Aduh! Sakitnya bila jerawat tumbuh di kepala! Berbeza dari kulit wajah, jerawat di kepala tidak dapat dilihat dengan jelas dan mungkin akan menyebabkan terkena sikat! Masalah jerawat di kepala seringkali terjadi disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan anda rasa tidak selesa! Bukan itu sahaja, jika dibiarkan ia akan menyebakan rasa sakit kepala yang teramat!

Sumber gambar: Keranique

Khas untuk anda kaum hawa yang memakai hijab, usah risau! Hal ini ada solusinya! Pelbagai kaedah dan cara terbaik yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Anda boleh cuba lakukan tip terbaik ini! Selamat mencuba!

Sumber gambar: ptankilevitch

1. Hentikan penggunaan produk rambut

 Menurut American Academy of Dermatology, apabila anda berhenti memakai produk yang boleh menyebabkan masalah pori-pori tersumbat, ia secara tidak langsung dapat menghilangkan masalah jerawat. Lazimnya, produk rambut yang mengandungi banyak minyak, seperti pomade, adalah ‘dalang’ bagi masalah kulit ini. Malah, kebanyakan produk, seperti gel rambut sememangnya mengandungi minyak. Oleh kerana itu, anda disarankan untuk mengelakkan membeli produk seperti berikut:  

  • Tidak menyumbat pori-pori
  • Bebas minyak
  • ‘Non-comedogenic’
  • Non-acnegenic (tidak menyebabkan jerawat)
Sumber gambar: Cottonbro

2. Mencuci rambut dengan bersih

Selain dari itu, mencuci rambut dengan betul dan bersih juga antara salah satu cara untuk memastikan jerawat tidak tumbuh di kepala. Terutamanya kepada anda si hijabi, keadaan rambut yang terperap lama seharian dan suhu panas boleh menyebabkan rambut berminyak, berbau dan terjadinya jerawat di kepala. Jadi, ambiil waktu anda seketika untuk membilas bersih sisa-sisa produk yang anda pakai pada rambut anda ketika mandi untuk tidak melekat di kulit kepala.

IKLAN

Bukan itu sahaja, malah pastikan anda mencuci peralatan ataupun barangan rumah anda yang selalu disentuh oleh rambut dan kepala anda, termasuklah:

  • Sarung bantal dan cadar
  • Topi atau penutup kepala
  • Aksesori rambut tertentu seperti bandana atau ‘headbands’
  • Paling penting, tudung bagi yang berhijab
Sumber gambar: Monstera

 3. Menggunakan ubat jerawat

Antara kaedah lain yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan ubat jerawat untuk merawat jerawat yang tumbuh di kepala. Walaupun uabt jerawat selalunya kita gunakan pada kulit wajah, tetapi ada juga sesetengah ubat jerawat yang boleh disapukan di kepala. Namun, untuk langkah keselamatan, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.

Selain menggunakan ubat, anda juga boleh mendapatkan produk pembersih yang mengandungi bahan-bahan seperti:

IKLAN
  • Asid salisilik, untuk menyingkirkan sel kulit mati agar liang pori tidak tersumbat.
  • Benzoil peroksida, untuk melawan bakteri penyebab jerawat.
  • Asid glikolik, untuk membantu kulit kepala dalam mengurangi minyak berlebihan.
  • Minyak tea tree, yang membantu menghilangkan bakteria di kulit kepala.
  • Minyak jojoba, untuk membantu mengurangi masalah keradangan jerawat.
Sumber gambar: Cottonbro

4. Rutin menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala

Seperti mencuci rambut, menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala merupakan cara paling efektif agar jerawat di kepala cepat hilang. Anda disarankan untuk mencuci rambut dan kulit kepala 2 kali sehari dengan air bersih serta syampu. Jika inginka hasil yang baik, anda juga boleh menggunakan pelmbap rambut untuk memastikan rambut wangi, segar dan minyak dapat dikawal dengan baik. 

Jika kulit kepala jenis sensitif, anda boleh memilih syampu yang mengandungi bahan kimia yang bersifat lembut yang tidak menyebabkan iritasi pada kulit. Selalunya syampu untuk kulit sensitif memiliki label ‘hypoallergenic’.

IKLAN
Sumber gambar: Castorly

5. Menggunakan air garam

Membilas kulit kepala dengan air garam suam dapat mengatasi masalah jerawat di kulit kepala. Caranya, usap kulit kepala dengan air hangat yang sudah dicampur dengan 1 senduk teh garam sebelum ramas dengan kemas. Selain air garam, anda juga boleh cuba menggunakan cuka putih atau baking soda.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI