“Ada Baby Kena Sawan Sebab Panas & Ramai Sangat Orang” – Pengalaman Netizen Yang Datang Ke Jualan Murah

Share

Membuat persiapan di saat akhir memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila ada pesta murah yang membuat jualan murah secara gila-gila. Namun berbaloikah membawa anak kecil ke tempat seperti ini yang sudah pastinya suasana tidak seperti dibayangkan. Malah kehadiran bersama anak yang dibawa bersama stroller pasti menyusahkan sesetengah pihak.

Perkongsian wanita ini di laman twitter menggunakan akaun nama @kimmycruze yang menceritakan pengalaman dia menyaksikan sendiri situasi mereka yang membawa anak kecil ke tempat seperti ini.

Disarankan tidak pergi ke tempat seperti itu kecuali tidak membawa anak kecik & stroller.

Memang banyak pilihan termasuk boleh jumpa artis. Tetapi satu peristiwa  membuatnya tidak percaya kejadian berlaku depan mata.

Kesesakan berlaku di satu booth dan perjalanan yang lancar jadi slow
dan kemudiannya berhenti. Gara-gara ada stroller untuk lalu.

Bila ditegur, tidak terima. Malah menjerit marah orang yang menegur sikapnya.

Memang tak sesuai bawa budak kecil ke tempat yang sempit dan panas seperti itu. Sangat kesian. Tak boleh terima kalau alasan tiada orang jaga anak. Better beli online atau butik sahaja.

Tak berbaloi kalau pergi semata-mata untuk jumpa artis. Double penat dalam masa sama nak jaga anak.

Sudahnya hanya beli sehelai baju dan tudung.  Sanggup bersesak bawak anak sampai lewat malam. Macam tak berbaloi jika harganya murah sedikit dari butik.

Tweetnya juga turut menaik perhatian netizen yang turut berkongsi kejadian tidak diingini di situ.

 

SUMBER: TWITTER @KIMMYCRUZE

 

IKLAN