Anda pasti tidak tahu, sekiranya ada bahagian-bahagia tubuh memberikan tanda-tanda tentang kesihatan anda tidak sihat? Mulai dari bahagian mata, rambut hingga kuku, semuanya memberikan petunjuk kesihatan anda.

Persoalannya adalah tanda-tanda seperti apakah yang ditunjukkan oleh badan anda jika tidak sihat? Ini dia tanda-tanda kecil yang mungkin anda tidak sedari.

1. Urin yang berwarna dan berbau aneh

Perubahan warna dan bau urin bertukar kekuningan, jangan berdiam diri. Jika memiliki bau yang kuat atau berwarna gelap, anda perlu perhatikan perkara tersebut dan memperbanyak minum air putih. Jika tidak berubah, boleh dapatkan khimat nasihat doktor.

2. Kuku berwarna atau bertekstur pelik

Mungkin anda tidak sedar jika kuku dan kesihatan saling berkaitan. Umumnya mereka yang merokok dan beberapa pewarna kuku menyebabkan warna kuning pada kuku sendiri. Warna itu boleh jadi adanya siklus di dalam tubuh yang tidak benar serta penumpukan cairan tubuh. Jika anda memiliki pertumbuhan kuku yang pelik, boleh jadi anda mengalami gangguan nutrisi.

IKLAN

3. Perut dipenuhi gas

Sudah menjadi lumrah untuk buang angin 10 hingga 20 kali sehari. Tetapi jika lebih dari itu, anda perlu perhatikan tubuh anda lebih serius. Kelebihan gas boleh jadi daripada pengambilan makanan yang anda makan. Laktosa makanan boleh jadi antara penyebabnya, termasuk iritasi usus. Perkara ini tidak mengindikasikan tubuh anda sakit, tetapi jika tidak segera dirawat tubuh bolehberfungsi tidak optima.

4. Mendengkur

IKLAN

Dengkuran adalah sesuatu perkara yang anda tidak sedar dan sebenarnya tidak ingin dilakukan. Permasalahannya terkadang dengkuran tersebut menunjukkan tubuh kita tidak sihat. Para doktor mengistilahkan, mendengkur sering dikenal pasti dengan berat badan yang berlebih, penyakit jantung, stroke hingga GERD (gastroesophageal reflux disease). Bagi yang memiliki kebiasaan ini, sebaiknya pergilah minta nasihat doktor.

5. Selalu letih

Keletihan boleh boleh berpunca dari pelbagai sebab. Contohnya olahraga, pekerjaan menonton TV seharian dan lainnya. Tetapi jika keletihan tersebut berlebihan, mungkin anda tidak mendapatkan dehidrasi, kandungan zat besi yang kurang atau terlalu banyak gula. Selain itu keletihan juga boleh jadi menunjukkkan anda memiliki penyakit kronik.

IKLAN

6. Jerawat

Jerawat telah menjadi masalah harian bagi mereka yang memasuki akil baligh, tetapi tahukah anda bahawa lokasi di mana jerawat berlaku juga menunjukkan pelbagai perkara? Melalui pemetaan wajah, kita dapat mengetahui kesihatan kita
Sebagai contoh, jerawat di dahi menunjukkan gaya hidup kita yang kurang baik. Sedangkan di bawah dagu, lebih sering dikhususkan dengan isu pencernaan.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Perubahan Pada 8 Bahagian Muka Ini Rupa-Rupanya Menunjukkan Anda Punya Penyakit Dalaman. Jom Semak!

7. Mata kekuningan

Jika bahagian warna putih di mata anda tidak berwarna putih melainkan kuning, itu bererti terdapat masalah yang berhubungan dengan liver dan pankreas. Boleh jadi pertanda anda terkena hepatitis. Mata merah juga tanda anda kurang tidur sehingga mata anda terlalu tegang dan dapat menyebabkan pembuluh darah mata pecah.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI