Kisah mengenai seorang bapa saudara yang meluru ke arah anak saudaranya dan memeluk dan menahan badan anak saudaranya yang hampir tumbang pada Majlis Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Sempena Sambutan Jubli Emas ke-50 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Malaysia semalam benar-benar menarik perhatian ramai.
Abdul Aziz Ya’acob, 60 yang merupakan bapa saudara Nik Mohamad Adhar Nik Ismadi, 22 berlari hingga terlucut selipar untuk membantu anak saudaranya yang terhoyong-hayang ketika perbarisan.
Pemuda itu pada mulanya mampu berdiri tegak selepas dipeluk bapa saudaranya namun pengsan tidak lama selepas itu.
DAPAT JEMPUTAN DARIPADA ANAK SAUDARA
Menceritakan kejadian itu, Abdul Aziz berkata, dia menghadiri perbarisan itu selepas dijemput anak saudaranya itu.
“Dia hubungi saya, memaklumkan jemputan berkenaan dan beritahu orang lain semua bawa ibu dan bapa, jadi saya takut dia kecil hati saya hadir majlis itu.
“Saya menaiki bas dari Pengkalan Kubor, Kelantan menuju ke rumah anak di Puchong, Selangor sebelum di bawa ke majlis berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
IKLAN
Menurutnya, ketika perbarisan berlangsung dia ada menemui Nik Mohamad Adhar selepas habis kawad pertama.
“Saya tanya dia macam mana? Boleh tahan ke, dia maklumkan kepada saya masih boleh, sebab sebelum dia beritahu dia demam.
“Saya beritahu teruskan… kemudian apabila kawad kedua saya lihat dia jatuh, ketika itu saya tidak berfikir panjang dan terus berlari mendapatkannya sebelum memapah serta mengangkatnya.
“Saya beritahu dia, tahan sedikit lagi ini baru kawad, belum lagi alam pekerjaan yang sebenar,” katanya.
Katanya, dia juga memberitahu pasukan perubatan supaya tidak mengeluarkan anak saudaranya itu dari perbarisan.
“Saya hendak ajar dia erti semangat, erti tanggungjawab. Ketika bekerja kita tidak boleh main-main, kita kena beri 100 peratus komitmen.
“Namun apabila dia jatuh sekali lagi, saya tidak memapahnya kerana risau kesihatannya, dia kemudian diusung keluar. Saya bangga dengannya,” katanya.
Menurut Abdul Aziz, dia menjaga Nik Mohamad Adhar sejak berusia tiga bulan.
IKLAN
“Tidak ada istilah anak saudara, dia saya anggap sebagai anak saya, layanan saya berikan sama rata seperti anak-anak saya yang lain.
“Sebab itu saya ingin didik dia erti semangat, bila bekerja nanti perlu berikan manfaat kepada orang lain,” katanya.
Untuk rekod, kisah ini dikongsikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato Alexander Nanta Linggi sebelum tular di Facebook.
Sepanjang hari ini cukup hangat perbincangan di laman sosial kisah pelakon, pengacara dan usahawan, Neelofa yang dikecam netizen gara-gara melancarkan koleksi baru Naelofar Hijab di sebuah kelab malam. Isu ini menyaksikan pelbagai golongan cendikiawan seperti Profesor, Ustaz/Ustazah ataupun Imam Muda yang memberikan teguran. Masing-masing memberikan pandangan mereka tersendiri. Namun paling dinantikan adalah penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung hal ini.
Sejak posting di laman facebook menunjukkan Datuk Zulkfli sedang menulis surat terbuka kepada Neelofa, ramai tidak sabar untuk mengetahui isi kandungan surat terbuka berkenaan.
Dallas posting yang dimwit turut tiga sejam lalu, inilah rupanya isi kandungan surat terbuka kepada pelakon yang bergelar Hajjah dalam usia muda ini. Posting ini juga telah mendapat hampir 6 ribu butang share dari netizen.
Jika orang lain menegur pelakon in dengan cara yang amat kasar dan sedikit menyentuh jiwa. Tetapi teguran dilemparkan Mufti Wilayah Persekutuan, ini lebih beradab, sangat halus dan begitu diplomatik.
Beliau tidak menyalahkan Neelofa 100 peratus, sebaliknya teguran berkenaan lebih kepada seperti mendidik dari seorang ayah kepada anaknya.
Ada 10 point yang ditulis dalam surat terbukan berkenaan buat perhatian Neelofa.
Sebagai pembuka kata, di awal surat Datuk Zulkifli mendoakan kesejahteraan Hajjah Neelofa.
Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.
Seterusnya beliau memberitahu isu viral yang sedang diperkatakan mengenai majlis yang dilakukan oleh Neelofa.
Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.
Sebagai orang yang arif dalam hal ini, Datuk Zulkifli menjelaskan beberapa persoalan berhubung isu berkenaan.
Dalam point pertama, Mufti memberitahu bahawa tudung adalah lambang kehormatan wanita.
1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.
Indahnya si pemakai bukan sahaja tutup aurat, tetapi patuh pada Allah dan Rasul untuk point kedua.
2. Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
Seterusnya dalam point ketiga, beliau berkata bukan bertudung bukan sekadar penghijrahan diri, tetapi penghijrahan hati.
3. Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?
Fitnah & tohmahan perlu sentiasa di elakkan dititipkan dalam point keempat.
4. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
Turut menjelaskan kebimbangan fenomena normalisasi dalam bertudung bai point seterusnya.
5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.
Dalam point keenam pula, Mufti menegur sikap masyarakat kita yang memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan kepada Neelofa bukanlah akhlak seorang Muslim.
6.Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
Dan pesanan yang paling akhir dalam point ketujuh cukup mendalam ertinya. Mufti mengingatkan 3 perkara buat wanta ini ‘tanyalah ulamak sebelum bertindak’, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan carilah rezeki diberkati Allah SWT.
7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Diakhir suratntya beliau juga turut mendoakan Hajjah Neelofa terus maju dalam kehidupannya dan beroleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.
Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan
Seperti yang semua sedia maklum, rakyat Malaysia sekarang ini sedang melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penularan virus covid-19 yang semakin menjadi-jadi di negara kita pada saat ini.
Walau bagaimanapun, jika rakyat Malaysia tidak boleh patuh dengan arahan ini, tempoh PKP mungkin akan dilanjutkan lagi ke suatu tempoh yang lebih lama.
Berkongsi di laman sosialnya, seorang rakyat Malaysia iaitu Juwita Jalil menceritakan pengalamannya ‘terperangkap’ di China pada waktu lockdown yang dijalankan selama 40 hari di sana.
**Dari seorang rakyat Malaysia yang terperangkap di China**
Pandemik Covid-19
Pada yang tak tahu, saya telah berada di Chongqing (CQ), China selama wabak ini bermula sejak penghujung Januari lalu. Seluruh dunia mula memantau China dan kini bila keadaan dah reda, kami di China memerhatikan macam mana seluruh dunia panik dengan virvs ini. Mungkin saya boleh kongsikan pengalaman macam mana saya pastikan diri saya selamat.
Pertama sekali, bukan saja Hubei dan Wuhan yang diarahkan lockdown. Seluruh China diarahkan lockdown. So bila orang dari Hubei dan Wuhan tak boleh tinggalkan bandar dorang, kami di CQ tak boleh tinggalkan kompaun tempat tinggal kami. Hanya seorang dari seisi rumah je yang dibenarkan keluar dan masuk setiap 2-3 hari untuk membeli barangan asas, bergantung pada keadaan kawasan.
Setiap orang perlu membuat pemeriksaan suhu badan bila nak masuk mana-mana bangunan. Dan bila saya cakap barangan asas, ia memang betul-betul barangan asas kerana ketika ini, hanya pasar, pasaraya, farmasi dan klinik-klinik tertentu saja yang dibenarkan beroperasi. So tak boleh saja keluar untuk lepak atau berjalan-jalan kerana tak ada apa tempat yang buka. Dan kalau polis peronda nampak korang tengah berjalan saja-saja, korang akan dinasihatkan untuk pulang ke rumah.
Lockdown ini telah berlaku selama 40 hari dan seluruh China berada dalam keadaan lockdown selama itu dan ini bermakna, berbilion-bilion orang di China hanya duduk di rumah. Walaupun undang-undang arahkan perkara ini, semua orang di sini rela hati untuk kurungkan diri dorang. Tak ada sekolah, tak ada kerja. INI SATU-SATUNYA CARA UNTUK HALANG VIRUS NI DARI MEREBAK!
Pemisahan dan kuarantin cabul hak manusia? Please, hak apa nak tuntut kalau dah sampai kita mati.
So, bila saya perlu keluar untuk beli barangan asas, ini apa yang saya lakukan dan masih buat. Saya selalunya akan beli barangan rumah yang boleh tahan selama 1 ke 2 minggu supaya saya tak perlu untuk keluar selalu dan kurangkan risiko terkena jangkitan. Saya tak stock-up semua benda, lagi-lagi toilet paper…
Topeng muka (siapa tak nak pakai topeng muka boleh kena tangkap)
Hand sanitizer dan botol spray kecil yang mengandungi 75% alk0hol saya bawa sepanjang masa.
Bila saya keluar rumah, kalau saya pegang butang lif atau apa-apa benda lain, saya akan pastikan saya sanitize tangan saya sebelum masuk kereta dan sentuh benda lain.
Saya tak sentuh muka lebih-lebih lagi mata, hidung dan mulut bila keluar. Kalau saya perlu gosok mata, saya akan sanitize tangan dan gunakan baju bahagian dalam untuk gosok mata.
Habis beli barang. Letakkan barang dalam kereta dan sanitize tangan.
Balik rumah, basuh baju dengan air dan sabun, buka mask, buang dan basuh tangan semula!
Tukar baju dan terus letakkan dalam mesin basuh dan mandi terus.
Nyah bakteria pada barang yang dibeli, packaging dia dan beg plastik atau beg shopping.
Nyah bakteria pada kunci kereta, tombol pintu dan handphone.
Virvs ini perlukan kerjasama semua orang untuk hentikan dari merebak. Kalau korang masih rasa yang ini hanyalah selesema biasa dan tak ambil langkah berjaga-jaga, ini bermakna korang adalah ancaman untuk komuniti.
P/s Tak perlu pun nak stock up toilet paper laa!
Begitulah perkongsiannya mengenai situasi lockdown di sana. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur membantu negara dengan hanya duduk di rumah sahaja. Sama-samalah kita berusaha mengikuti perintah kerajaan agar dapat terhindar daripada wabak ini.
Masih terbayang saat gemilangnya majlis perkahwinan Putera Mahkota Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman kira-kira 13 tahun lalu hingga diiktiraf sebagai ‘Asian Wedding Of The Year.
Pasangan diraja ini mengenakan busana rona biru dan majlis perkahwinan ini dirai dan dihadiri orang kenamaan, anggota keluarga diraja asing serta ketua-ketua kerajaan di Istana Nurul Iman.
Kedua-dua pasangan diraja ini telah dibawa dengan kereta open-topped Rolls-Royce yang diselaputi dengan emas dan berjalan di seluruh Bandar Seri Begawan, di mana mereka telah disambut oleh orang ramai di sepanjang jalan.
Setelah hampir 13 tahun berkahwin, baginda berdua kini begitu bahagia dikurniakan 2 putera, Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia, Pengiran Muda Abdul Muntaqim (2007), Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman, (2015) dan seorang puteri, Duli Yang Teramat Mulia, Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, (2011) yang semakin membesar.
Walaupun masih muda, Pengiran Anak Sarah memang bergiat aktif dalam bidang kebajikan di Brunei. Baginda juga sering mencemar duli berangkat untuk menjalankan tugas selaku isteri kepada Putera Mahkota Brunei.
Keberangkatan baginda dalam setiap majlis sama ada di Brunei atau di peringkat antarabangsa sering kali menarik perhatian setiap mata memandang.
Lensa kamera tidak jemu-jemu untuk mengambil gambar baginda. Penampilan dan fesyen yang digayakan beliau sentiasa mencerminkan imej wanita timur yang jelita.
Biarpun jarang melihat kelibat di media cetak, tetapi melalui instagram Brunei Royal Family baru-baru ini ada dimuat turun foto Pengiran Anak Sarah sempena sambutan Syawal lalu.
Ternyata Pengiran Anak Sarah masih cantik seperti dulu dengan penampilan yang sentiasa anggun dan jelita.
Biarpun sekadar mengenakan kurung moden dan selendang polos, kejelitaan tetap terserlah walaupun hanya bermekap sederhana.
Menjadi idola rakyat Brunei, Pengiran Anak Sarah juga baru-baru ini mencemar duli berkolaborasi bersama jenama skaf atau tudung tempatan terkenal, Duck untuk menghasilkan koleksi The Royal Duck.
Penghasilan rekaan ini adalah untuk berkongsi interpretasi beliau tentang kehebatan wanita pada hari ini.
Memang tak puas melihat foto-foto yang dimuat turut dalam IG dan admin doakan semoga pasangan diraja ini kekal bahagia hingga ke jannah.
• Dilahirkan dengan nama Dayang Sarah binti Pengiran Salleh Ab Rahman pada 9 April 1987.
• Memasuki St. Andrew’s School dari tahun 1993 hingga 1998. Kemudian menyambung pengajiannya di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, dah berjaya untuk lulus peringkat O-level pada tahun 2003.
• Berkahwin dengan Semasa menghadiri kursus pra-universiti pada usia 17 tahun, beliau telah berkahwin dengan Putera Mahkota.
• Baginda mendaftar di Universiti Brunei Darussalam, di mana telah lulus dengan Kepujian Kelas Pertama pada bulan Oktober 2010 serta menerima Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam.
• Pengiran Anak Sarah juga adalah seorang ahli kadet tentera di universiti dan penjaring terbanyak dalam pasukan bola jaring di universiti tersebut.
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.