Keistimewaan Ramadan seperti ganjaran pahala berlipat kali ganda dan keampunan Allah SWT yang terbuka luas, menjadikan bulan itu dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia.
Rasulullah SAW bersabda: Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu. (HR Muslim)
Justeru, sangat rugi sekiranya ada yang tidak berusaha untuk merebut peluang terbuka dengan melipatgandakan dan mempelbagaikan bentuk amalan sepanjang Ramadan ini.
Ikuti perkongsian lelaki ini melalui entrinya di Twitter, Poilet Taper
Memandangkan Ramadhan dah nak dekat, ini 13 perkara kena selesaikan bermula azan Subuh sehingga sebelum bangkit dari tikar sejadah.
1.Solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat. Ia lebih baik dari dunia dan seisinya [Al-Hadith].
2.Isitighfār paling kurang 3 kali. Rasulullah SAW beristighfār tidak kurang daripada 70 kali sehari semalam [Al-Hadith].
3.Membaca ‘Allāhumma ajirnā minannār’ sebanyak 3 kali.
Ads
4.Membaca ‘Allāhumma antassalām wa minkassalām wa ilaika ya’ūdussalām hayyinā rabbanā bissalām wa adkhilnal jannata dārassalām tabārakta rabanā wa ta’ālaita yā zal jalāli wal ikrām’ sebanyak sekali.
5.Membaca Surah Al-Fatihah sebanyak sekali.
6.Membaca ayat Kursi sebanyak sekali.
Ads
7.Membaca ‘Subhänallāh’ sebanyak 33 kali.
8.Membaca ‘Alhamdulillāh’ sebanyak 33 kali.
9.Membaca ‘Allāhu akbar’ sebanyak 33 kali.
10.Membaca ‘Lā iläha illallāhu wahdahū lā syarīka lah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alā kulli syai in qadīr’ sebanyak sekali. Allah akan ampunkan dosa walau sebanyak buih di lautan [Al-Hadith].
11. Berdoa.
Ads
12.Membaca ‘Subhānallāhi wa bihamdihī subhānallāhil ‘azīm’ sebanyak 3 kali. Ia akan memberatkan neraca amalan kita di akhirat [Al-Hadith].
13.Selepas itu barulah bangkit dari tikar sejadah untuk buat apa saja urusan harian.
*Amalkan ketika berseorangan.
*Amalkan juga ketika bersama keluarga.
Ajarkan semua ini step by step kepada isteri dan anak-anak. Nanti bila sudah tidak bersama, masing-masing boleh amalkan.
Semoga anda semua dapat ilmu yang bermanfaat hari ini. InsyaAllah.
Dalam dunia serba moden ini , ramai hijabi lebih berminat untuk memulakan kerjaya yang mempunyai kepolupariti yang boleh dibanggakan di mata dunia. Namun bukan hijabi ini. Bukan mudah membuat satu keputusan yang penting dalam hidup terutamanya yang melibatkan pekerjaan.
Faktor ekonomi yang semakin meningkat sudah semestinya memaksa semua orang bekerja dengan lebih keras. Sifat berani hijabi ini yang berani meninggalkan kerjaya sebagai designer dan mulakan hidup baru sebagai pekebun tanaman organik. Sudah semestinya, keputusan yang dibuat oleh Nuraishah Shamsudin yang berusia 27 tahun memberikan 1001 tanggapan terhadap dirinya.
Mempunyai ulangkicau yang beribu di akaun twitter @Nuraishams perkongsian hidupnya menjadi perhatian selebriti:
Sudah tentunya, gadis ini berkongsikan kisah hidup selepas berhenti kerja dan kini lebih senang hati menampung hidup dengan berkebun serta menjual sayur-sayuran organik yang ditanam sendiri.
Katanya lebih menyeronokkan, dia tiada hutang dan hidup bersama emak serta kucingnya dengan kehidupan yang bersederhana.
“Owner Kebun …dan suatu hai ada pekerja sendiri..insyallah”
Jangan malu sekiranya bekerja di bawah terik matahari, walaupun tidak bersolek. Namun kejayaan hijabi ini sudah tentunya ramai yang sangat terinspirasi dengan keberanian hijabi ini untuk menukar kerjayanya sebagai seorang pekebun sayuran organik ataupun lebih dikenali sebagai petani moden.
“Dari hijabi yang suka travel, kini berkebun adalah perjalanan hidup yang perkongsian bersama pengikutnyya..”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tempoh sebulan Ramadan membuka pintu untuk kita mencari pahala dan membuat amal. Dari sekecil-kecil perkara boleh dikutip pahalanya dan salah satunya adalah menyediakan juadah untuk bersahur dan berbuka puasa.
Bagi ibu-ibu, inilah masanya untuk mengumpul pahala. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini peluang untuk tambah pahala dengan cara memasak sendiri hidangan untuk keluarga.
Namun ketika memasak, tentulah ingin merasa sama ada cukup atau tidak garam di dalam hidangan yang disediakan. Masalahnya bolehkah kita merasa makanan yang dimasak itu?
Ini penjelasan daripada Ustazah Nazirah Nur Mukmin.
Hukum Merasa Makanan Yang Dimasak Untuk Berbuka
Hari pertama puasa biasanya petang2 ni suri dan sura rumah kalut dah nak masak untuk berbuka. Ada yang tanya boleh tak rasa sikit untuk tau tahap kesediaan makanan untuk berbuka nanti?
Ulama berpandangan kalau dikecap (betoi ka ayat ni? Orang kedah kata chapp sikit dihujung lidah adalah dibolehkan dan tidak membatalkan puasa.
“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”
Rasa dihujung lidah bukan seroot sampai semangkuk ok.
Selamat memasak untuk keluarga anda. Kata Nabi, pahala orang yang menyediakan makanan bagi orang yang nak berbuka seumpama memperoleh pahala orang yang berpuasa tanpa dikurangi pahala orang tersebut.
Sedekah merupakan pemberian yang ikhlas sebagai bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. Sedekah sememangnya tidak dapat dipaksa melainkan lahir dari hati untuk memberi berdasarkan kemampuan seseorang itu.
Erti sedekah dalam Islam itu sangat luas sekali. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk kebendaan, tetapi boleh dilakukan dengan pertolongan, mengajarkan ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan sebagainya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Kamu menyingkirkan batu, duri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah bagimu.”
– Hadis Riwayat Bukhari
Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya.
Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka. Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala.
Selain itu juga akan dijauhkan dari bala. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang halal juga akan dijauhkan daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya seseorang bersedekah dengan harta yang haram, dia tidak akan memperolehi sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain.
Terdapat sebuah hadith mengatakan bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ yang disediakan Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta yang haram. Selain dapat membantu sesama manusia, Allah SWT juga akan membalasnya dengan pahala bagi mereka yang ikhlas melakukannya.
Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya.
Rasulullah SAW, beliau bersabda :
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)
Nabi SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar.
Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah. Rasulullah SAW bersabda :
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”(HR. Bukhari )
Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah s.w.t selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah. Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari. Rasulullah SAW bersabda :
“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”
Surah al-Baqarah:261
Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” [HR. Ath-Thabrani]
Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda:
“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Janji Allah terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah akan menjauhkan diri dari api neraka. Ternyata meskipun hanya sedekah dengan jumlah yang sedikit, namun sedekah tersebut memiliki andil untuk menjauhkan diri dari api neraka.
Semakin banyak sedekah yang dilakukan, maka akan semakin jauhlah darinya. Rasulullah SAW bersabda:
Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah” [HR. Bukhari dan Muslim]
Siratal Mustaqim yang tidak ramai berjaya harungi akan menjadi lebih mudah kepada pemberi sedekah. Lalu janganlah kedekut kerana dengan berdekah akan menjadi pembantu dan penolong kita di hari akhir nanti.
Jangan sesekali bimbang akan berkurangnya rezeki kerana memberi sedekah kepada orang lain. Sesungguhnya dengan bersedekah akan meluaskan dan membukakan pintu rezeki kepada kita. Sabda Baginda;
“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”
Sedekah juga merupakan amalan yang pahalanya berpanjangan sehingga meninggal dunia. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (Ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”
Seungguh indah dan ajaib amalan bersedekah ini sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa dengan bersedekah dapat memanjangkan umur pemberi sedekah itu.
“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”
Hadis Riwayat Thabrani
Dengan bersedekah seikhlas hati dapat menyembuhkan penyakit-penyakit orang yang bersedekah itu, kerana sedekah itu dapat membersihkan hati dan fikiran. Namun semua itu adalah dengan izin Allah s.w.t. Baginda bersabda;
“Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah.”
Sedekah juga sebagai penolak bala, musibah serta kejahatan terhadap pemberi sedekah.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.” Sesungguhnya sangat besar ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-Nya yang bersedekah.
Sungguh banyak keutamaan yang akan diperoleh mukmin yang gemar bersedakah ini. Oleh itu, janganlah berkira-berkira untuk memberi sedikit rezeki kita kepada golongan memerlukan. Hulurkanlah sedikit bantuan dengan kudrat yang ada, paling mudah dan ringan senyumlah kerana sombong itu sifat yang tidak disukai Allah bahkan menjauhkan punca rezeki. Untuk itu, keluarkan sedikit harta untuk bersedekah, agar Allah memberikan kita janji-janji mulia tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!