Sambil menyisir rambut di kepala maka terlihatlah uban-uban di kepala. Semakin hari semakin banyak pula jumlahnya. Pelik juga bila umur masih muda tetapi rambut sudah mula beruban.

Apa yang tidak kena sebenarnya. Sudah berbagai syampu perapi rambut dan juga serum dicuba namun hasilnya tetap sama. Rambut masih lagi beruban. Terasa malu juga bila rakan-rakan sebaya rambut mereka masih hitam berkilat.

Photo by Johannes Rapprich from Pexels

Berikut perkongsian Dr Zubaidi

ADAKAH UBAT UNTUK RAMBUT BERUBAN?

Uban di kepala bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan. Ini kerana rambut akan beruban apabila usia kita semakin meningkat. Peningkatan usia juga berkaitan dengan kematangan diri. Jadi beruban adalah suatu yang melambangkan kematangan diri seseorang, kecuali dibuktikan sebaliknya.

IKLAN

Tetapi beruban mungkin lebih dirisaukan oleh orang yang muda. Ramai yang mengalami rambut beruban ketika baru berusia akhir 20an atau awal 30an. Lalu ramai yang bertanya adakah keadaan ini disebabkan oleh stres? Sebenarnya rambut beruban ini lebih kepada disebabkan oleh faktor keturunan.

Photo by Bennie Lukas Bester from Pexels

Apabila seseorang mempunyai ibubapa yang masalah rambut berubat ketika muda, mereka juga boleh mengalami madalah ini ketika muda. Stres pula merangsangkan kehilangan pigmen warna melanin dari helaian rambut mereka dengan lebih cepat. Semakin kita stres, semakin kita cepat beruban.

Rambut beruban disebabkan oleh kehilangan pigmen melanin pada helaian rambut. Sudah semestinya kehilangan melanin ini berlaku secara beransur-ansur akibat gaya hidup termasuk stres yang tidak dikawal dengan baik dan cara pemakanan yang tidak sihat.

IKLAN
Photo by energepic.com from Pexels

Dari rambut hitam, menjadi kelabu dan kemudiannya putih. Malah pada kepala yang sama, ada rambut yang hitam, ada rambut kelabu dan ada putih. Tetapi di akhirnya, keseluruhan kepala akan menjadi putih (beruban).

Adakah suplemen atau syampu yang membantu menghitamkan semula rambut beruban?Suplemen dan syampu lebih berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut. Namun jawapannya “boleh cuba”.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Ini kerana ada teori yang mengatakan makanan yang mempunyai antioksida yang tinggi dapat mengurangkan seorang mendapat uban dengan cepat. Adakah dengan membotakkan kepala, rambut hitam akan tumbuh semula?

IKLAN

Selalunya rambut yang dibotakkan tidak menumbuhkan semula rambut yang hitam bagi mereka yang telah mengalami uban. Di negara Timur Tengah, Pakistan dan India, mereka menginaikan rambut bukan untuk merawat rambut beruban, tetapi untuk kesihatan rambut secara keseluruhannya.

Photo by cottonbro from Pexels

Namun berhati-hatilah kerana ada orang yang mengalami alahan walaupun menggunakan inai yang asli. Mereka mengalami kegatalan dan kemerah-merahan pada kulit kepala. Uban pada rambut menandakan kita memasuki fasa seterusnya dalam kehidupan kita.

Tak perlu kita risau tentang uban tetapi risaukan usia yang semakin meningkat tanpa amalan yang banyak. Orang di sekeliling kita tentu berasa senang dengan kematangan diri kita berbanding dengan kehitaman rambut kita.

Sumber kredit: Dr Zubaidi Top image: Photo by Gratisography from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI