Dewasa ini ramai hijabi yang berlumba-lumba untuk tampil cantik dan menawan. Setiap produk yang di jual di pasaran pasti akan dicapai untuk dicuba keberkesanannya. Namun tahukah anda, jika air di dalam badan tidak mencukupi boleh menyebabkan dehidrasi sehingga memberi efek pada kulit. Mana mungkin kulit tidak bermaya dan mengelupas  tatkala mengoles solekan di wajah ? Ayuh, kita elak hidrasi bersama. Ada 6 cara boleh elak masalah ini dan membuatkan kulit kita kekal cantik secara semulajadi.

1. Air

Minum air dalam jumlah yang tepat. Dua liter atau lapan gelas sehari. Usah minum sekali gus! Bijak membahagikan kadar minuman untuk mendapatkan jumlah yang seimbang.

Minum air secukupnya.

2. Tembikai

Tembikai dikatakan antara sumber makanan terbaik bagi mengelakkan hidrasi. Ia kaya dengan jus, sekurang-kurangnya mengandungi 90 peratus air lantas membantu menghilangkan dahaga dan memberi tenaga.

IKLAN
Digalakkan makan tembikai untuk hilangkan dahaga.

3. Air Kelapa

Air kelapa dilabel sebagai minuman sukan dan energi natural untuk sumber air. Ia mengandungi kandungan kalori yang rendah, kaya dengan ‘potassium’ dan bebas lemak. Ia dipercayai lebih baik daripada air mineral untuk sumber hidrasi.

Air kelapa juga elok untuk menambah air dalam badan.

4. Tidur Secukupnya

Cuba untuk mendapatkan lapan jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya cukup membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit.

IKLAN
Perlu tidur secukupnya.

5. Elakkan Kafein

Kurangkan mengambil minuman berkafeina seperti kopi dan teh kerana ia bakal memberikan kesan sampingan. Misal contoh, kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga barangkali menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

IKLAN
Kurangkan pengambilan minuman berkafeina seperti kopi.

6. Solekan

Gunakan solekan dengan bahan dasar air dan hindari daripada menggunakan bahan solekan dengan kadar minyak yang tinggi.

Kalau boleh guna solekan berasas air.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI