Gel aloe vera memang banyak kegunaannya untuk penjagaan kulit. Produk yang diperbuat dari lidah buaya ini tidak hanya berkesan untuk melembapkan kulit, tetapi juga untuk merawat kulit yang terbakar dek sinar matahari.

Menariknya, terdapat juga banyak ulasan yang menyatakan bahawa gel lidah buaya boleh digunakan sebagai asas solek dan juga masker untuk merawat jerawat. Kedengarannya menarik, bukan? Nah, bagi anda yang berminat untuk menjadikan aloe vera sebagai rejim perawatan wajah.

Ini lima versi aloe vera gel, boleh dibeli di drug store. Selain produknya juga senang dibeli, harganya juga berpatutan!

GUARDIAN ALOE VERA GEL
Hadir dalam flip top hijau, Guardian Aloe Vera Gel sangat sesuai untuk merawat kulit wajah yang mengalami sunburn atau selaran matahari pada kulit. Jika dibandingkan dengan produk gel lidah buaya yang lain, produk ini cenderung menjadi tekstur yang lebih cair sehingga proses penyerapannya lebih cepat. Selain itu, produk ini juga bebas wangian, jadi sesuai untuk semua jenis kulit, bahkan yang sensitif.

IKLAN

HARGA: RM10.80 (250 ML)

WARDAH HYDRAMILD MULTIFUNCTION GEL
Sebelum demam gel lidah buaya Korea Selatan berleluasa, produk Wardah sebenarnya sudah popular. Wardah Hydrating Aloe Vera Gel mempunyai tekstur gel yang cukup pekat. Walaupun begitu, apabila disapukan pada kulit, ia tetap terasa ringan dan mudah menembusi lapisan kulit wajah. Aroma lidah buaya pada produk ini sangat unik dan segar. Gel lidah buaya ini berfungsi melembapkan dan menenangkan dan menyejukkan kulit yang merah kesan dari sinar matahari.

HARGA: RM13.80 (100 ML)

IKLAN

NATURALS BY WATSONS ALOE VERA SOOTHING
Naturals adalah jenama kecantikan yang dimiliki oleh Watsons yang juga mengeluarkan produk gel lidah buaya. Produk ini, yang disebut Aloe Vera Soothing Gel, diperbuat daripada aloe vera pekat 99% yang berkesan untuk melembapkan, menyegarkan, dan menenangkan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari. Di samping itu, produk ini juga mengandungi teh hijau organik yang diperakui baik untuk mengekalkan kulit yang sihat. Walaupun fungsi utamanya adalah melembapkan, produk yang satu ini juga sesuai digunakan oleh si pemilik kulit berminyak.

HARGA: RM19.98 (200 ml)

IKLAN

CELEBON MY ALOE JUICY GEL FACE & BODY
Celebon My Aloe Juicy Gel Face & Body adalah produk dari Korea Selatan yang boleh didapati dengan mudah di drug store. 95% kandungannya berasal dari ekstrak daun lidah buaya. Selain itu, produk pembungkusan unik ini juga mengandungi beberapa bahan semula jadi lain seperti ekstrak Bambusa vulgaris dan juga ekstrak Centella asiatica yang baik untuk merawat jerawat. Fungsi utama aloe vera itu sendiri sebenarnya adalah untuk melembapkan dan menenangkan kulit. Tetapi, banyak juga yang menggunakan produk ini sebagai masker wajah. Seperti gel aloe vera pada umumnya, produk ini mempunyai tekstur gel yang lembut dan ringan. Keupayaan penyerapannya ke dalam struktur kulit cukup pantas dengan kesan sejuk yang menyegarkan.

MINERAL BOTANICA ALL IN ONE ALOE VERA
Bukan hanya boleh digunakan di seluruh badan, gel pelbagai fungsi yang dihasilkan oleh Mineral Botanica juga amat sesuai untuk melembapkan dan menyuburkan kulit wajah. Sesuai juga digunakan untuk merawat kuku, dan alat solek asas untuk menjadikan solekan anda tahan lebih lama, dan membantu mengurangkan kesan pedih selepas bercukur.

Seperti yang kita sedia maklum, memang banyak kelebihan aloe vera untuk kecantikan terutama kecantikan wajah. Jadi anda bolehlah berjinak-jinak menjadikan aloe vera sebagai rejim kecantikan harian.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI