Pelbagai usaha telah dilakukan untuk kuruskan badan tetapi masih tak menjadi? Tentu anda stress kan bila usaha yang dilakukan seakan sia-sia. Nanti dulu, jangan mudah berputus asa. Mungkin anda tidak pernah lagi cuba amalkan diet tembikai.

Tembikai merupakan salah satu buah yang berkesan untuk menurunkan berat badan secara semula jadi. Malah, ia mampu memberi anda tenaga dan boleh menyahtoksik badan tanpa rasa lapar.

Ia padat dengan nutrien, mempunyai kandungan air yang banyak serta rendah kalori. Menariknya, pengambilan buah tembikai setiap hari boleh mengurangkan risiko obesiti, penyakit jantung dan diabetes.

Cara Diet Buah Tembikai

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu makan tembikai setiap hari semasa sarapan pagi dan makan malam. Untuk bulan Ramadan, anda boleh makan semasa waktu sahur. Diet ini amat berkesan untuk menghilangkan toksik berlebihan dalam badan, garam dan kotoran-kotoran lain.

IKLAN

Berapa Banyak Tembikai Kena Makan?

Sekiranya anda melakukan diet buah tembikai, anda perlu memastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan. Nisbah yang ideal adalah 1:10. sekiranya berat badan anda 60 kg, bermakna anda perlu makan 6 kg buah tembikai.

IKLAN

Jumlah yang ideal untuk sekali makan adalah 150 kkal. Tembikai mengandungi 97 peratus air, jadi ia dapat membantu menambah air di dalam badan.

Menurut pakar pemakanan, diet tembikai buat orang ramai lebih tertarik kerana ia lebih realistik dengan matlamat yang dicapai.

IKLAN

Tetapi perlu anda tahu bahawa diet ini boleh dilakukan selama seminggu atau 5 hari sahaja kerana jika dilakukan secara berlebihan, ia akan memberikan kesan negatif pada kesihatan.

Selain itu, anda  boleh jadikan ia sebagai salad yang telah dicampurkan bersama beberapa biji rami atau benih chia. Tembikai ini juga boleh anda jadikan sebagai jus.

Sumber: Aliff Channel