Khabar sedih dikongsi oleh selebriti terkenal, Uyaina Arshad mengenai abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair bin Arshad yang meninggal dunia hari ini, 19 Ogos 2022. Menerusi hantaran Instagram tersebut, Uyaina memuat naik gambar abangnya dengan rona hitam putih memaklumkan tentang pemergian abang tersayangnya itu.
Menerusi perkongsian tersebut, Uyaina meluahkan kata, “Pulangnya abang sulungku ke negeri abadi.. Bertemu Sang Pencipta.Orang baik selalu pergi dulu. Dia tersangat baik. Terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik.
“Lepas arwah Baba meninggal, dia jadi ketua keluarga. Dari kecik lagi dia dah set contoh yang baik untuk kami adik-adik. Dia masuk asrama. Kami semua nak masuk asrama. Dia berjaya dalam pelajaran. Kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan Ummi. Kami adik-adik berebut nak berbakti untuk Ummi.
Ads
Jelas isteri kepada Raja Syahiran ini, dia baru sahaja bertemu dengan abang sulungnya itu dan menerima pelbagai nasihat dan pesanan. Kongsinya, “Dia baik. Dia pemurah. Dia penyayang.Baru je semalam kami berjumpa. Makan sama-sama. Bersembang macam-macam.
“Gelak sama-sama. Macam-macm juga dia pesan.. Dia risaukan adiknya nak bersalin. Rupa-rupanya dia yang pergi dulu. Rasa tak percaya dia dah tak ada. Terlalu awal dia pergi.Sama usia dengan arwah Baba sewaktu dia meninggal dunia.”
Ads
Lebih menyentuh hati, dalam perkongsian itu juga Uyaina yang kini menghitung hari untuk melahirkan anak sulungnya berkongsi bahawa abangnya meninggal dunia pada hari jadi ibunya sendiri.
Luahnya, “Rasa terlalu perit dan sakit nak diungkap dengan kata2.. Kehilangan seorang insan yang terlalu baik. Kehilangan darah daging yang terlalu kami sayang.Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi Ummi. Lama dia plan nak sambut birthday Ummi. Akhirnya, hari lahir Ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya. Allahuakbar.
Ads
“Abangku Uzair, semoga syurga menantimu. Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair bin Arshad.. Doakan juga kesejahteraan & kekuatan buat isteri & anak2nya.”
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mengingati Allah dengan memperbanyakkan amalan ibadah melalui doa adalah cara terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
Ramadan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Gunakan peluang yang ada untuk terus menimba pahala. Berdoalah kepada Allah tanpa kenal erti berputus asa. Mengadalah kepadaNya dengan sepenuh hati.
Melalui entri di laman facebook, lelaki ini berkongsi doa diakhir Ramadan.
Baca doa ini di akhir Ramadan kerana doa ini mampu buatkan air mata mengalir tanpa sedar! Doa, senjata mukmin. Doa ibarat air dan oksigen. Yang sangat penting untuk hati kita terus bernafas segar.
Doa, semua orang boleh berdoa. Nak pula di bulan Ramadan ni, lagilah perlu banyakkan doa. Doalah… pasti Allah kabulkan.
Tapi saya nak kongsikan rangkap doa yang lengkap, tapi penuh penghayatan dan jika dibaca dari hati, insha Allah pasti mengalir air mata tanpa sedar.
doa bulan Ramadan, doa Ramadan, doa selepas solat, doa sepuluh akhir bulan Ramadan, doa lailatulqadar, doa amalan di bulan Ramadan.
Bacalah dari hatimu untuk Tuhanmu… dengan penuh sifat kehambaan…
Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosaku, Ampunilah kesalahan-kesalahanku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.
Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan diriku ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.
Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-amalan baikku. Ya Allah berkatilah aku dengan menyaksikan lailatul Qadr.
Tunjukkanlah aku ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu.
Bantulah aku dalam mendapatkan khushu’ dan ikhlas dalam melaksanakan ibadahku.
Bantulah aku untuk lebih mendekatkan diriku kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir.
Jadikan aku hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi.
Tingkatkanlah tahap keimananku, tawakkalku dan keyakinanku kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepadaku. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.
Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.
Jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah aku jalan yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhirku, jauhilah aku daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid’ah (besar / kecil).
Golongkanlah aku dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm. Tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.
Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu untuk diriku. Selamatkanlah aku daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.
Berkatilah aku dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi aku daripada kesedihan & kemurungan. Bantulah aku dengan keupayaanku untuk melakukan Tazkiyah jiwaku sepanjang perjalanan hidupku.
Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hatiku. Pelawalah aku ke rumahMu untuk aku menyembahMu.
Ya Rabb, berikanlah kepadaku pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan aku suka dan gembira untuk bertemu denganMu.
Jadikan kuburku & alam barzakh sebagai tempat kediamanku yang aman dan sejuk. Kurniakanlah kepadaku pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.
Berikan catatan amalanku dari tangan kanan dan beratkan timbangan ku dengan perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepadaku nikmat untuk minum dari Telaga Al Kawthar.
Permudahkan aku untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga). Bantuilah aku Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu di akhirat kelak.
Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya.
Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain. Berikanlah ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluargaku.
Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agamaMu. Jadikanlah aku tergolong dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus.
Ya Allah, bantulah aku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak ku.
Peliharalah anak-anak ku supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan ku yang lalu dalam hidup mereka. Berkatilah aku dengan anak-anak yang soleh.
Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mataku dan jadikan mereka sebagai amal jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.
Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan.
Berikanlah kejayaan kepada anak-anakku dalam agamanya, dunia & Akhirah. Berkatilah aku dan keturunanku agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.
Ya Allah Ya Rahman,
Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agamaMu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.
Ya Allah selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.
Ya Allah, Ya Gaffaar. Ampunilah kedua ibu bapaku.
Ganjarilah mereka dengan ganjaran yang paling besar di dunia ini & akhirat. Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan berikanlah kepada mereka Jannah al Firdaus. Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka. Berikanlah kejayaan kepada adik-beradikku di dunia ini & akhirat.
Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, umat masyarakat kami.
Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat masyarakat; sama ada yang muda & tua.
Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga mereka bertemu denganMu.
Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas. Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.
Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan eratkanlah ikatan persaudaraan kami.
Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga dan limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka, permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan perkahwinan.
Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit, sesungguhnya Kau Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.
Ya Allah Ya Qawiyy, Kau lindungilah saudara-saudara kami di seluruh negara; Palestin, Syria, Nepal, Rohingya, Iraq, Iran, Malaysia dan di mana-mana jua daripada penganiayaan, rogol, pembunuhan, penghinaan.
Kau legakanlah penderitaan mereka dan tingkatkan darjat mereka di sisiMu. Kau hancurkanlah mereka yang zalim, kejam dan penindas ke atas saudara-saudara kami.
Kau cukupkanlah mereka yang serba kekurangan, Kau ringankanlah beban bagi mereka yang tertindas dan Kau bebaskanlah mereka daripada hutang.
Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena dalam Ramadan ini. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.
Selebriti media sosial, Atierah Zulfatie atau lebih dikenali sebagai Beby Tora Tora berkongsi mengenai dirinya yang sedang cuba mengubah penampilannya ke arah yang lebih baik pada waktu ini.
Luahnya, dulu memang terasa panas apabila bertutup litup tapi selepas kahwin dia mula mencubanya kerana mahu mengejar syurga Allah.
dulu aku tak tutup aurat spenuhnya pun aku brtudung ja mcm biasa …stocking and handsock tak prnah pakai …wlaupun aku tau stocking and handsock tu sbenarnya wajib untuk ttup aurat spenuhnya,aku ttap takmau pakai .. …aku ttap rasa aku dh pakai tdung tu kira okey la kan huhuu …bila pakai rasa stress and rimas ,dngn panasnya lagi …tapi bila tngok kwan2 pakai okey slesa la pulak …then lepas kahwin ,aku pun mula brjinak2 pakai tudung labuh smua ..pakai stoking and handsock sbb aku nak jdi isteri solehah ..
aku nak bljar mcmna cara nak jdi isteri yang baik,yang Allah redha …perempuan ni snang masuk syurga ,tapi snang juga masuk neraka 😊jdi pelan2 kita buat INSYA ALLAH kita boleh ..nanti lama2 nak tnggai benda tu mesti kita rasa tak slesa dh kan ? tirah doakn smua yang baca status ni diberikan hidayah untuk menutup aurat dngn smpurna dn doakan juga tira smoga istiqamah ☺️ nak istiqamah tu susah tapi brgantung pada diri sndiri juga 💕❤️ tira pun tak baik mana,bnyak khilaf ,tapi kita cuba ya prbaiki diri kita dari hari ke hari ❤️tira syang smua
Alhamdulillah, bila niat kita baik kerana Allah pasti akan dipermudahkan. Buat gadis di luar sana yang juga sedang dalam proses untuk berubah, janganlah mengalah kerana segala usahamu pasti dihitung oleh Tuhan dan menjadi tiket untuk ke syurga kelak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Adakah anda gagal mengenali seseorang yang baru sahaja melambai kepada anda? Nah, melainkan jika ia adalah isu berkaitan otak yang serius atau kronik, anda harus tahu bahawa kita semua mempunyai detik-detik pelupa. Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil beberapa langkah setiap hari untuk meningkatkan ingatan.
Betul la orang kata kismis antara makanan yang menguatkan minda. Bahkan gaya hidup boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan fungsi otak dan kognitif. Oleh itu, pakar pemakanan selebriti terkemuka Anjali Mukherjee yang berpangkalan di India telah menggunakan akaun Instagramnya untuk berkongsi petua untuk membantu mengatasi masalah ingatan.
“Adalah penting untuk tidak panik atau kecewa apabila anda tidak dapat mengingati sesuatu,” tegas Anjali Mukherjee. Kerisauan mengenai isu itu tidak akan membantu. Sebaliknya, perlu ada tindakan segera. Jika keadaan anda tidak terlalu teruk, anda hanya perlu membuat perubahan kecil dalam gaya hidup untuk mencapai peningkatan yang ketara pada ingatan.
Inilah cara untuk meningkatkan ingatan secara semula jadi;
Kekalkan pengambilan vitamin B, terutamanya vitamin B12 dan B9 yang meningkatkan daya ingatan. Vitamin B12 didapati terutamanya dalam produk haiwan seperti daging, susu dan telur. Mereka yang mengikuti diet vegetarian atau vegan, bijirin yang diperkaya dan ekstrak yis akan menjadi sumber Vitamin B12 yang sesuai. Sumber Vitamin B9 yang baik atau asid folik ialah sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang, telur dan bijirin penuh.
Makan makanan kaya polifenol seperti jamun, teh hijau, delima, beri biru, beri hitam dan serbuk koko atau coklat gelap. Ini membantu untuk meningkatkan kesihatan otak dan meningkatkan ingatan, cadangan pakar.
Sabja atau biji selasih kaya dengan Omega-3, asid lemak, dan polifenol. Semua ini membantu menguruskan keradangan saraf yang menghalang penurunan kognitif.
Tingkatkan pengambilan magnesium dalam diet, yang sering digambarkan sebagai mineral anti-tekanan. Ia penting untuk pembelajaran dan ingatan. Sayuran berdaun hijau, kacang, bijirin penuh, kacang soya, susu dan makanan laut adalah beberapa pilihan yang kaya dengan magnesium.
Cabar otak anda dengan menyelesaikan teka-teki dan teka-teki, yang merupakan latihan minda yang hebat. Main catur dan permainan papan lain untuk memastikan otak anda aktif. Rawat otak dengan masa rehat yang sewajarnya. Mengekalkan corak tidur 8 jam sehari akan membantu anda memastikan otak dicas.
Seperti kata pepatah, minda yang sihat terletak pada tubuh yang sihat. Oleh itu, menjadi penting bahawa di samping mengekalkan diet berkhasiat, kita mesti bersenam secara berterusan. Senaman yang kerap membantu mencegah kemerosotan mental.
Mengamalkan meditasi membantu melindungi anda daripada masalah ingatan yang berkaitan dengan usia dan memastikan anda berwaspada dan tajam, sehingga ke tahun-tahun senja dalam hidup anda.
Cuba petua ini untuk meningkatkan ingatan dan lihat perbezaan yang dibawanya! Tetapi jika anda mengalami masalah kemerosotan ingatan yang kronik atau keadaan yang berkaitan dengan otak, sebaiknya berunding dengan doktor anda untuk diagnosis dan rawatan yang betul.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.