Air bandung laici cincau antara minuman yang sering dicari ketika bulan Ramadan. Warna merah jambu yang memikat pastinya membuatkan minuman ini digemari pelbagai peringkat usia tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Tidak susah pun sebenarnya untuk buat air bandung laici cincau. Yang penting bahan-bahan mesti cukup dan hasilnya tentulah kepuasan ketika meneguknya ketika berbuka.
Bagi mereka yang bercadang hendak buat minuman ini, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh lelaki ini. Istimewanya resepi air bandung laici cincau Ben Safwan ini ialah tiada langsung campuran air kosong. Air hanya daripada air laici dan air dari ais yang mencair.
Sukatan resipi ini pula untuk 2 jug saiz seperti dalam gambar di bawah.
Oh ya tip rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 tin laici
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 sudu makan kacang tanah tumbuk
3 1/2 sudu makan sirap cap rose
1 sudu makan biji selasih
5-6 biji kurma merah
50-60 gram cincau hitam
CARA MEMBUAT:
1.Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
Ads
2.Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.
3.Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh juga campurkan. Terpulang pada selera masing-masing.
Ads
HIJABISTA: Mudah sahaja membuatnya bukan? Bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Walau pun boleh beli di luar tetapi lebih afdhal jika buat sendiri.
Secara lazimnya, kita mengenali malaikat Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, Munkar, Nakir, Raqib, ‘Atid, Malik dan Ridwan. Itulah kesepuluh malaikat yang wajib kita ketahui dan sering di dendangkan melalui lagu sewaktu kecil.
Kita juga tahu ‘dua malaikat’ yang sentiasa mengiringi kita, mereka juga mencatat amalan setiap apa yang kita lakukan. Kita kenali sebagai Malaikat Raqib dan ‘Atid. Tapi ada yang pertikaikan, adakah itu nama bagi kedua malaikat itu?
Malaikat Raqib dan ‘Atid adalah dua malaikat yang di tugaskan untuk mencatit setiap amalan serta perbuatan yang kita lakukan setiap masa. Kedua malaikat ini juga akan sentiasa bersama kita kemana dan bila-bila sahaja untuk menyaksikan semua perkara.
“Iaitu ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.”(Surah Qaaf: 17-18)
Kenapa timbulnya persoalan nama kedua malaikat ini? Adakah betul Raqib dan ‘Atid itu adalah nama mereka? Rata-rata ulama tafsir ada menerangkan bahawa kalimah Raqib dan ‘Atid dalam ayat tersebut menjelaskan sifat bagi kedua-dua malaikat itu.
Melalui tafsir Al-Qurtubi ada menerangkan bahawa Raqib dan ‘Atid mempunyai sifat malaikat yang membawa beberapa pengertian. Ada di jelaskan antara satu-satu secara terperinci.
Ibnu Katsir telah menerangkan hal yang sama, kedua nama tersebut ‘Raqib’ dan ‘Atid’ merupakan sifat dari malaikat. Demikian kata-kata yang di titipkan oleh Ibnu Katsir:
“Iaitu yang mengawasi dan disiap sediakan untuk hal tersebut, tidaklah terluput atau tertinggal satu kalimat pun atau satu gerakan pun” (Tafsir Ibnu Katsir, 7/398)
Syaikh Utsaimin pernah berkata bahawa Raqib membawa makna pengawas yang mengawasi siang dan malan tanpa henti. Manakala, ‘Atid pula bermakna selalu hari, tidak mungkin hilang mahupun tidak terlepas sesuatu pun. (Tafsir Surah Qaaf Syaikh Al-‘Utsaimin)
Syaikh Sulaiman Al-Asyqar berkata:
“Sebahagian ulama menyatakan bahawa di antara nama malaikat iaitu Raqib dan ‘Atid dengan disandarkan kepada dalil daripada surah Qaf, ayat 18 itu tidak benar. Raqib dan ‘Atid adalah sifat dari dua malaikat yang mencatat amalan manusia.”(‘Alam al-Malaikat Al-Abrar, hal. 12)
Bagi kefahaman kita, haruslah kita memahami tugas mereka yang sentiasa berada bersama manusia sebagai pengawas yang mencatit segala amalan tidak kira baik atau buruk. Kita juga patut menjaga diri dari melakukan kemungkaran kepada Allah SWT.
Mogul fesyen, Neelofa menerima sentuhan emas daripada jurusolek terkemuka, Patrick Ta sempena acara fesyen Musim Luruh/Sejuk Louis Vuitton 2020 yang diadakan di Paris, Perancis baru-baru ini.
Pengusaha jenama Naelofar itu berkata, dia berasa sangat teruja disolek oleh Patrick sempena acara tersebut memandangkan individu itu merupakan jurusolek ternama yang menjadi kegilaan ramai selebriti dan model terkenal.
“Sebelum ini, saya kerap melihat ‘glamazon look’ hasil solekan Patrick pada model dan selebriti di media sosial. Kini saya pula berpeluang disolek oleh Patrick sempena acara fesyen Louis Vuitton kali ini.
“Gaya solekan Patrick sungguh glamor, tetapi masih ada elemen minimalis padanya. Saya rasa, ia sangat selari dengan trend mekap di pentas peragaan tahun 2020,” ujar Neelofa.
Mempunyai pengikut sebanyak 1.7 juta di Instagram, Patrick cukup dikenali dalam industri kecantikan. Antara model dan selebriti yang kerap menggunakan khidmat Patrick Ta termasuklah Gigi Hadid, Chrissy Teigen dan Camila Cabello.
Sering mengayakan hijab di bulan Ramadan dan beberapa majlis tertentu yang menuntutnya berhijab sebagai pengacara jemputan ramai terpukau dengan keayuaannya. Malah ada yang tidak perasan penampilan terbahrunya sehinggakan mengaggap selebriti ini sudah lama mengayakan hijab.
Daphne Iking berasa syukur dan secara rasminya berkongsi di media sosial pada Oktober tahun lalu yang dia benar-benar sudah berhijab sepenuhnya.
Sudah pasti rambut menjadi mahkota seorang wanita. Gagal mendapat temu janji salon rambut menjadi sebab mengapa Daphne Iking mengenakan hijab sehingga hari ini. Sebagai selebriti dan sering bertugas sebagai pengacara jemputan, dia akan pastikan penampilannya sempurna, jadi rambut perlu diwarnakan bertujuan untuk menutup helaian ubannya.
“Kalau uban putih duduk di rumah tiada event, saya ok lagi, tetapi apabila industri hiburan telah mula aktif, saya perlu menguruskan rambut dan mula menutupinya dengan skarf,” kongsinya.
Pengayaan hijab bagi Daphne Iking adalah perkara biasa dan tidak nampak kekok sama sekali kerana apabila tibanya Ramadan bulan penuh barakah, ibu kepada tiga cahaya mata ini pasti akan mengenakan hijab. Namun wujud satu perasaan yang tak dapat digambarkan apabila selepas Ramadan tahun lalu apabila dia kembali tidak berhijab. Menurut Daphne, ada satu perasaan lain yang terdetik di hatinya.
Menjadi sebahagian penderma rambut untuk pesakit kanser, Daphne Iking dinasihatkan tidak mewarnakan rambut dan harus menjagannya sihat selama 6 bulan, niat untuk mewarnakan rambut tertangguh dan ini adalah salah satu sebab perubahahannya secara perlahan-lahan.
Hidayah yang Allah beri kepada insan terpilih ini pasti menjadi inspirasi kepada hijabi di luar. Perasaan yang membawa kepada satu tujuan memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat, Daphne Iking sendiri merasa sangat malu dan pelik jika beliau tidak bertudung sepeti dahulu.
“Ada seketika itu saya cuba jadi diri saya yang dahulu, tetapi Allah Maha Agung. Saya sebenarnya rasa selesa bertudung, timbul perasaan segan dan rasa macam bogel jika saya menanggalkannya,” kongsinya jujur.
Lantas Daphne Iking berkongsi rasa pada suami tercintanya bahawa kali ini dia akan kekal berhijab bukan sekadar untuk menutup rambut yang beruban.
Menyambut baik niat Daphne Iking, suaminnya meminta dia berhijrah secara perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa. Lakukan apa yang terbantut ketika pandemik dan lihat sama ada niat ini ingin diteruskan dengan sepenuh hati.
“Setelah mendermakan rambut pada badan kebajikan berkenaan, Daphne Iking meneruskan hajatnya namun hati masih ingin kekal berhijab. Dah derna, dah warna, dah potong rambut! Tapi masih rasa tak selesa, dengan izinNya dan sokongan padu dari suami tercinta, Daphne Iking teruskan niatnya berhijab.
“Suami saya tidak pernah memaksa dan menekan saya malah, dia menzahirkan rasa syukur dan saya lebih tampak seksi mengayakan hijab di matanya” ujar Daphneiking.
Ketika pandemik covid-19, kerjaya Daphne Iking berjalan seperti biasa. Begitu juga apabila sudah memakai hijab, tiada kekangan dan halangan biarpun dia menggayakan hijab. Tawaran kerja diterima seperti biasa, tiada yang menolaknnya kerana sudah berhijab.
Ditanya mengenai pengayaan yang menjadi pilihannya sehingga hari ini, wanita cantik ini tidak menetapkannya pada satu gaya. Pengayaan tudung buat masa kini mengikut kesesuaian aktiviti semasa yang pastinya buatkan dirinya berasa lebih selesa.
Paling mengharukan, dia dihujani dengan pelbagai mesej peribadi di media sosial apabila ramai mendoakan supaya dia kekal istiqamah. Bukan mudah untuk kekal istiqamah, wanita ini berkongsi yang dia lebih menumpukan pada pengisian rohani terlebih dahulu dan menuntut orang ramai terimanya seadanya dan teruskan menyokong, bukan sahaja kepadanya malahan mereka di luar sana yang baru mula berhijab.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.