengan baik dan dapat memberi efek kenyang yang lebih cepat. Jangan baru beberapa kali kunyah terus telan. Tentunya ia tidak elok untuk penghadaman.
3. Suka Makan Makanan Manis
Mungkin anda suka makan makanan yang manis. Memang sedap tetapi tahukah anda ia mengandungi kandungan gula yang tinggi dan mampu menaikkan berat badan anda. Lebih-lebih lagi jika anda mengambilnya dalam jumlah yang banyak. Jadi, jangan terkejut kalau berat anda semakin meningkat.
4. Makan Lambat
Kadangkala kalau sudah lambat hendak pergi ke kelas atau pejabat, anda tentu tidak akan sarapan dan hanya akan makan pada waktu tengahari. Atau mungkin anda sarapan pada waktu pagi tetapi sengaja tidak makan tengahari supaya boleh kurus.
Sebenarnya, jika anda melewat-lewatkan waktu makan anda, nafsu makan akan menjadi lebih besar hingga anda cenderung untuk makan dengan lebih banyak.
Sebaiknya, amalkan pemakanan yang teratur. Untuk makan malam, ambil dalam kadar yang sedikit.