Keluarga Pakar dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan, Perak, Dr Samsu Ambia Ismail yang sebelum ini positif Covid19 disahkan sembuh.
Berita gembira itu dikongsikan anak sulung keluarga itu, Erika Syamim Samsu Ambia, 17, di laman Twitter semalam.
Dalam satu kiriman, dia berkongsi sekeping foto mereka sekeluarga dengan kapsyen “Finally Covid free free!!”
Sebelum itu, beliau memuat naik sebuah video TikTok yang menyaksikan mereka sekeluarga menukar pakaian hospital kepada pakaian biasa.
Okay so kitorg sekeluarga dah discharge!!! Thank you so mucchhh for all the kind prayers ♥️♥️ heres probably our last tiktok together dkt hospital pic.twitter.com/cKotRh7wKq
“Okay so kitorang sekeluarga dah discharged! Thank you so much for all the kind prayers. Here’s probably our last TikTok together dekat hospital,” tulisnya.
Perkongsian gadis itu dihujani rasa gembira dan syukur para netizen yang mendoakan mereka sekeluarga diberi kesihatan baik berpanjangan.
Sementara itu, dalam perbualan dengan Bernama di Twitter, Erika Syamim berkata, mereka disahkan sembuh selepas menjalani tiga ujian dan kini perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
Ads
“We have to (adhere) to strict quarantine. Food and raw materials will be sent to us by authorities,” katanya. (Kami perlu mematuhi kuarantin yang ketat. Pihak berkuasa akan menghantar makanan dan bahan asas kepada kami).
Erika Syamim dan empat adiknya yang berusia antara 8 dan 15 tahun sebelum ini menjadi perbualan di media sosial selepas beliau berkongsi video TikTok mereka yang sedang dikuarantin di hospital.
Ads
Dalam pada itu, katanya, mereka sekeluarga kini dalam proses mencuci dan nyah kuman kediaman mereka.
“Sekarang kami luangkan masa as a healthy family (sebagai keluarga yang sihat) di rumah. And we also helping out there who are asking us about this disease (Kami juga membantu mereka yang bertanya di luar sana mengenai penyakit ini),” katanya.
Erika Syamim berkata, selepas tamat kuarantin 14 hari di rumah, bapanya boleh kembali bertugas dan mereka boleh melakukan aktiviti normal sebagai sebuah keluarga.
kredit: BERNAMA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat secara berperingkat mulai Isnin ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, ia membabitkan 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang yang sudah diluluskan dengan jumlah keseluruhan RM5.63 bilion.
“Sukacita saya memaklumkan bagi fasa pertama BPN Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April (Isnin).
“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terbabit terutama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam membolehkan bayaran BPN dipercepatkan demi membantu rakyat Malaysia memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Zafrul berkata, sejumlah RM3.24 bilion diperuntukkan bagi pembayaran fasa pertama kepada golongan B40 iaitu isi rumah pendapatan di bawah RM4,000 manakala RM1.81 bilion kepada bujang berpendapatan di bawah RM2,000.
Selain itu, katanya, kerajaan memperuntukkan RM440 juta untuk golongan M40 isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000 dan RM140 juta kepada bujang (pendapatan RM2,001 hingga RM4,000).
Pembayaran BPN diawalkan dan akan dibayar secara berperingkat bermula 6 April (Isnin) hingga 12 April bagi penerima B40.
Manakala bagi M40 pembayaran akan dibuat bermula 13 – 15 April 2020.
Jadual pembayaran seperti berikut:
Dalam pada itu, beliau turut menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammer yang semakin berani mengambil peluang menipu orang ramai dengan merujuk kepada sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada pihak tidak dikenali.
Terdapat empat kategori penerima iaitu:
1. Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
2. Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
3. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
4. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas
Berikut adalah kriteria kelayakan seperti berikut:
Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.
RM1,000 akan dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020.
Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan
RM500 akan dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei.
Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini.
Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dapat RM500 iaitu RM250 pada April manakala baki pada bulan Mei.
Selain itu, para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti.
SEMAKAN STATUS BPN
Semakan status BPN boleh dibuat di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my
Kemaskini: Portal rasmi BPN kini boleh diakses di https://bpn.hasil.gov.my/
Segala maklumat atau pertanyaan lanjut ada di web BSH.
Pastikan anda tidak mengisi apa-apa borang online bagi mengelakkan sebarang kecurian data.
Untuk panduan menggunakan sistem BPN, anda boleh baca manual di sini.
SIAPA YANG LAYAK?
Berikut dikongsikan kategori penerima yang layak bagi setiap kategori.
Isi rumah B40
*Kahwin; atau
*Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
*Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
Bujang B40
*Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
*Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah
Isi rumah M40
*Kahwin; atau
*Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
*Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini
Bujang M40
*Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
*Had umur 21 tahun ke atas; dan
*Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP
KAEDAH PEMBAYARAN
Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan, kaedah pembayaran bergantung kepada kategori penerima.
Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:
Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN
Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN
Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:
Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
Bayarana akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir
CARA MOHON BPN 2020
Kementerian Kewangan melalui posting rasmi di Facebook mereka memaklumkan permohonan baru boleh dibuat bermula 1 April menerusi laman web rasmi LHDN.
Berdasarkan satu temu bual ekslusif bersama Menteri Kewangan, beliau memaklumkan Kerajaan mempunyai database B40 dan M40 yang layak.
Kerajaan akan kreditkan wang BPN terus ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan nanti.
Notis rasmi telah dikeluarkan di portal rasmi BSH mengatakan kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada melalui portal Kementerian Kewangan atau portal rasmi BSH.
Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Prihatin berjumlah RM250 bilion untuk disalurkan kepada semua sektor awam dan swasta yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Apabila menyebut kuih seri muka fikiran tentunya membayangkan kuih yang mempunyai dua lapisan. Bahagian lapisan bawah mengandungi pulut manakala lapisan atas pula lembut dan sedikit manis. Kombinasi ini menjadikan kuih seri muka menu pencuci mulut yang cukup seimbang dari segi rasanya.
Membuat kuih seri muka tidak susah namun yang menjadi masalahnya ialah ketika hendak memotong kuih seri muka agar mendapat potongan yang cantik.
Bagaimana hendak dapatkan kuih seri muka yang cantik? Jom kita cuba cara yang dikongsikan oleh Faizatulazurani Ahmad Nezad ini.
Jika anda rasa yang anda tidak pandai hendak potong dari loyang, boleh cuba kaedah menggunakan cawan/mangkuk yang kecil (acuan kuih lompang) (rujuk gambar)
RESIPI KUIH SERI MUKA:
BAHAN-BAHAN:
Lapisan Bawah:
2 cawan beras pulut rendam 1-2 jam
2 1/2 cawan santan – dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang.
2.Kukus di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak.
3.Angkat dan dipadat-padatkan dalam acuan cawan/mangkuk kuih lompang.
Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau (jika suka)
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Campurkan ke semua bahan. Kacau rata.
2.Masak di atas api perlahan selama 2-3 minit.
3.Tapiskan supaya tidak berketul. Tuangkan di atas pulut yang sudah siap dimampatkan di dalam cawan/mangkuk acuan kuih lompang.
4.Panaskan periuk pengukus. Kukus selama lebih kurang 30-40 minit.
5.5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih.
6.Cucuk dengan lidi. Jka tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak.
7.Keluarkan daripada cawan/mangkuk acuan selepas kuih sejuk. Hidangkan.
Kek batik memang ramai peminatnya. Tak kira tua atau muda sehinggalah kanak-kanak amat menyukai kek batik. Namun tidak semua kek batik yang dimasak lembut ketika dikunyah.
Masalah utama kek batik ialah keras kematu atau kek menjadi lemau. Nak tahu cara membuat kek batik lembut, tak lemau dan keras kematu, boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Seroja Irdina ini.
This KEK BATIK salah satu sumber pendapatan I. Resepi I sendiri olah (bukan resepi google). Dalam 1 resepi U boleh hasilkan 2 versi iaitu versi lembut tapi tak lemau atau versi keras kematu. So pilihan di tangan U nak yang mana.
I tahu perasaan bila kita buat sesuatu tak jadi. Memang sakit hati, rasa penat, rasa nak nangis, rasa membazir.. Tapi sebenarnya bila kita nak menyelam dalam dunia masakan ni. kita kena berani TRY n ERROR.
Alhamdulillah dah banyak resepi yang I cipta sendiri hasil daripada TRY n ERROR . Dan kek batik ni salah satunya. Kalau rasa bermanfaat dan ingin mencuba atau nak guna untuk meniaga I izinkan. Guna je la resepi ni.
BAHAN-BAHAN:
500g biskut marrie
250g buttercup
50g air
110g gula kastor (jika tiada gula kastor boleh ganti gula kasar, tapi kurangkan 10g jadi 100g sahaja)
200g susu pekat
20g serbuk koko
80g serbuk milo
2 biji telur gred A
(kalau telur gred B letak 3 biji, kalau gred C, pecahkan je 4 biji)
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUAT:
1.Cairkan butter. Jangan guna api besar.
2.Begini hasil butter yang telah dicairkan.
3. Campurkan dengan air bagi mendapatkan kek batik yang lembut dan senang dipotong.
4. Masukkan gula kastor dan kacau rata.
5. Tuangkan susu pekat manis sedikit demi sedikit hingga habis.
6. Masukkan serbuk koko dan kacau lagi.
7. Masukkan milo dan kacau lagi.
8. Kacau lagi sehingga sebati.
9. Masukkan telur. Pastikan pecahkan telur dan pukul macam hendak buat telur dadar bersama dengan esen vanilla.
10. Kacau sampai mendidih atau bahan-bahan menjadi pekat. Pastikan sentiasa guna api yang kecil.
11. Masukkan biskut Marie yang sudah dipatah-patahkan. Jangan patahkan biskut Marie awal-awal bagi mengelakkan biskut lemau. Hanya patahkan ketika adunan coklat hamper pekat. Atau pun bolegh patahkan awal tapi simpan di dalam peti sejuk. Ketika hendak tuang ke dalam adunan coklat barulah keluarkan dari peti sejuk.
12. Selepas masukkan biskut Marie dalam adunan coklat, matikan api. Kacau hingga sebati.
13. Lebih senang kacau dalam kuali besar.
14. Boleh guna plastik jika tidak mahu guna bekas plastik.
15. Ini hasilnya selepas dimampatkan. Dapat tiga plastik.
16. TEMPAT PENYIMPANAN PUN PENTING. Kalau tak nak biskut lemau, simpan dalam PETI BEKU. Apabila sudah sejuk, boleh letak dalam chiller pulak. Tapi I selalu tak semua letak dalam chiller. Biar je dalam peti beku. Kalau I rasa nak makan, baru turunkan letak tempat chiller.Petang nak makan, pagi dah turunkan. Pagi nak makan, malam dah turunkan . cmtu lah perjalanannya. Dengan cara ini kek batik jadi lembut dan senang dipotong, tapi tak lemau dan sedap dikunyah.
Ekstra Tip: Nak sedap, beli biskut Marie yang dalam paket tapi harga murah. Tak ingat jenama apa, tapi harganya dalam 2 ringgit lebih sikit camtu. Kenapa yang murah sedap? Sebab biskut Marie yang murah ni tekstur dia keras, so sangat sesuai untuk buat kek batik supaya tak jadi puding.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!