Ketika musim pandemik Covid 19 sekarang ini, ramai yang memilih untuk duduk sahaja di rumah. Tidak perlu keluar rumah jika tiada sebarang urusan penting. Malah ramai juga yang bekerja dari rumah (Work From Home).

Jika sebelum ini kita bebas menjejakkan kaki ke spa untuk membelai diri namun sekarang ini nampaknya masih belum sesuai. Mungkin ramai juga yang masih belum yakin untuk mendapatkan rawatan kecantikan di spa.

Bagi mereka yang ingin membelai diri ala-ala di spa, anda sebenarnya boleh sahaja berbuat demikian. Paling penting, sediakan semua produk-produk kecantikan ini di rumah dan nikmatinya seperti anda berada di spa. Tidak perlu keluar rumah dan tidak perlu memandu ke mana-mana.

Berikut dikongsikan antara produk-produk yang sesuai ada di rumah untuk ‘menaikkan mood’ anda seperti mendapat rawatan di spa.

Aveeno Clear Complexion Foaming Cleanser

Tidak seperti formula berbuih pencuci muka biasa, pencuci muka ini sangat lembut menanggalkan kotoran pada kulit wajah. Formulasi asid salisilik sebanyak 0.5% yang terkandung dalam produk ini pula membantu membersihkan liang-liang pada kulit wajah agar tona kulit lebih seimbang dan kelihatan sekata.

La Roche-Posay Serozinc Face Toner For Oily Skin

Selain bebas alkohol dan wangian, toner ini mampu menganjalkan kulit. Ia boleh disemburkan pada kulit wajah selepas bersolek bagi mengekalkan solekan anda sepanjang hari.

SK-II Pitera Essence Street Art Limited Edition

IKLAN

SK-II Pitera Essence Street Art Limited Edition hadir dengan konsep rekaan street art yang bernuansa bold dan edgy. Facial Treatment Essence sememangnya sudah tidak asing lagi bagi para skincare enthusiasts. Dengan konsep rekaan yang terinspirasi dari street art yang berani dan edgy, menjadikan esen ini sebagai hadiah terbaik untuk kulit glowing.

SK-II Pitera Essence Street Art hadir dalam tiga rekaan yang berbeza dan unik iaitu motif coretan cat yang edgy berwarna hitam putih, merah yang meriah dengan seni graffiti, dan kuning cerah ‘menjerit’ dan menarik dengan print kontemporari. Ia membuatkan anda seperti mahu membeli semuanya! Koleksi edisi terhad ini juga datang dengan kain Furoshiki khas dengan corak yang seirama dengan setiap rekaan botol. Memang hadiah menarik untuk insan tersayang.

Shiseido Benefiance NutriPerfect Day Cream Broad Spectrum SPF 18

Berfungsi untuk melembutkan kulit kering. Ia juga mengandungi mukurossi (ekstrak buah), yang bertindak mencegah pembentukan garis-garis pada wajah. Krim wajah ini bagus untuk kulit supaya kelihatan awet muda..

PALMER’S Coconut Sugar Facial Scrub

IKLAN

Skrub ini mempunyai minyak kelapa yang akan melembap kulit yang haus dan kering. Bijan gula yang halus pula akan memastikan wajah sentiasa licin, lembut dan bebas daripada kekusaman dan parut. Sesuai untuk kulit senstif kerana produk ini tidak mempunyai paraben, phthalates, minyak mineral, sulfat, gluten dan pewarna.

Clarins Multi-Active Jour

Clarins Multi-Active Jour mengatasi garis halus dan kusam, berkat antioksidan yang kuat. Krim mewah ini adalah jawapan yang tepat untuk malam yang panjang, bebas dari pencemaran dan tekanan.

Dermactin-TS Pore Refining Facial Sheet Mask

Mengandungi ekstrak peppermint, sage, dan betik dan witch hazel yang membersihkan pori-pori kulit secara mendalam, menghilangkan bekas kotoran dan kotoran, dan mengatur pengeluaran sebum yang berlebihan. Ia menyempurnakan penampilan pori-pori kulit dan mencegah timbulnya jerawat.

Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask

IKLAN

Seperti namanya, masker wajah Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask dibuat menggunakan clay yang dikatakan berasal dari pegunungan Jeju di Korea Selatan. Ketika disapu pada wajah, masker ini menghadirkan sensasi dingin ala menthol. Kulit wajah jadi terasa segar dan lembap.

Dermalogica BioLumin-C Eye Serum

Serum bebas wangian Dermalogica ini terasa cukup ringan pada kulit sambil memberikan kelembapan yang sempurna. Anda mendapat dua kali ganda kekuatan anti-penuaan.

KLAIRS Freshly Juiced Vitamin Drop

Sesuai untuk kulit sensitif kerana produk ini hanya mempunyai kepekatan vitamin C 5%. Ia memudarkan bintik-bintik coklat dan mencegah pembentukan hiperpigmentasi baru. Formula bukan komedogenik juga mengandungi peptida anti-penuaan dan pelbagai ekstrak tumbuhan seperti centella dan limau nipis.

Neogen Day-Light Protection Sun Screen SPF50/PA+++

Siapa kata duduk di rumah tidak perlu pakai sunscreen? Mesti pakai sunscreen ya untuk melindungi kulit wajah terutama apabila perlu bekerja mengadap gajet. Formulasi zink oksida yang terkandung dalam produk ini menjadikan kulit wajah dilindungi daripada selaran cahaya matahari. Ia bersifat ringan pada kulit.

HIJABISTA: Bekerja di rumah bukanlah alasan untuk kita tidak menjaga kecantikan. Tidak dapat pergi ke spa, kita buat sahaja di rumah.

Sumber kredit: Top image: Photo by Humphrey Muleba on Unsplash dan Photo by Camille Brodard Kmile Feminine Creative Designer On Unsplash

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI