STRUKTUR mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu di dalam dinding mata. Lapisan paling luar ialah sklera dan kornea. Lapisan tengah yang bersifat vaskular terdiri daripada koroid, jasad siliari dan iris. 

Bulu mata merupakan satu barisan bulu pendek yang tebal, tumbuh di pinggir luar kelopak mata atas dan kelopak mata bawah. Tugas bulu mata ialah melindungi mata daripada habuk dan bendasing. 

Kelopak mata terbahagi kepada kelopak mata atas dan kelopak mata bawah. Struktur ini dibentuk oleh kulit, otot, plat tarsal, kalenjar Meibomian, kalenjar peluh dan bulu mata. 

IKLAN

Sumber gambar: Diabetes.uk

IKLAN

Hasil dari kajian oleh National Eye Institute, AREDS (The Age- Related Eye Disease Study) telah menunjukkan kombinasi agen antioksidan yang tinggi bersama Vitamin A, C dan E serta mineral mampu menurunkan risiko masalah penyakit mata Degenerasi Makula (Macular Degeneration) dan Katarak. 

IKLAN

Terdapat pelbagai fungsi penting kelopak mata. Antaranya melindungi mata daripada kecederaan luar. Selain itu, bahagian ini berfungsi melindungi mata daripada cahaya berlebihan dan membantu dalam penyebaran air mata. 

Mengambil terlalu banyak supplemen tertentu boleh menyebabkan masalah, terutamanya jika anda mengambil ubat-ubatan preskripsi untuk masalah kesihatan. 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI