
Setiap wanita tentunya mahu memiliki kulit yang cantik, sihat, ‘glowing’ dan kekal awet muda. Tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua bernasib baik untuk memiliki kulit yang mulus dan bersih. Tetapi, dengan penjagaan wajah yang tepat serta pengambilan makanan yang berkhasiat, insyaAllah kulit boleh kekal cantik dan berseri.
Selain mengamalkan penjagaan wajah yang tepat, anda juga perlu menjaga pemakanan untuk memastikan kulit kekal cantik dan terjaga. Jadi, pilih makanan yang terbaik untuk kulit anda ya! Menerusi laman Facebook, seorang wanita bernama Zana Mokhtar telah berkongsi cara untuk kekal awet muda hanya dengan amal minum air campuran nenas dan lemon.
Menurutnya, minuman ini boleh mengelakkan penuaan pada wajah. Malah, kulit yang kusam pun boleh berseri dan anjal. Jika anda amalkan secara konsisten, anda mampu memiliki kulit idaman anda. Malah, kosnya pun murah dan berpatutan. Ayuh baca perkongsian Zana Mokhtar.
Setiap pagi dan sebelum tidur kan, ni lah rutin harian Kekna taw. Ye lah kos dia tak ada lah mahal kot dengan dua bahan ni beli dan nak minum hari-hari pun boleh.
Air ni kan walaupun mungkin nampak macam biasa-biasa je kan bagi korang tapi kalau korang konsistenkan minum, korang boleh elakkan penuaan.
Senang cakap dia anti-aging lah. Kulit korang yang kusam pun boleh berseri-seri dan boleh anjalkan kulit. Sebab tu lah nampak glowing cantik je kan.Tak payah dah nak cucuk botox, minum je lah air ni. Jimat dan sedap gilerr.
Meh Kekna nak tunjuk cara buar air yang sedap ni dengan mudah je pun sangat.
Dua bahan yang mudah sangat korang boleh cari kat pasar tu ha.
Bahan-Bahan:
- Nenas yang dah di potong kecil kecil.
- Air perahan lemon.
Cara-Cara:
- Nenas tu kan masukkan air sedikit, kisarkan sampai hancur dan lepas tu masukkan perahan lemon tu kan dalam nenas tadi.
- Sejukkan dalam peti ais dan boleh la terus minum.

Senangkan. Siapa cakap nak cantik-cantik kena guna modal besar kan. Minum je lah air jus ni hari-hari.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Zana Mokhtar
1 Gelas 30 Minit Aturan Betul Minum Air Kosong, Elak Perut Buncit Kekal Sihat Awet Muda

Memang banyak khasiatnya minum air kosong. Malah ia adalah cara diet mudah dan BAGUS untuk elak pelbagai jenis penyakit. Namun begitu, sebenarnya minum air masak ini juga ada caranya kerana silap minum perut boleh jadi buncit. Oleh sebab itu orang tua selalu pesan jangan minum selepas makan, tunggu beberapa minit barulah boleh minum.
Nah, ini dia, empat cara minum air kosong yang patut kita amalkan. Jika diamalkan secara konsisten, insya-Allah kesihatan akan bertambah baik. Paling seronok, amalan minum air pada waktu yang tepat akan membuatkan kita tampak awet muda.
1. Bangun Tidur
Sebaik sahaja bangun dari tidur, minum air suam 2 gelas. Minum secara perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah. Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman. Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu membersihkan tubuh kita secara semula jadi. Dalam air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan.

2. 30 Minit Sebelum Makan
Amalkan minum air suam atau air putih 1 gelas 30 minit sebelum makan. Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
3. Sebelum Mandi
Anda disarankan minum air 1 gelas sebelum mandi. Ia akan membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.

4. Sebelum Tidur
Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum air putih 1 gelas. Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung.
Artikel Berkaitan: 14 Petua Semula Jadi Kekal Badan Maintain Slim
Masuk FASA MENAPAUS Jangan Abaikan Penjagaan Rambut, Hijabi Perlukan Penjagaan BERGANDA. 9 Langkah Ini Mampu Kekalkan Kondisi Rambut Walaupun Berhijab.

Banyak orang berpendapat bahawa berhijab adalah perlindungan hebat untuk kesihatan rambut kerana rambut hijabis tidak akan pernah terkena cahaya matahari, angin, udara, hujan, dan asap percermaran.
Selain itu, wanita berhijab juga jauh lebih kecil kemungkinannya untuk menggunakan hairspray dan menggunakan produk penataan rambut yang dapat merosakkan rambut dan menyebabkan rambut mudah patah dan gugur.
Tapi, jangan juga menjadikan berhijab sebagai alasan untuk tidak menjaga keindahan rambut anda. Rambut anda memerlukan perawatan dan perhatian ekstra kerana menghadapi kondisi yang berbeza sama sekali di bawah tudung anda.
Berikut adalah beberapa tip yang berguna untuk mempertahankan kesihatan dan keindahan rambut berhijab anda:
1. Sebelum mandi, sikat rambut terdahulu
Sikat rambut anda dengan wide-tooth comb (sikat bergerigi jarang dan lebar dengan bentuk pipih nipis) untuk meluruskan kembali rambut yang kusut. Langkah ini terlihat remeh namun sangat penting kerana anda biasanya menyikat rambut seperti ikat kuda atau sanggulan dan ini sering melemas rambut. Menyikat rambut sebelum mandi adalah langkah awal yang baik untuk menghindari rambut gugur.
Sikat rambut Anda dua kali sehari, bukan cuma untuk mencegah kusut dan menjaga rambut anda lepek, juga sekaligus membantu merangsang sirkulasi darah ke kulit kepala.
2. Gunakan syampu khusus kulit kepala sensitif/rambut rosak atau non-kondisioner
Rambut berhijab cenderung berminyak dan lembap. Menggunakan syampu ringan khusus kulit kepala sensitif akan menyeimbangkan kondisi kulit kepala dan mencegah kelumumur yang menyebabkan rambut gugur. Penting untuk selalu memilih syampu dan perapi yang ringan untuk mencegah rambut dari kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia.Juga, ingat untuk tidak menggunakan syampu dan perapi setiap hari. Adalah lebih baik jika anda menggunakannya berselang hari.
Syampu rambut dengan kafein cegah keguguran rambut kerana menopaus.
Bagi wanita yang kehilangan rambut kerana menopaus, juga dikenali sebagai aandrogenic alopecia, disebabkan oleh penurunan drastik estrogen di akar rambut. Hormon ini membantu melindungi akar rambut dari testosteron, yang merupakan penyebab utama keguguran rambut. Dengan bermulanya menopaus, apabila wanita memasuki usia 40 tahun ke atas, estrogen berkurangan, menyebabkan ketidakseimbangan hormon di mana testosteron mengambil alih estrogen di akar rambut, menyebabkan rambut gugur awal. Mereka juga mempunyai penjagaan dua kali ganda dari hijabis yang belum menopous.
SARANAN: Koleksi Penjagaan Rambut Plantur 39 Phyto-Caffeine
Produk Plantur 39 Phyto-Caffeine mengandungi phyto-kafein aktif kompleks yang menghalang akar rambut daripada mengalami kelesuan pramatang akibat menopaus. Dengan rumusan galenic khas, kompleks kafein sebagai bahan aktif dapat tembus hingga ke pucuk rambut untuk mengaktifkan akar rambut dan mencegah kehilangan rambut. Plantur 39 meningkatkan daya tahan kulit kepala dan rambut, mempromosikan pertumbuhan semula dan melindungi akar rambut daripada kesan negatif testosteron. Untuk membekalkan rambut dengan tenaga yang mencukupi, gunakan satu produk yang mengandungi kafein setiap hari dan biarkan syampu di kulit kepala selama 2 minit sebelum dibilas.
3. Jadikan masker rambut sahabat
Cuba untuk tambahkan kelembutan rambut dengan minyak rambut bervitamin seminggu sekali. Tidak perlu minyak rambut komersil, gunakan juga cara alami dengan titikkan dua tiga jenis minyak (minyak zaitun, minyak almond, minyak biji bunga matahari) untuk menjadikan masker rambut yang menakjubkan. Seminggu sekali, duduk di bawah paparan matahari pagi tanpa berhijab dan picit kepala selama 20 minit. Sinar matahari pagi mengandung vitamin D yang akan dicerna oleh tubuh untuk mendorong kesihatan rambut dan kulit kepala. Alternatifnya, oleskan masker rambut kaya vitamin dua-tiga kali seminggu. Krim, vitamin, dan beberapa urutan lembut akan membantu rambut tumbuh lebih baik.
Jika anda tidak ingin melakukannya sendiri, pergi ke salon atau spa secara teratur. Biarkan tangan profesional merawat rambut anda sesuai dengan keperluaannya.
4. Biarkan rambut sepenuhnya kering sebelum memakai hijab
Hindari mengikat rambut dan memakai hijab saat rambut anda masih basah. Rambut basah lebih sensitif dan cenderung terhadap kerosakkan. Mengikat erat rambut saat basah akan menyebabkan ketegangan yang tidak perlu untuk helai rambut yang lemah dan menyebabkan kelemumur.
Mengeringkan rambut dengan pengering rambut juga bukan pilihan kedua. Alat ini hanya akan merosak rambut. Tapi, jika anda benar-benar terdesak menggunakan pengering rambut, atur suhu di paling rendah hingga sedang.
5. Jangan ikat rambut terlalu ketat
Kadangkala kita tidak menyedari fakta bahawa untuk menjaga rambut kita tetap rapi tanpa ada cuatan rambut di sana-sini, kita mengikat rambut begitu ketat sampai tegang. Hindari melakukan hal ini, lebih baik untuk menatanya dalam ikat kuda atau longgar ketika berhijab. Helai rambut akan bisa melemah jika ditarik erat, menyebabkan rambut gugur.
Selalu mencuba untuk mengubah belahan rambut dari waktu ke waktu untuk mencegah garis tepi rambut menipis dan botak.
6. Lerai rambut sesekali
Mengenakan hijab tidak bererti anda selamanya mengekang rambut dalam ikatan dan penutup rambut. Walaupun kesempatannya akan jauh lebih sedikit daripada mereka yang tidak berhijab, jangan lupa untuk sesekali melepas ikatan rambut dan biarkan rambut terlerai bebas saat di rumah atau di kamar. Setelah melepas ikatan rambut, sikat dan urut kepala untuk melancarkan sirkulasi darah.
7. Potong rambut
Cubalah untuk mencantas rambut secara teratur (setiap 4-6 minggu sekali sangat disarankan) untuk menyingkirkan ujung-ujung yang kering dan bercabang. Jika tidak ada orang lain mendapat untuk melihat rambut anda, jangan mengabaikan rambut anda dan pastikan untuk memotongnya secara teratur untuk membiarkannya tetap tumbuh dengan sihat.
8. Pilih bahan hijab yang sesuai dengan kulit
Wajib bagi setiap wanita memahami fabrik apa yang harus ia gunakan untuk hijabnya. Cubalah untuk menggunakan kain yang mesra kulit yang memiliki jalur keluar masuk udara.
Cubalah untuk memakai serat alami yang ringan. Bahan alami yang lembut pada rambut anda dan akan memungkinkan rambut anda untuk bernafas lebih baik. Kain siffon atau kapas, misalnya. Fabrik kapas akan memberikan lebih bayak udara ke kulit kepala sekaligus tetap menjaga rambut anda yang tertutup. Jika anda lebih suka kain sintentik, seperti nylon atau polyester, pastikan untuk menggunakan anak tudung untuk membantu melindungi rambut anda dari berisiko bergeser antara kulit kepala dan bahan kain yang dapat menyebabkan kerosakan rambut.
Ketika cuaca panas, gunakan hijab berkain tipis dan lembut. Di hari-hari yang dingin, tak jadi masalah apa pilihan hijab anda tapi ingat untuk menghindari memakai hijab berwarna hitam sepanjang hari panas kerana hitam bersifat menyerap panas.
9. Makan makanan kaya asam amino dan protein
Rambut rosak juga menandakan kesihatan tubuh yang tidak optimal. Pastikan anda menjalani pola makan seimbang dengan makan makanan sihat setiap hari, terutama sumber makanan kaya protein dan zat besi, seperti salmon, telur dan bayam. Nutrisi yang anda ambil dalam setiap hari membantu untuk melindungi dan memelihara setiap helai rambut. Boleh juga dapat menggunakan suplemen vitamin yang akan membantu meningkatkan pertumbuhan rambut sihat.
Kekal Konsep ‘Less Is More’, Gaya Solekan Natural Ini Bikin Wajah Anda Tampak Lebih Mahal!

Solekan gaya natural bukan sahaja menjadikan keseluruhan wajah tampak eksklusif, malah ia meraikan konsep ‘less is more’ dalam menatarias wajah anda.
Biarpun kelihatan ringkas dan sederhana, namun gaya solekan natural ini harus dilakukan dengan teknik yang betul! Pemilihan produk solekan yang tepat juga memainkan peranan penting untuk menyerlahkan keseluruhan gaya ini. Ayuh lakukan perkongsian ini untuk gaya solekan natural!
1. Krim

Langkah pertama, urut lembut krim pelembap pada muka. Ia adalah asas terbaik solekan sambil menenangkan kulit, sekaligus memeprbaik tekstur keseluruhan.
2. Bedak Asas

Dalam dunia realiti, aplikasi bedak asas tebal akan nampak bercapuk. Pilih bedak bertekstur ringan. Jika perlu formula tebal hanya sapu lapisan nipis selepas penyamar noda. Elakkan menyapu bedak kompak di atasnya, ia buat kulit nampak kusam.
3. Palet Mutiara

Pembayang mata dengan rumusan mutiara menambah efek iridescent juga sinar, malah beri ilusi kontur mata galak. Oles nipis pada kelopak dan penjuru dalam mata, jika mahu lebih fokus adunkannya di tulang pipi. Buat kulit gelap, white can look ashy. Pilih rona champagne.
4. Beige Pencil
Menurut pakar solekan, celak beige memadam segala kemerahan dan meninggalkan kesan natural. Ianya turut memberi efek segar pada mata yang letih.
5. Pemerah Pipi

Kombinasi pic serta merah jambu menyuntik seri pada ton kulit, dan sebarang nuansa beige buat muka kusam. Layangkan nipis di pipi, hujung hidung dan dagu. This makes it look like you’ve been outside.
6. Gincu

Tekstur matte bukan idea baik untuk stail natural, pilih ton yang menyuntik sedikit warna serta kilatan satin semula jadi. Tetapi bukan terlalu neutral sehingga sebati dengan warna kulit.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe