24 tahun yang lalu wanita anggun ini dinobatkan sebagai wanita tercantik di Indonesia sekaligus memegang gelaran Puteri Indonesia 1996 yang mewakili negaranya ke pentas Miss Universe. Alya Rohali, 44 tahun, tidak asing lagi dalam dunia penyiaran negara kepualauan terbesar di dunia itu dan kini selain sibuk sebagai seorang ibu, dia juga aktif bersukan.

Memiliki tiga orang cahaya mata, dia menjadikan bersukan sebagai salah satu terapi diri terutamanya berlari. Menurutnya, “Berlari membuat saya sihat dan gembira. Saya juga seorang yang suka bersaing jadi selain dari bersenam larian sahaja, saya juga gemar melibatkan diri dalam marathon.

Alya juga aktif dalam sukan berbasikal.

 

IKLAN

“Saya lakukan ini bukan hanya untuk kepuasan diri sendiri namun sebagai teladan yang baik untuk anak-anak. Selain bersukan, tip lain untuk menjaga kesihatan adalah mendapatkan tidur yang mencukupi amalkan pemakanan sihat agar nutrisi yang berfaedah diperoleh tubuh.”

Walaupun pernah tercedera dalam salah satu larian marathon yang disertai, Alya tidak berhenti berlari sebaliknya menjadikan dia lebih bersemangat untuk meneruskan hobi sihatnya itu.

IKLAN

Bila ditanya soal kecantikan pula, Alya berpegang kepada prinsip ‘less is more’. Dia tidak cerewet dalam soal penjagaan kecantikan dan sentiasa percaya yang solekan tipis dan tidak keterlaluan adalah yang sesuai buat dirinya. Menurutnya lagi, rutin hariannya sangat mudah dengan mengamalkan proses mencuci wajah sebanyak dua kali sehari diikuti dengan sapuan pelembap dan krim anti penuaan.

IKLAN

Temubual penuh Alya Rohali boleh dibaca di dalam majalah Hijabista edisi Oktober-Disember 2020.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI