
Penyampai radio popular, Abby Fana telah berkongsikan tip di instagramnya untuk membuang toksik dalam badan sekaligus mengekalkan kesihatan. Mudah sahaja cara yang dikongsikan kerana anda hanya memerlukan garam dan juga lada hitam.
Tambahnya, cara ini juga bagus bagi merawat masalah strok dengan cara memijak campuran tersebut selama lima minit sahaja.
View this post on InstagramA post shared by abby fana official (@abbyfana) on
Sebelum tidoq…k.bed nk pijak2 garam kasaq & lada hitam ni…sekurang2nya 5 min…@ustazhanafiah kata petua ni elok utk buang toksik2 dlm badan & juga baguih utk mereka yg mengalami stroke. K.bed nak buat video demonstrasi ttp memandangkan ia melibatkan bhg kaki maka kita tunjuk gambaq jer naaa. Mlm ni merupakan sesi kali ke 2…
Bahan2 :
2 kg garam kasar
100 g lada hitam
Senang sangat ni sis. Tak salah pun untuk kita mencuba memandangkan ia tidak akan mendatangkan kesan buruk pada diri. Moga perkongsian ini membawa manfaat dalam hidup anda.
Sungguhpun Muka Berjerawat, Pemakaian Pelembap Tak Boleh Diabai, Ini Pilihan Pelembap Yang Sesuai

Pemakaian pelembap wajah dapat memastikan wajah kelihatan lembap dan segar. Walau bagaimanapun amat penting untuk anda menggunakan pelembap yang betul. Sekiranya produk terlalu ringan, kulit anda boleh menjadi kering. Tapi jika krim muka terlalu berat kulit akan menjadi berminyak dan anda mungkin mula mengalami jerawat.
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa jika kulit wajah mengalami jerawat, maka tidak perlulah memakai pelembap wajah. Tanggapan ini salah sama sekali! Mereka yang mempunyai kulit berminyak dan terdedah kepada jerawat bimbang pelembap akan menjadikan keadaan kulit mereka lebih teruk.

Apabila keadaan ini terjadi, mereka kemudian menggunakan produk dan pembersih yang keras untuk mengeringkan wajah mereka. Dikongsikan pelembap yang sesuai buat mereka yang memiliki kulit berjerawat.
Kiehl’s Ultra Facial Cream
Kulit wajah akan menyerap sepenuhnya krim ini dengan lebih berkesan. Mempunyai tekstur yang sedikit pekat tetapi ia bersifat ringan dan tidak melekit. KLIK SINI UNTUK BELI
Cetaphil Pro Oil Absorbing Moisturizer
Tidak berminyak dan lembut. Losen ini berfungsi sangat berkesan pada kulit berminyak. Oleh itu tidak timbul masalah kulit berkilat apabila pelembap disapu pada kulit wajah. KLIK SINI UNTUK BELI
Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Hydrating Water Face Gel Moisturizer
Walaupun gel berasaskan air ini dengan jelas meningkatkan penghidratan, anda mungkin terkejut kerana ia juga menyerap ke dalam kulit dengan segera setelah digunakan. KLIK SINI UNTUK BELI
Simple Water Boost Hydrating Gel Cream
Sapuan krim ini pada kulit wajah menjadikan kulit terasa begitu segar. Paling utama ia tidak menyebabkan kulit anda yang berjerawat kelihatan berkilat. KLIK SINI UNTUK BELI
Avene XeraCalm A.D Lipid-Replenishing Cream
Bagi mereka yang memiliki kulit jenis sensitif, krim sangat sesuai untuk anda. Ia diformulasi untuk melembapkan kulit wajah sambil mengunci kelembapan pada kulit wajah dengan lebih berkesan. KLIK SINI UNTUK BELI
Clinique Dramatically Different Hydrating Jelly
Krim berbentuk jeli ini meskipun agak likat teksturnya namun ia sangat ‘melegakan’ kulit apa ia disapu pada seluruh kulit wajah. Tekstur yang menyegarkan menyerap ke dalam lapisan kulit wajah dengan cepat dan tidak meninggalkan sisa. KLIK SINI UNTUK BELI
Neutrogena Oil-Free Daily Facial Moisturizer for Sensitive Skin
Pelembap wajah bebas minyak ini sangat sesuai dengan mereka yang memiliki kulit sensitif dan berjerawat. Krim ini juga bebas minyak, alkohol, dan wangian. Ia dibuat khas untuk jenis kulit sensitif. KLIK SINI UNTUK BELI
HIJABISTA: Pelembap wajah sangat penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit wajah. Namun, masih ramai yang mengabaikan pemakaian pelembap wajah. Kesannya kulit kelihatan kering, tona tidak sekata dan akhirnya kulit cepat berkedut.
Sumber kredit: Top image: Photo by Anna Shvets from Pexels
Minum Jamu DIY Campuran Halia, Serai, Kulit Kayu Manis, Daun Pudina & Gula Kabung, Berdebus-debus ‘Angin’ Keluar

Perut yang kembung dan ‘berangin’ tentunya membuatkan kita jadi kurang selesa. Mana tidaknya, selepas makan macam-macam makanan, tentulah perut jadi tidak selesa. Apa sahaja yang dilakukan dirasakan serba tidak kena.
Ketidakselesaan itu jika dibiarkan pasti akan menganggu mood. Oleh itu anda perlu lakukan ‘sesuatu’ agar angin dalam perut dapat segera di keluarkan.
Berikut perkongsian Sarifa Redzuan II
Perut rasa padat sangat. Makan macam-macam. Pergi dapur tengok dalam peti sejuk ada sikit bahan.
Ketuk 1 halia besar tapak tangan dan 2 batang serai, masuk dalam periuk, rebus bersama 2 batang kulit kayu manis, 9 helai daun pudina.
Hendak lebih sedap, rebus sekali 1 gulung gula kabung. Apabila sudah mendidih, tutup api. Biarkan suam. Kebetulan ada lemon di rumah. Perah lemon dalam air jamu, kemudian minum.
Baru minum setengah gelas, angin sudah mula keluar (kentut). Tak sampai setengah, mula rasa hendak ‘membuang’. Perut terasa ringan. Memang menjadi jamu DIY buang angin ini.
KHASIAT HALIA UNTUK KECANTIKAN:
Mengurangkan berat badan
Halia mampu menghapuskan lemak tepu kerana ia boleh menjadi ajen pembakar lemak. Selain itu, halia juga mampu melancarkan penghadaman dan meningkatkan metabolisma badan. Kajian menunjukkan jika seseorang individu itu minum air halia suam setiap kali selepas makan, anda akan berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
Mengurangkan kesakitan haid
Ketika dalam tempoh haid pastinya rasa tidak selesa dan sakit terutama di bahagian perut. Jadi amat digalakkan wanita yang dalam tempoh awal haid untuk mengamalkan halia ini kerana ia boleh mengurangkan rasa sakit. Campurkan halia dalam segelas air panas, kemudian minum ketika suam. Pasti perut akan terasa lega.
Mengurangkan pening kepala
Jika anda kerap mengalami pening kepala, cuba kunyah sedikit halia mentah atau rebus di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil. Memang ia sangat menenangkan.
KHASIAT SERAI
Memutihkan gigi
Caranya mudah sahaja. Tumbuk halus 2 batang serai yang dipotong kecil dan campur sedikit kapur dan gosok pada gigi. Lakukan 3 kali seminggu dan lihat perubahannya.
Mencantikkan kulit
Banyak digunakan untuk kosmetik. Serai juga boleh dijadikan sebagai penyegar wajah.
KHASIAT KULIT KAYU MANIS:
Menghilangkan bau mulut
Kunyah kulit kayu manis dan kemudian bilas dengan air suam. Hasilnya mulut berbau harum.
Merangsang pertumbuhan rambut
Kulit kayu manis boleh dijadikan masker untuk mengurangkan risiko rambut gugur. Gunakan serbuk kayu manis sebagai campuran masker rambut.
Pelembap bibir
Bagi anda yang memiliki bibir kering dan pecah-pecah, ramuan ini sangat bagus. Penggunaannya mudah. Anda hanya perlu mencampurkan serbuk kayu manis dengan minyak kelapa. Kemudian, sapukan campuran tersebut pada bibir.
KHASIAT DAUN PUDINA:
Mengeringkan jerawat
Daun pudina bersifat antibakteria yang dapat membunuh kuman pada jerawat. Caranya mudah sahaja, haluskan daun pudina kemudian aplikasikan pada bahagian wajah yang berjerawat. Biarkan seketika, kemudian bilas hingga bersih.
Mencerahkan kulit wajah
Kandungan antioksidan pada daun pudina dapat membantu mengangkat sel kulit mati. Ia menjadikan kulit wajah lebih sihat, lembap, dan cerah bercahaya. Caranya haluskan daun pudina dengan tambahan kunyit dan air mawar. Sapukan pada wajah hingga ke bahagian leher, kemudian biarkan hingga 15 minit. Bilas wajah hingga bersih lalu keringkan. Wajah akan terlihat lebih cerah.
Menghilangkan noda hitam
Daun pudina membantu menghilangkan noda hitam pada kulit wajah. Ambil beberapa helai daun pudina, kemudian haluskan dengan menambahkan air dan kunyit hidup.
Sapukan pada wajah, kemudian gosok dengan lembut menggunakan jari. Bilas wajah hingga bersih. Lakukan perawatan kecantikan ini dua kali dalam seminggu untuk hasil maksimum.
Sumber kredit: Sarifa Redzuan II
Mandi Bunga Bantu Untuk Menaikkan Seri Wajah, Lakukannya Di Rumah Dengan 6 Langkah Ini!

Mengikut tradisi orang Melayu, upacara mandi bunga selalu dijalankan untuk membuang bala, mempercepatkan jodoh, memberi semangat kepada diri, menghindarkan dari gangguan semangat jahat dan lain-lain lagi. Mengikut ajaran agama Islam, ia dikatakan boleh memesongkan akidah seseorang. Upacara mandi bunga ini turut dilakukan oleh masyarakat India yang mempunyai ritual yang tersendiri ketika menjalankannya.

Namun begitu, dari segi saintifiknya, mandi bunga dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan. Mandi bunga tanpa berniat yang boleh memesongkan diri daripada ajaran agama membawa banyak faedah.
Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga matahari yang terbaik dan kebaikannya akan diturunkan kepada si pengamal mandi bunga. Antaranya, sekiranya rawatan mandi bunga diamalkan, ia mengurangkan kelesuan badan dan menghilangkan bau badan. Di bawah merupakan beberapa tip untuk anda yang ingin mencuba rawatan mandi bunga di rumah.

1. Gunakan bunga yang wangi dan tidak berduri. Pilih tujuh atau sembilan jenis bunga dari pelbagai warna tetapi bukan berwarna hitam. Sebaik-baiknya bunga cempaka dan melur digunakan untuk rawatan ini. Anda boleh memilih jumlah bunga mengikut angka ganjil (7, 9, 11, 13 jenis)
2. Kesemua bunga segar tersebut harus dicampurkan dengan sebotol air mawar dan dua biji limau purut.

3. Pastikan kesemua dahan bunga dibuang dan campuran bunga, air mawar dan limau purut dibiarkan semalaman.
4. Rawatan mandi bunga seeloknya dilakukan pada waktu pagi. Mandi seperti biasa dan jadikan air bunga tersebut sebagai air bilasan.
5. Siram bahagian kiri badan sebanyak tiga kali dan diikuti dengan bahagian kanan. Selebihnya siram dari bahagian kepala sehingga air bunga habis.
6. Anda digalakkan untuk membiarkan badan kering daripada menggunakan tuala untuk mengeringkannya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe