Keistimewaan Ramadan seperti ganjaran pahala berlipat kali ganda dan keampunan Allah SWT yang terbuka luas, menjadikan bulan itu dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia.

Rasulullah SAW bersabda: Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu. (HR Muslim)

Justeru, sangat rugi sekiranya ada yang tidak berusaha untuk merebut peluang terbuka dengan melipatgandakan dan mempelbagaikan bentuk amalan sepanjang Ramadan ini.

Ikuti perkongsian lelaki ini melalui entrinya di Twitter, Poilet Taper

1.Solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat. Ia lebih baik dari dunia dan seisinya [Al-Hadith].

2.Isitighfār paling kurang 3 kali. Rasulullah SAW beristighfār tidak kurang daripada 70 kali sehari semalam [Al-Hadith].

3.Membaca ‘Allāhumma ajirnā minannār’ sebanyak 3 kali.

IKLAN

4.Membaca ‘Allāhumma antassalām wa minkassalām wa ilaika ya’ūdussalām hayyinā rabbanā bissalām wa adkhilnal jannata dārassalām tabārakta rabanā wa ta’ālaita yā zal jalāli wal ikrām’ sebanyak sekali.

 

5.Membaca Surah Al-Fatihah sebanyak sekali.

6.Membaca ayat Kursi sebanyak sekali.

IKLAN

7.Membaca ‘Subhänallāh’ sebanyak 33 kali.

8.Membaca ‘Alhamdulillāh’ sebanyak 33 kali.

9.Membaca ‘Allāhu akbar’ sebanyak 33 kali.

10.Membaca ‘Lā iläha illallāhu wahdahū lā syarīka lah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alā kulli syai in qadīr’ sebanyak sekali. Allah akan ampunkan dosa walau sebanyak buih di lautan [Al-Hadith].

11. Berdoa.

IKLAN

12.Membaca ‘Subhānallāhi wa bihamdihī subhānallāhil ‘azīm’ sebanyak 3 kali. Ia akan memberatkan neraca amalan kita di akhirat [Al-Hadith].

13.Selepas itu barulah bangkit dari tikar sejadah untuk buat apa saja urusan harian.

*Amalkan ketika berseorangan.

*Amalkan juga ketika bersama keluarga.

Ajarkan semua ini step by step kepada isteri dan anak-anak. Nanti bila sudah tidak bersama, masing-masing boleh amalkan.

Semoga anda semua dapat ilmu yang bermanfaat hari ini. InsyaAllah.

Sumber kredit: Poilet Taper

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI